Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

KEADILAN BUKIT BERUNTUNG MAKIN NAZAK

Inilah realiti yang semain dirasai oleh ahli-ahli di Bukit Beruntung. Ketua ADIL Bukit Beruntung nampaknya makin tidak menunjukkan minat untuk memimpin Keadilan BUkit Beruntung dan Bilik Gerakan KeADILan Hulu Selangor yang terletak di Bukit Sentosa semakin kurang dikunjungi ahli.

Ini merupakan satu perkembangan yang tidak sihat bagi ahli di sini. Pemimpin atasan tak habis-habis berperang lagi mengenai isu 'AL-Bayan' dan memperjuangkan nasib Imam Wan, tetapi dalam masa yang sama, nasib ahli-ahli, serta perpaduan di kalangan ahli-ahli kita di BUkit Beruntung makin rapuh dan diambang perpecahan.

Tiada program yang dijalankan untuk memulihkan semula semangat serta menambahkan sikap perpaduan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Ini satu nasib yang kurang baik dalam suasana menghadapi pilihanraya ke-11 yang bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Antara Tokoh yang nampaknya berkarisma untuk memimpin keADILan Hulu Selangor dan Bukit Beruntung adalah Tun Ruslan. Beliau bukan sahaja tegas, pandai bercakap malah dengan tipu helahnya, ramai pemimpin UMNO terpedaya dengannya dengan mendedahkan berbagai kisah dalaman yang berlaku dalam UMNO.

Malah beliau sedikit masa dulu adalah orang harapan kepada Ustaz Nasaharuddin dan telah dilantik sebagai AJK PERKIS, BUkit Beruntung. Malah isterinya juga merupakan guru di sekolah Menengah Bukit Sentosa dan sering mendapat kepercayaan Guru Besar untuk mengetuai satu-satu program.

Inilah contoh pemimpin yang baik. Di harapkan agar ahli-ahli keADILan Bukit Beruntung dan Hulu Selangor dapat menilai karisma saudara Tun ini untuk diketengah sebagai pemimpin kita. Adalah sesuatu yang menghampakan sekiranya karisma saudara Tun ini diabaikan demi kepentingan parti kita.

Selamat Berjuang buat saudara Tun Ruslan, semoga kehadiran tahun 2003 ini akan melengkap impian kita untuk menawan kubu kuat UMNO ini di kawasan DUN Batang Kali serta Parlimen Hulu Selangor.

Saudaramu,

Cikgu KAMAL






______________________
Terbitan : 13 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com