SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Siasatan rasuah 'alat kesetiaan' PM -- EzamPerdana Menteri menghalang siasatan rasuah terhadap pemimpin-pemimpin politik kesukaannya dan menjadikan siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) sebagai "komoditi" tukaran kesetiaan kepadanya, kata Mohamad Ezam Mohd Nor. Dalam satu wawancara eksklusif dari Penjara Kajang, ketua pemuda Keadilan itu mendedahkan, Dr Mahathir Mohamad langsung tidak berminat membaca laporan siasatan penyelewengan di Perwaja apabila dokumen itu diserahkan kepadanya oleh Anwar Ibrahim. "Saya sendiri pernah melihat laporan BPR mengenai perolehan dan harta semua wakil rakyat Barisan Nasional di Selangor. Berdasarkan laporan itu, hampir semua [mereka] boleh didakwa [di mahkamah]," beritahu Mohamad Ezam kepada wartawan Fathi Aris Omar dan bekas tahanan ISA, Badaruddin Ismail (Pak Din). Dalam buku 'Rahsia Kotak Ezam' yang baru diterbitkan, Mohamad Ezam mendedahkan bagaimana bekas ketua menteri Melaka, Abdul Rahim Thamby Chik, begitu meradang kepada Anwar kerana menjatuhkan kedudukan politiknya. Mohamad Ezam berhujah, Abdul Rahim dan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz, terpaksa 'disingkirkan' melalui kaedah politik apabila tiada pendakwaan di mahkamah dilakukan terhadap amalan rasuah mereka. "Ini kerana mereka berdua dilindungi oleh Perdana Menteri," kata bekas setiausaha politik Anwar itu lagi. Buku setebal 81 halaman ini memuatkan enam bab, tidak termasuk pengenalan, penutup dan tiga lampiran. Dua bab memuatkan wawancara dengan peguam hak asasi Sivarasa Rasiah tentang 'hak rakyat untuk tahu' dan kepentingan mewujudkan Akta Kebebasan Maklumat (FOIA), selain kritikannya terhadap Akta Rahsia Rasmi (OSA). Satu bab dikhususkan untuk mengulas penggubalan dan pindaan OSA serta kes-kes mahkamah sejak 1976 hingga 2002. Tiga ahli politik terbabit dan empat wartawan dihukum di bawah akta ini sejak diperkenalkan pada 1972. Satu bab dikhususkan untuk mereka yang berminat mengkaji lebih mendalam FOIA. Bab ini memuatkan beberapa pautan (link) dan laman web untuk mencari dokumen-dokumen tentang kepentingan serta perjuangan FOIA di peringkat antarabangsa. Wawancara dengan isteri Mohamad Ezam turut dimuatkan. Menurut pengarang buku ini, Fathi Aris dan Pak Din, kerajaan Malaysia sengaja menyembunyikan banyak maklumat daripada rakyat bagi mengekalkan kuasanya. Banyak undang-undang, selain OSA, seperti Akta Badan Berkanun (2000) dan Akta Penerbitan dan Mesin cetak (1984) digunakan untuk membolot maklumat di tangan segelintir elit berkuasa. Sebagai usaha membalas pembolotan maklumat ini, saran dua penulis ini, rakyat harus berkempen untuk menegakkan FOIA seperti yang diwujudkan di Thailand, Jepun dan Indonesia. Dua dokumen rasmi OSA -- yang menyebabkan Mohamad Ezam didakwa di mahkamah -- turut dilampirkan dalam buku ini. Ia menunjukkan satu persatu bukti-bukti rasuah Abdul Rahim dan Rafidah. "Buku ini untuk mereka yang ingin melihat kezaliman undang-undang kerajaan BN dan hak kita semua untuk mengetahui ketelusan pentadbiran kerajaan," kulit belakang buku ini dipetik. Harganya RM8 dan boleh diperolehi dengan menghubungi 019 2023 664 (Pak Din) atau emel faomar@yahoo.com
Diterbitkan oleh : |