SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Kisah tragis orang seni duniatersiar di kolum saya hari ini di sabah
Ismaily Bungsu ISNIN lalu saya berbicara soal dunia RASUAH yang harus dijahanamkan dan Salah Guna Kuasa atau misused government tansport/driver for own purposes such as sending the wives to market/shopping, children to tuition classess and so on. Catatan di kolum saya itu menyebabkan ramai terkena dan lantas marah-marah, tapi ramai sangat pula yang merespod/mengemail/meng“sms” dan ucap tahniah serta mengharap sangat agar saya terus menulis hal semacam itu. Nah, tentu saja yang diharapkan/yang punya tabiat menerima rasuah atau salah guna kuasa dapat mengurangkan/kalaupun tidak dapat dihapuskan/This is against Islamic teaching or even other religion of which will create trouble to the community and nation. Marah? Silakan!/peduli apa kerana berani lantaran benar, takut kerana salah. Jika kenyataan saya memangnya benar/diminta berhentilah bersikap sedemikian jijik dan hina. Saya kira yang marah tentu saja yang terkena. Yang tak terkena tidak mungkin marah, malah ramai sobat terdekat mengemail "Teruskan Tuan Haji Demi Kebenaran" Yang makan cili, rasainlah pedasnya. Kursus RG sebenarnya telah banyak memberikan saya ilmu/Heartest congratulation to SKN’s leadership especially Bung Ismail and Jupina yang memang kelihatannya diam, tetapi berkesan kataucapnya. Maaf bukan membodek! Minggu lalu saya berjanji menulis hal orang gila yang cakapnya/smsnya bermacam-macam yang kelihatannya menyumpah, memaki hamun, mengutuk, menghina saya dan berdoa supaya saya selaku penulis kontrovesi cepat mati dan macam-macam akibat sakit hati. Barangkali dia ingat saya takut sangat akan mati. Semua orang akan mati. Tidak usah berdoa supaya orang lain cepat mati. Iya, kematian dan hukum karma/Qisas terhadap saya/kalau adapun terjadi kok bukan di tangan dia yang memaki hamun, tetapi di tangan Tuhan Yang Maha Berkuasa, malah kelihatannya Tuhan memberikan banyak rahmat kepada saya. Begitulah, kalau ada pun tentu saja merupakan hikmah/demikian e mail bakal TYT kepada saya kelmarin yang berbicara soal Hikmah. E mail peribadi bakal TYT kepada saya kelmarin cukup mengharukan, hingga air mata saya menitiskan(demi Allah) dan memang saya dan Jupina sebelum ini telah meramal dan menyatakan kepadanya 4 tahun lalu yang Datuk itu bakal jadi TYT. Kenyataannya memang benar sebab beliau merupakan orang yang bersikap penyabar, tabah, tidak sombong dan takbur, merendah diri dan menerima apa adanya disamping kuat beramal. Begitu jelas kelihatan di wajahnya. Perhatikanlah! Yang lain bukan tak layak, tapi ada saja silapnya kala bukan malaikat/cuma Datuk yang satu ini ada kelebihan. Ini pandangan peribadi saya dan Datuk Yahya Lampong sendiri ikut mengakui dan tentu tidak boleh dipertikaikan/kalaupun ada yang mempertikaikan/ternyata tidak ada. Sikap sabar pasti dimuliakan Allah/itu katanya kepada saya kira-kira 2 tahun lalu kala saya berada/berbicara di pejabatnya selama 2 jam dan akhirnya memang menjadi kenyataan (lihat rencana saya sebelum ini yang berjodol/sepetang bersama Datuk Ahmad Shah). Kenyataannya Datuk yang saya panggil “Abang” cukup dimuliakan dan diamanahkan untuk duduk di kerusi yang cukup terhormat sambil mengemil kepada saya “Abang tidak menyangka dan tentu saja semua adalah doa Tuan Haji dan kawan-kawan kepada abang selama ini”. Catatan itu benar-benar menyebabkan air mata saya menitis lagi. Demi Allah yang tentunya Allah sahaja yang tahu. Maha tahu