Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Ulasan Ringkas Perhimpunan Musim Sejuk HIZBI UK dan Republik Ireland

Perhimpunan Musim Sejuk yang dianjurkan oleh HIZBI UK dan Republik Ireland pada tahun ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga Malaysia yang menuntut di sini. Sambutan yang diterima amat menggalakkan sehingga HIZBI terpaksa menganjurkan dua perhimpunan, satu untuk warga di Republik Ireland (pada 21 – 23 Disember 2002) dan satu lagi untuk warga Malaysia di United Kingdom (pada 24 – 27 Disember 2002).

Tahun ini merupakan julung-julung kali program Perhimpunan Musim Sejuk HIZBI diadakan dengan mengambil konsep “percutian” sambil mengupas bab aqidah berdasarkan kitab hadith 40 Imam Nawawi. Kedua-dua program menggunakan tema dan konsep yang sama.

Oleh kerana pihak penganjur telah menjangka sambutan yang amat menggalakkan ini, pihak penganjur terpaksa mewajibkan semua peserta untuk membuat pra-pendaftaran atas dasar “first come first, served”. Justeru, penganjur dengan penuh dukacita terpaksa menolak permohonan ramai warga Malaysia yang berhasrat untuk menghadiri program-program tersebut kerana kapasiti yang terhad.

Program di Republik Ireland, yang baru berakhir hari ini, dihadiri oleh peserta daripada seluruh Republik Ireland dan Northern Ireland. Program tersebut juga mendapat sokongan daripada persatuan komuniti Melayu Cork. Pada pertengahan program tersebut, Presiden Kelab UMNO Ireland, Saudara Tengku Rahim Tengku Ramli dan Saudara Zaki Zamani Abdul Rashid, Bekas Presiden Kelab UMNO Ireland, turut menghadirkan diri.

Kehadiran kedua-dua pemimpin Kelab UMNO ini telah disambut mesra oleh Presiden HIZBI sebaik sahaja mereka sampai ke tempat program. Mereka diiringi sekitar dewan ceramah untuk bertemu rakan-rakan. Bagaimanapun, amat dikesali kerana mereka tidak dapat turut serta menghadiri aktiviti-aktiviti dalam program tersebut kerana kapasiti dewan yang tidak mengizinkan dan mereka tidak mendaftar lebih awal, seperti mana peserta-peserta lain. Bagaimanapun, amat diharapkan pertemuan ringkas di Perhimpunan Musim Sejuk HIZBI di Republik Ireland akan membolehkan hubungan mesra diteruskan di masa hadapan.

Pejabat Presiden
HIZBI UK & Republik Ireland
23 Disember 2002






______________________
Terbitan : 25 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com