SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Zainal Rompak Peluang ShafiePedas-pedas Cili Api ZAINAL ROMPAK PELUANG SHAFIE Senator Datuk Zainal Rampak semacam sudah merompak peluang Timbalannya, Shafie, untuk menjadi Presiden MTUC, apabila beliau tidak berpegang pada janji. Hai, takkanlah begitu mudah bagi Zainal melepaskan jawatan. Bukan saja beliau kini bergembira dengan kedudukan tinggi, bahkan lebih bergembira lagi dengan pendapatan tinggi sekali dari kesatuan dan juga dengan menduduki beberapa jawatan dalam badan-badan pemerintah – seperti MTEN dan KWSP. Memang sedap jadi birokrat pekerja dan berperanan sebagai pengawal pertubuhan pekerja bagi pihak PM Dr M @ Cek Det. Macam-macam kesenangan boleh dapat dalam Malaysia Boleh. Liputan media pun cukup baik. Satu masa dulu, apabila melawan Dr M, Zainal dituduh sebagai penderhaka negara, SB selalu datang mengugut, dan media sering mencaci. Sekarang? Tak payah cakaplah. TST (tahu sama tahu) saja! Zainal memang terkenal sebagai seorang yang ada sejarah main katak sikatak lompat. Dalam politik, misalnya, apa parti yang tidak dimasukinya? Dari Parti Buruh, Pekemas, Semangat 46 hinggalah sekarang UMNO. Dengan latihan begitu baik, tak susah baginya melompat dari janji atau MOU dengan Shafie. Ada pemimpin kesatuan pekerja menuduh Zainal tidak bermoral. Cili Api rasa tidak ada gunanya bercakap tentang moral dengan orang atau hal seperti ini. Ada sikit rahsia yang Cili Api nak bisikkan. Ada orang bisik ke telinga Cili Api bahawa Zainal mengambil tindakan yang diambilnya sebab Dr M @ Cek Det memberi dorongan serta sokongan yang kuat. Dr M masih memerlukan beliau untuk memberi sokongan para pekerja jenis yang sama. Cek Det tak tahu sama ada dia boleh kontrol pekerja seperti sekarang selepas Zainal dan Shafie. Lagi pula, khabarnya Dr M hendak biasakan orang ramai dengan tindakan pemimpin memungkiri janji hendak berhenti. Mana tahulah. Kalau-kalau Cek Det sendiri hendak ubah fikiran tentang pesaraannya. Cili Api tahu. Malaysia Boleh! Dr M Lagi Boleh!
Diterbitkan oleh : |