SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Insya Allah Terengganu Tetap Di Bawah Naungan Al Quran.Menatap artikal menarik " Dukacita dengan SU-SU MB Terengganu " oleh Anak Paka kita merasa terpanggil untuk turut mengemukakan pandangan sekadar kemampuan,yang barangkali boleh dikongsi bersama andai kemunasabahannya dapat diterima demi melegakan sedikit resah gelisah dan merungkai sebarang permasalahan jika benar-benar wujud. Keutamaan harus dipahatkan keruang minda kita semua,bahawa diantara elemen penting yang merencahi dunia politik adalah propaganda.Pro dan kontra khalayak bergantung sejauhmana keberkesanan propaganda yang kita implemenkan. Propaganda itu pula memaparkan maksud memanipulasikan fakta secara sistematik, ber strategik dan penuh taktikal untuk menyentuh minda golongan sasar bagi merobah persepsi mereka agar memihak dan komited kepada kita sekaligus meninggalkan anutan lama yang bercanggah dengan ideologi perjuangan kita. Perbedaan propaganda dengan fitnah amat jelas sekali. Propaganda tulen adalah berdasarkan pengolahan fakta yang benar,manakala fitnah (propaganda murahan) seperti yang telah disebatikan sebagai rukun utama didalam Umno,hanyalah berlegar disekitar fakta merapu dan pembohongan. Oleh itu kita tidak seharusnya merasa canggung untuk membiasakan diri sebagai ahli propaganda yang baik. Memang benar,kelebihan Tok Guru MB dan sahabat-sahabat kita di Kelantan adalah pada ketangkasan mereka bertarung dimedan perang propaganda (saraf).Mereka tidak hanya bersikap defensif tetapi adakalanya ofensif,agresif dan proaktif. Kelebihan tersebut belum lagi menular ke Terengganu Darul Iman.Kita melihat semenjak negeri yang kaya dengan petroleum itu jatuh ketangan BA dibawah kepimpinan Pas , Tuan Guru MB dan para pendokong perjuangan disana lebih bersikap defensif. Kita tidak menolak sikap defensif,tetapi keperluan itu seharusnya disesuaikan dengan suasana persekitaran Didalam konteks kita bertarung ideologi dengan Umno yang sekular dan tidak beradab sikap ,defensif dan lambat respon itu lambat laun akan merugikan kita. Mungkin kita punyai alasan tersendiri untuk menutup kelemahan,dengan sandaran hujjah Kerajaan BA Terengganu kekurangan instrumen propaganda kerana dicengkam kuku besi dan penekanan hebat regim zalim BN yang menguasi disegenap sudut saluran maklumat. Tetapi satu persoalan yang ingin kita ajukan,apakah perangai hodoh BN sekarang berbeza dengan BN yang telah kita tewaskan pada pilihanraya lepas? Apakah sebelum ini Regim Wan Mokhtar sememangnya sengaja memberi laluan selesa untuk kita menawan Terengganu ? Kita semua maklum BN tetap dengan keBNnannya sampai hari kiamat. Nampaknya alasan kurang instrumen propaganda kurang tepat . Sememangnya proses untuk mengekalkan kemenangan itu lebih perit dari perjuangan untuk meraih kemenangan,dan kemenangan golongan Islam itu sendiri merupakan anugerah Allah swt disamping ujian besar dariNya.Apa pun itu juga bukanlah ungkapan sebagai penyedap kata untuk menutup kelemahan. Sebagai golongan yang cintakan Islam,kita tidak rela sama sekali kepimpinan ulama yang mendokong gagasan Islam itu diperlekehkan Memang sudah menjadi tugasan utama Umno BN untuk mebelasah kita.Itu kita tidak hairan kerana kita sudah pun berdekad lamanya berentap dengan mereka tanpa sebarang kejemuan. Namun kita juga merasa kurang senang,sekiranya kepimpimpinan ulama yang sedang direalisasikan itu terlalu dibelenggu dengan protokol.Belenggu keprotokolan hanya akan membantutkan