SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Tazkirah 89 - Kubur Taman Syurga Atau Lubang Neraka (3)Bersambung… Janganlah kita menjadi bebal dengan memandang dengan mata kasar sahaja umpama orang yang memandang orang yang sedang tidur dan bermimpi semasa tidur. Orang yang melihat orang yang tidur tidak sama sekali dengan orang tidur yang mengalami mimpi semasa tidur. Janganlah kita tidak mempercayai mimpi orang tidur hanya semata-mata kerana kita melihat tidak apa-apa perubahan pada orang yang sedang tidur. Pada zahirnya kita melihat tubuhnya terbaring atau terlentang di atas tilam atau sedang berselimut sambil matanya tertutup rapat dan telinganya tidak menyedari apa yang diucapkan. Mungkin orang yang sedang tidur itu sedang bermimpi enak seperti sedang makan makanan yang sedap atau sedang tidur dengan puteri yang cantik jelita atau sedang berada di suatu istana yang indah. Mungkin juga orang yang sedang tidur itu sedang ketakutan dikejar anjing gila hingga terpaksa memanjat pokok atau mengharungi air banjir setinggi hidungnya atau sedang melihat kekasihnya dilarikan orang atau bermimpi cemas seperti muncung pistol sedang berada di lubang hidungnya. Begitulah juga dengan hakikat alam kubur. Walaupun pada zahirnya tidak ada apa-apa keganjilan pada mayat apabila kita membongkar kubur atau mayat itu sudah hancur luluh tetapi bagi mayat ia boleh berada pada dua keadaan samada sedang menerima rahmat atau dengan diazab dengan cara yang hanya Allah jua Yang Maha Mengetahui. Jika pengkajian tentang mimpi pun belum habis lagi dikaji oleh manusia, janganlah kita merasa tidak percaya dengan azab kubur dan nikmat kubur yang tidak terjangkau untuk difikir kecuali kita sendiri yang merasainya. Nikmat persetubuhan yang dapat dirasai oleh orang yang pernah merasainya. Pedihnya kematian hanya dirasai oleh orang yang pernah merasainya. Maka janganlah kita tidak mempercayai sesuatu hanya kerana kita tidak pernah merasainya sahaja. Apakah yang dimaksudkan dengan taman syurga? Apa yang ada di syurga adalah apa yang tidak pernah difikirkan oleh manusia, apa yang tidak pernah dilihat oleh mata manusia dan apa yang tidak pernah dibau oleh hidung manusia serta apa yang tidak pernah didengari oleh telinga manusia. Itulah kubur yang menjadi satu taman dari taman syurga apabila dihuni oleh orang yang dirahmati oleh Allah. Cuma apa yang boleh kita fikirkan ialah jika taman di dunia ianya adalah suatu tempat yang nyaman dengan udara yang bersih, tumbuh-tumbuhan yang segar, bunga-bungaan yang cantik, berbau harum, landskap yang indah dan kolam air yang mengeluarkan pancutan air berirama dan berwarna-warni, ada air terjun yang airnya keluar dari celah-celah batu dan ikan bermain-main di dalam air yang sejuk lagi nyaman. Kemudian di taman itu ada kerusi dan meja yang menarik sebagai tempat bersantai serta ada pelayan yang sedia menyediakan apa yang diminta oleh kita sebagai pembasah tekak dan penghilang lapar. Itulah taman dunia yang serba indah dan bersih serta menyamankan. Ertinya jika kita pergi dengan kepala yang berserabut, keserabutan kita akan hilang apabila memasuki taman yang indah. Cubalah pergi ke taman-taman yang indah samada di dalam atau luar istana raja-raja. Maka bagaimana pula dengan taman syurga atau taman yang dihuni oleh orang yang dirahmati oleh Allah. Kerana itulah orang yang beriman tidak akan gentar untuk menemui mati kerana ia meyakini kehidupan selepas mati, terlalu indah berbanding dengan kehidupan di dunia. Bersambung… Kitab rujukan : Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar Salleh (terbitan Al-Hidayah Publisher) "SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"
Diterbitkan oleh : |