SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Re: Dukacita dengan SU-SU MB TerengganuMenteri Besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini mendakwa Umno mendalangi demonstrasi membantah kenaikan gaji dan elaun Menteri Besar, anggota-anggota Exco dan Dewan Undangan Negeri Terengganu di hadapan Wisma Darul Iman di sini semalam. Katanya, beliau mendapat maklumat Umno yang merancang untuk melakonkan demonstrasi itu dengan membayar RM10 kepada setiap peserta demonstrasi. "Saya yakin dan ada bukti bahawa mereka yang hadir dibayar RM10 seorang kerana ada yang datang mengadu kepada saya bahawa bayaran itu tidak berpatutan dengan kerja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Kampung Rusila di sini hari ini. Abdul Hadi yang diminta mengulas mengenai demonstrasi itu berkata kerajaan negeri sedia berdebat dengan Umno mengenai perkara itu. Beliau mencabar Umno mengajak orang ramai berkumpul di stadium negeri untuk membantah kenaikan berkenaan dan mengadakan forum bagi berdebat perkara itu dengan kerajaan negeri. Kumpulan kira-kira 150 orang yang mendakwa mewakili nelayan, petani dan golongan miskin itu berhimpun secara aman di hadapan Wisma Darul Aman semalam sebelum menyerahkan memorandum membantah kelulusan Pindaan Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2002 pada persidangan dewan baru-baru ini. Abdul Hadi berkata kenaikan itu adalah selaras dengan kenaikan gaji yang diputuskan oleh kerajaan Pusat sebelum ini dan ia dibuat berdasarkan keadaan kewangan negeri yang sudah pulih. "Sebelum ini kita membuat kenaikan untuk kakitangan kerajaan negeri sahaja dan bukan untuk Menteri Besar, Exco dan wakil rakyat...kini keadaan kewangan negeri dah stabil (maka) kita buat kenaikan," katanya. Abdul Hadi yang juga pemangku Presiden PAS menjelaskan kenaikan itu sebenarnya tidak memberi keselesaan yang ketara kerana semua wakil rakyat PAS termasuk beliau sendiri membuat potongan gaji 20 peratus untuk disumbangkan kepada parti. "Potongan itu disalurkan kepada parti sama juga elaun saya yang lain seperti elaun rumah, elaun lawatan ke luar negara, elaun ketua pembangkang dan lain-lain elaun, (semua) disumbangkan kepada parti," katanya.
Diterbitkan oleh : |