Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Pelajar berpolitik?

Assalamua'laikum sdr webmaster,

Saya hanya cuma ingin mendapat kepastian dan memberi sedikit cadangan, berhubung kenyataan akhbar oleh pihak MARA dan JPA yang ingin mengambil tindakan atau menarik balik biasiswa ke atas pelajar2 tajaan mereka yang melibatkan diri dalam politik. Bagaimanakah pihak2 berkenaan ingin menentukan/menyabitkan bahawa seseorang pelajar itu terlibat dengan politik? adakah semua pelajar akan disiasat? bolehkah seseorang pelajar yang tidak berdaftar dengan mana2 parti politik disabitkan dengan kesalahan melibatkan diri dalam politik?

Cadangan saya adalah sekiranya tindakan hendak diambil, ianya dimulakan dengan pelajar2 yang menjadi ahli kelab2 UMNO kerana adalah jelas mereka ini terlibat dengan politik.

Sekian, wassalam.

Hamba Allah.






______________________
Terbitan : 21 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com