SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UTUSAN MALAYSIA - NIAT JAHAT terhadap sekolah agama rakyatmemang patutlah khatib kat kedah serang media terutama utusan malaysia. tak payah insaflah media oii mudah-mudahan mati dalam KAPIQ sila baca risalah terbitan dewan pemuda kedah ini BERSAMA KITA PERTAHANKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT Hak asasi manusia perlu ditegakkan, hak untuk rakyat memilih jurusan pembelajaran anak-anak mereka, hendaklah dihormati kerana ia terkandung dalam semangat perlembagaan negara. hak bersuara dan lain-lain hak juga dijamin oleh perlembagaan walaupun ia tidak bersumberkan al-Quran dan hadis, Al marhum Ustaz haji Fadhil mohd. Noor 4 Mac 2002 AKTA PENDIDIKAN (PINDAAN) 2002 · Seksyen 29A akta berkenaan yang memberi kuasa kepada menteri untuk menetapkan pendidikan rendah sebagai pendidikan wajib. · Seksyen 29A(2) mengehendaki setiap ibu bapa warganegara Malaysia yang tinggal di negara ini memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun pada hari pertama bulan Januari didaftarkan sebagai murid sekolah rendah. ( dimana-mana sekolah dalam Malaysia samada sekolah kerajaan atau swasta - p) · Seksyen 29A(4) ibu bapa yang melanggar peruntukan tersebut adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya. KENYATAAN MENTERI PENDIDIKAN PADA 18 DISEMBER 2002 Ditanya mengenai masa depan SAR selepas penyerapan itu, Musa berkata, beliau tidak dapat menjangkakan apa akan berlaku kerana jawatankuasa khas mengkaji sistem persekolahan negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, masih belum berbincang mengenainya. Jawatankuasa itu sudah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 12 Disember lalu dan dijangka mengadakan mesyuarat berikutnya bulan depan.( januari 2003) Katanya, JAWATANKUASA ITU JUGA BELUM MEMUTUSKAN bila penyerapan pelajar SAR ke sekolah kerajaan akan dibuat sambil menyatakan fokus kepada pelajar yang mengikuti pengajian peringkat menengah. “Ini kerana kebanyakan murid yang mengikuti pengajian agama peringkat rendah di SAR adalah juga murid di sekolah kebangsaan, Berita harian – 19 dsiember 2002 Ulasan · BELUM ADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH KERAJAAN TERHADAP TINDAKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT · KAJIAN SEDANG DILAKUKAN KENYATAAN TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN PADA 13 DISEMBER 2002 jika hentikan anak kerana bantah sar diserap ke sekolah kebangsaan ( akhbar utusan Malaysia kecilkan perkataan ini ) Ibubapa Murid Boleh Dihukum ( akhbar utusan Malaysia besarkan tajuk ini ) KUALA LUMPUR 13 Dis – Ibu bapa murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang MENGHENTIKAN persekolahan anak-anak masing-masing kerana tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan menyerapkan sekolah berkenaan ke sekolah kebangsaan , boleh dikenakan tindakan undang-undang Timbalan Menteri Pendidikan , Datuk Abd. Aziz Samsuddin berkata. Akta pendidikan ( Pindaan ) yang diluluskan awal tahun ini memperuntukan hukuman tertentu terhadap ibubapa yang gagal menghantar anak ke sekolah apabila berusia tujuh tahun. Utusan Malaysia 14 Disember 2002 ULASAN Utusan Malaysia berniat jahat untuk mengelirukan masyarakat dengan mengemukakan persoalan ini. Menjadikan tajuk ini tajuk utama akhbar berkenaan sedangkan Akhbar Berita Harian pada hari yang sama hanya memasukkan berita tersebut pada muka kedua dalam ruang yang terlalu kecil dibawah tajuk : ibubapa boleh dikenakan tindakan · Tidak mungkin akan ada ibubapa yang menghentikan persekolahan anak-anak masing-masing walaupun tidak bersetuju dengan sistem kebangsaan yang tidak menjurus kepada kefahaman dan penghayatan islam yang sempurna. Bukanlah menjadi satu kesalahan dibawah akta pendidikan (pindaan ) 2002 jika tidak menghantar anak-anak belajar disekolah bukan milik kerajaan. Yang penting anak-anak itu wajib dihantar bersekolah. Dimana-mana sekolah yang disukai oleh ibubapa seperti yang terkandung dalam perlembagaan Malaysia. Menteri pendidikan mengatakan isu ini dipolitik . · Datuk Aziz samsuddin yang mempolitikan isu ini. · Datuk Aziz mendahului kenyataan Menteri Pendidikan demi untuk mendapat keuntungan politik. · Belum ada sebarang keputusan berkaitan sekolah agama rakyat yang dibincangkan oleh jawatankuasa khas mengkaji sistem persekolahan negara yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad, AYUH BERSAMA KITA NYATAKAN BANTAHAN KITA ATAS USAHA UMNO UNTUK MEMATIKAN SEKOLAH AGAMA RAKYAT (SAR) ANDA YANG MENDAPAT ILMU DARI SEKOLAH AGAMA RAKYAT JANGAN BERDIAM DIRI . BANYAK CARA ANDA BOLEH MEMBANTU DAN MENYATAKAN SOKONGAN ANDA. HUBUNGI KAMI UNTUK NYATAKAN SOKONGAN ANDA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI KEDAH Dari cikgu kedah
Diterbitkan oleh : |