Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Khir bagi Naib Ketua Umno Tanjong Karang projek penswastaan mengutip hutang rumah di bawah kerajaan negeri Selangor

Oleh : JUGA KAWAN LAMA KHIR

Saya ada cerita baru pasal penyelewengan Khir yang rakus tanah dan projek itu. Detikdaily patut siasat kes ini dengan lebih mendalam.

Khir sudah luluskan projek penswastaan mengutip segala sewa rumah murah kerajaan negeri selangor kepada sebuah syarikat milik naib ketua umno tanjong karang, jamian.

tunggakan sewa rumah itu sekarang hampir Rm400 juta dan syarikat itu akan mendapat 30% daripada semua tunggakan itu, yakni lebih RM100 juta. banyak tu ooii. bukannya syarikat itu buat apa, kerana segala bill, proses pembayaran dan sebagainya masih di pejabat tanah atau pejabat daerah.

apa yang lebih menggemparkan, pegawai perumahan yang bertanggungjawab, yang menentang habis-habisan usaha memperkayakan kroni khir ini terpelanting keluar. dia telah dipindahkan sertamerta dari shah alam kepada sebuah pejabat daerah di selangor ini, dengan jawatan ADO.

untuk pengetahuan, dalam sebulan kutipan sewa rumah murah di bawah kerajaan negeri selangor itu mencecah RM10 juta. kiralah, kalau 30% sudah RM3 juta sebulan, goyang kaki saja, paling hebat pun buat surat lawyer bagi peringatan kepada penyewa supaya bayar sewa rumah.

untunglah kau khir ....

................
Catatan : Artikal ini telah dikeluarkan pada 17 Okt 2001 di laman Detikdaily.




______________________
Terbitan : 25 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com