Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Zainal Rampak sindir Mahathir

Pak Lah jangan berangan jadi PM

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Parti Gerakan Cawangan Petaling Selatan menggesa Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Senator Zainal Rampak melepaskan jawatan secara terhormat selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatanganinya Februari lalu.

Pengerusinya, K.K. Supramaniam berkata, sekiranya Zainal enggan berbuat demikian, tindakannya itu boleh dianggap sebagai tidak beretika walau apa saja alasan yang diberi.

``Sepatutnya beliau sedar bahawa kini sudah tiba masa baginya untuk memberi laluan kepada muka baru untuk memimpin MTUC,'' katanya menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Sebelum ini, Zainal mencetuskan kontroversi dengan membuat kejutan untuk terus menerajui MTUC walaupun persetujuan dicapai dengan Timbalannya, Mohamed Shafie BP Mammal untuk melepaskan jawatan presiden selepas 31 Disember.

Kata Supramaniam, alasan yang diberikan oleh Zainal bahawa tindakannya itu dibuat atas kehendak dan permintaan ahli sebenarnya adalah sangat lemah dan kolot.

``Sebenarnya ini adalah sikap yang sebati dengan senario kepimpinan di negara ini.

``Apabila telah selesa di atas, kebanyakan pemimpin di negara ini takut untuk berada di bawah semula dan mula memberi alasan yang selalu didengar seperti ketiadaan pengganti calon yang sesuai,'' jelasnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang berjanji akan melepaskan jawatan pada Oktober 2003 dijangka akan terus berkuasa sehingga dipaksa atau terpaksa sebagaimana Suharto dan Marcos.






______________________
Terbitan : 26 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com