segala. Nasihat dan pendapat beliau kepada saya sebelum ini selalu saya sematkan dan banyak sangat memberikan pengajaran. Tahniah dan terima kasih Datuk. Pisang emas bawa belayar, masa sebiji di atas peti, hutang emas bisa kami bayar, hutang nasihat Datuk diingat sampai kami mati. Moga terus berbahagia dan terimalah ucapkata terima kasih dari kami Datuk. Terima kasih daun keladi. Tentu saya nak jumpa nanti. Iya, sebenarnya/padahal yang berkata dan berdoa serta memaki hamun saya itu kelak/tiba-tiba bakal mati konyol tanpa disangka-sangka kerana keinginan menjadi ketua dalam parti tidak kesampaian yang tentu saja akibat "nyaron" pengikut atau sudah tidak dipercayai lagi yang tentu saja kedapatan tidak jujur alias tidak amanah. Akan saya bongkar nantinya. Akan tahu jua siapa benar dan siapa salah. Mampus lo! Tiba-tiba entah dari mana mulanya, setelah kelmarin malam/kala malam bersama Arih Judah, Zaiton Ajamain, Hasyim Ibrahim, Siti Rahmah Ibrahim dan Rosnah di Anjung Senja/depan Wisma SEDCO sambil kami berbicara soal perkembangan sastera sejak kebelakangan ini di Sabah/Malaysia amnya, maka sebaik saja sampai di rumah terus saja minda saya memerintahkan agar saya menulis tentang kisah tragis psikik tokoh dunia yang terkenal. Memang ada baiknya untuk pengetahuan kita dan penulis lain di tanah air khususnya sobat saya di Sabah atau yang saban membaca kolum saya ini saban Isnin tiba. Saya kira cerita ini menarik sangat(this will an interesting story) kerana memang diakui yang sasterawan, para pemikir dunia, ahli filsuf adalah manusia anih/lain dari manusia biasa perolahannya yang selalu mencipta sesuatu yang orang lain tidak pernah lakukan. Apakah hal semacam itu disengajakan atau memang begitulah keadaan orang seni terutama sekali orang sastera, dramatis, penyair, kolumnis, cerpenis, novelis dan pencipta yang bukan-bukan? Sobat fikirlah! Saya adalah antara yang banyak membaca karya penulis Jerman yang terkenal, iaitu Nietzsche kerana karyanya/his works had really influence and strike my thinking. Baik dibicarakan oleh penulis Islam terkenal dunia yang namanya Mohammad Iqbal lewat karya-karyanya atau membaca karya-karya Nietzche secara langsung. Nietzsche adalah sasterawan dunia yang terkenal dan beliau adalah pengagung teori seleksi alam. Bacalah karya-karyanya. Apakah sobat percaya bahawa Nietzche pernah mengakui yang dirinya Jesus, Nabi Isa yang tentu saja natijah penyakit radang otak, general paralysis of insane hinggakan beliau menulis surat kepada raja dan pembesar dunia sambil mengisytiharkan dirinya Jesus/Nabi Isa(announced himself as Jesus Christ). Kenapa iya? Memang anih. Menurut yang saya baca/kesudahannya Nietzsche mati beberapa hari selepas dibelasah ketika beliau mahu menyelamatkan seekor kuda daripada dipukul pemiliknya (he died few days after being brutally beaten while trying to rescue a horse from being beaten by its owner), sesuatu yang ironis dengan falsafah anjuran Nietzsche sendiri yang mencintai kekuasaan. Jean Jacques Rousseau lagi anih kerana dikatakan akan duduk melutut menangis teresak-esak seperti anak kecil jika saja terpadang sejenis bunga yang mengingatkannya pada kisah cinta ketika remajanya. Astaga dan bayangkanlah, sementara itu dia pula dituduh mengamal homoseks dan menurut cerita dia gemar sangat berpakaian warna garang, bersifat kewanitaan alias “flamboyant” (jika perempuan digelar Lesbian/memang ada di Sabah dikalangan orang ternama/kaya/berjawatan besar). Tepuk dada tanya selera. Siapakah yang