pengembangan bakat saf pelapis dan mengundang delima penjawat-penjawat yang seharusnya melunaskan pertanggung jawaban. Jika setiap kali hendak mengatur melangkah atau bertindak perlu dirujuk kepada pimpinan,tanpa rujukan kesemuanya dikira melanggar protokol dan adab,sudah tentu suasana diselubungi keserbasalahan memanjang.Sedangkan mainan politik brutal Umno BN itu kekadang memerlukan kepantasan secepat kilat untuk membalas maupun menyerang nya. Jika senario terlalu berprotokol ini wujud,sewajarnyalah diperhalusi semula agar ia lebih releven dan praktikal.Amalkan kepimpinan kolektif dua hala yang saling percaya dan mempercayai. Sebaliknya andaikata Tuan Guru MB atas kapisiti dirinya sebagai ulama,agak keberatan untuk menegur kelemahan-kelemahan yang mungkin ada dikalangan saf pelapis dan para penjawat,bak kata pepatah orang tua-tua semuanya ibarat pahat dengan penukul ,perkara itu tidak sewajarnya dibiarkan berlarutan. Kita seharusnya merasa bersalah kerana Tuan Guru MB juga selaku Pemangku Presiden Pas terpaksa membuat statemen yang agak nakal dan berbentuk mengusik sebagai respon dari sandiwara demonstrasi tajaan dan upahan Umno di Wisma Darul Iman baru-baru ini. Statemen yang sebegitu seharusnya dibuat oleh Setiausaha Politik ataupun Setiausaha Akhbar sahaja. Kemana pergi kedua-duanya? Tak kanlah tergamak membiarkan Tuan Guru membuat statemen yang kemudiannya dijawab secara merepek oleh sKT (siKepala Taik Mahathir).Usahlah ulangi kesilapan ini lagi sampai bila-bila pun. Mungkin saf pelapis dan para penjawat secara tidak disedari telahpun di hinggapi atitiud "take for granted" dan merasa selesa.Mungkin dibenak mereka segala program kuliyyah dan sistem pentarbiyahan untuk menyegarkan akidah dan fikrah rakyat sudah cukup untuk mengepung sokongan yang berterusan. Mudah-mudahan usahlah begitu senang merumuskan perhitungan hendaknya ,kerana bukan semua yang menyokong kita itu bertitik tolak dari akidah semata-mata. Ada yang menyokong kerana terpaksa,ada pula kerana kepentingan dan macam-macam lagi nawaitu.Olahlah kebijaksanaan kita sebaik mungkin,kalau perlu digertak,sergahlah alakadar dan sekiranya pujuk rayu diperlukan untuk mengekalkan sokongan pujuklah berpada-pada. Sebagai rumusan kita tetap yakin Insya Allah mampu mengekalkan kemenangan dengan penuh cemerlang,asalkan keikhlasan dan ketakwaan menguasai terus jiwa kita.Disamping menghapuskan jurang diantara pemimpin,saf pelapis,para penjawat dan akar umbi,kita juga seharusnya iltizam dengan budaya tegur menegur dan nasihat menasihati Jangan sesekali mempelopori kerja-kerja mengampu,sebaliknya praktiskanlah sikap berterus terang kepada sesiapa pun.Sekiranya terdapat penyakit,janganlah menanguh-nanguhkan rawatan nya ,dikhuatiri nanti merebak bertukar menjadi wabak yang sukar dibendung. Proaktifkan segala gerak kerja pentadbiran negeri dan jentera parti,terutamanya didalam penyebaran propaganda. Budayakan keagresifan dan keoffensifan didalam menghadapi lawan yang ganas Umno BN.Sun Tze didalam Arts of War nya berkata "Serangan yang berterusan itu adalah pertahanan yang terbaik"Satu perkara lagi yang tak kurang pentingnya janganlah sesekali kita mendabik dada bahawa kitalah yang terbaik,sesung- guhnya persilatan dialam politik itu,tiada had jurus dan langkahnya,oleh itu perbanyakkanlah jurus dan langkahnya walaupun terpaksa diceduk dari sumber musuh itu sendiri.Islamkan sumber itu dan pergunakan semula untuk menghapuskan musuh. Wallahu `a lam. Inderaloka.
Diterbitkan oleh : |