|
SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun
Harakah : Hujan Aidilfitri di Kamunting
Basah bumi ini
Basah lagi hatiku yang sunyi
Dingin hari ini
Dingin lagi jiwaku yang sepi
Menyambut hujan di Aidilfitri.
Hujan itu turun lagi membasahi bumi
Apakah ada berita dari langit tinggi?
Tanganku tadah titis air mata di pipi
Sujud dan khusyukku pada-Mu ya Ilahi
Mengiringi hujan di Aidilfitri.
Ya Ilahi...
Siang malam silih berganti
Bulan dan tahun beranjak pergi
Namun aku masih di sini
Menunggu berita dari langit tinggi.
Ya Ilahi...
Dengarkan munajat ini
Dari hati di lubuk sunyi
Dari jiwa di penjuru sepi
Mengiringi hujan di Aidilfitri.
Ya Ilahi...
Apakah ada berita dari langit tinggi
Berita gembira buat kami di Kemta ini
Berita gembira buat anak-anak dan Ummi?
Berita gembira buat teman sejati?
Ya Ilahi...
Sampai bila aku harus di sini
Sampai bila aku harus menanti
Hujan di Aidilfitri sudah lama berhenti
Bilakah akan berhenti hujan di hati ini?
Nukilan:
Dr Badrul Amin Haji Bahron
Tahanan 2534/02
T2B Kem Kamunting
10 Disember 2002
.............
Dr Badrul kini kurung tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri di
Kem Tahanan Kamunting untuk tempoh dua tahun sejak April 2001 atas arahan
Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau dibebaskan
awal Januari 2002 sebelum ditahan semula sebulan selepas itu kerana
kesalahan berdoa di sebuah majlis anjuran Parti KeADILan di Gombak.
______________________
Terbitan : 26 Dis 2002
Ke atas
Home
Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com
|