Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Hanya 5000 Melawat Rumah Terbuka Mahathir

Setiap kali tiba hari raya, berpandukan bakat Menteri Propaganda Nasi Goebbels, jumlah yang menghadiri rumah terbuka pimpinan kerajaan akan ditokok tambah berkali-kali ganda untuk memberi gambaran sokongan rakyat. Tetapi rakyat sudah muak dengan ilusi dan penipuan ini.

Tahun ini, akhbar perdana melaporkan 100 000 orang melawat rumah terbuka Mahathir.

Raja Petra Kamaruddin, Pengarah Free Anwar Campaign berkata sinis, "100 000 jumlah yang biasa digunakan untuk apa-apa acara Mahathir. Untuk Pak Lah, biasanya lebih kurang setengah dari jumlah tersebut."

Pak Lah dilaporkan media perdana menerima 60 000 pelawat di kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Permatang Pauh.

Namun menurut seorang wartawan media perdana, jumlah tersebut suatu penipuan besar. "Saya berada di majlis tersebut, lebih kurang 5 000 orang sahaja yang hadir."

"Jika benar 100 000, sudah tentu gambar-gambar jarak jauh akan diambil, tetapi stesyen televisyen cuma memfokuskan orang ramai pada jarak dekat."

Wartawan terkemuka MGG Pillai juga tidak bersetuju. Pertama, tidak mungkin Putra Jaya mempunyai kemudahan letak kereta untuk pelawat seramai tersebut. Dan Mahathir dilaporkan melayan semua tetamu dalam masa 5 jam. Tetapi tidak mungkin beliau dapat bersalaman dengan semua dalam masa 5 jam - jika beliau hanya menggunakan sesaat bersama pelawat, dalam 5 jam beliau hanya dapat bersalaman dengan 18 000 pelawat.






______________________
Terbitan : 17 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com