SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jangan Keras Kepala, Batalkan Majlis Atau .............Oleh : ISKANDAR SAMAD "JANGAN KERAS KEPALA, BATALKAN MAJLIS ATAU ........" - AJK PAS DIUGUT Seorang AJK PAS Cawangan Pandan Jaya, En. Shamsuddin Abu Bakar telah menerima ugutan tersebut melalui telefon pada jam 3.30 petang, 28 Disember yang baru lalu. Majlis yang dimaksudkan itu adalah Majlis Jamuan Hari Raya PAS Kawasan Ampang Jaya 1423 di Pandan Jaya di mana Cawangan tersebut telah menjadi tuan rumah. Sehubungan itu Timbalan Yang Di Pertua PAS Kawasan, Iskandar Haji Abdul Samad bersama Bendahari PAS Kawasan, Haji Meor Rithuan Mohd. Said telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Pandan Indah pada jam 9.45 pagi, 29 Disember 2002 Walau bagaimanapun majlis yang didakan pada jam 2.00 hingga 5.00 petang, 29 Disember itu telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh masyaraka berbilang kaum. Di antara pimpinan politik dan NGO yang berucap di majlis tersebut adalah Dr. Haji Md. Hatta Md. Ramli ( AJK Kerja PAS Pusat ), Zulkifli Nordin ( Peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim ), Haji Sarom Haji Jais ( YDP PAS Kawasan Ampang Jaya ), Haji Fadzil Abdullah ( YDP JIM Ampang ), Hajjah Wan Hasrina Wan Hassan ( Ketua Muslimat PAS Negeri Selangor ), Rusli Dato' Ibrahim ( adik Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Ustaz Raihan Abdul Aziz ( TYDP PAS Kawasan Titiwangsa ). Turut berucap adalah pimpinan bukan Islam yang hadir iaitu Low Chee Chong ( Naib Ketua Pemuda KeAdilan Kebangsaan ) dan Jack Wong ( Setiausaha DAP Negeri Selangor ) Menurut Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya, Abdul Jalil Haji Hassan, majlis tersebut berjaya kerana telah dihadiri oleh masyarakat umum termasuk mereka dari kaum Cina dan India. Ini menunjukkan sokongan rakyat di Ampang Jaya kepada PAS dan Barisan Alternatif.
Diterbitkan oleh : |