saya maksudkan? Cilinya memang pedas nyonya! Cerita Jean Jacques Rousseau hampir sama dengan kehidupan penulis Inggeris Oscar Wilde yang menganggap dirinya paling bijak di dunia dan merupakan the founder of “Art For Art Sake” atau Seni untuk seni yang pernah dihebohkan oleh angkatan penulis 50an di Malaysia sedikit masa dulu. Kononnya Jean Jacques Rousseau pernah dipenjarakan akibat berkelakuan tidak senonoh/sumbang atau imprisoned for acting improper. Memangnya Lesbian dan pondan selalu saja berkelakuan tidak senonoh dan itu sebab Islam mentakrifkan Lesbian lebih hina dari penzina. Hukumnya rejam sampai mati. Terkena lagi/baru padan muka. Marah? Silakanlah! Yang paling anih barangkali dan tidak pernah dilakukan oleh sesiapapun ialah perangai dan sikapnya Vincent Van Gogh yang kononnya mengerat cuping telinganya dan keratan cuping itu dihadiahkannya untuk wanita pujaannya/it said to cut his ear and presented it to his admirer dan ternyata diakhir hidupnya dia mengakui yang dirinya seorang psikotik. Nah, bukankah perolahan itu merupakan perolahan yang anih? Leo Tolstoy adalah penulis dunia yang juga amat terkenal sangat dan karyanya saya tekuni bertahun-tahun lamanya dan memang menarik sangat dan dia memiliki isteri yang ganas/jahat yang kelihatannya semacam harimau garang serta bersikap cemburu buta melulu. Encyclopedia Britannica menulis yang dia merupakan orang paling dihormati di dunia 20 tahun sebelum kematiannya, tetapi dalam dunia realiti/kenyataannya. Beliau sering saja dimaki hamun oleh isterinya(He is always being scolded by his wife) yang saya kira isterinya itu sama punya perangai seperti isteri Socrates yang pendek dan berhidung kemek dan hal ini bisa diteliti lewat bukunya yang berjodol Whose Fault? Dan dalam buku itu cukup jelas memperkatakan atau menyifatkannya isterinya sendiri sebagai setan atau haiwan yang tidak berperikemanusiaan. Begitulah pengalamannya yang menyebabkan dia dapat menghasilkan karya yang besar dan cukup berjasa kepada dunia. Nah, kerana itu saya menyimpulkan bahawa sasterawan yang berjaya adalah sasterawan yang telah banyak sangat mengalami tekanan kehidupan yang maha hebat dan kehebatan tekanan itulah yang dirakamkan melalui tulisan secara nyata dan berkesan kala dibaca oleh pembaca. Demikian kenyataan yang benar. Disamping sasterawan atau tokoh-tokoh dunia mempunyai perangai yang berbeda dan agak lain, maka tidak kurang juga ramai sangat kalangan mereka yang terlibat (there is a lot of them whom involved in drugs yang akhirnya menjahanamkan diri mereka sendiri seperti Roget, Michael McClure, Allan Ginsberg, Allan Watts, Philips Dick dan William Burroughs. Nah, kenyataan inilah yang barangkali menyebabkan Allah berfirman begini “Aku tidak jadikan engkau(Mohammad) seorang penyair kerana penyair itu adalah terdiri dari golongan yang sesat” tapi Allah menambah di akhir ayat dengan kata “Kecuali orang-orang yang beriman”. Seorang lagi penulis Jerman yang namanya Kierkegaard dan dikatakan menghidapi sakit maniac depressive psychosis iaitu berperasaan tidak menentu dan selalu saja dalam keadaan teramat sedih yang amat sangat dan kadangkala gembira yang berlebih-lebihan. Kalau rasa sedihnya hadir, maka terasakan semacam mahu membunuh dirinya serta selalu menangis sendirian dalam kamar seperti orang tidak siuman. Eksistensialisme yang dimaksudkan dikatakan bersumberkan daripada fikirannya sendiri. Descartes pula yang seangkatan/kalau tidak silap telah berguru kepada Socrates(yang kala berjalan tanpa sepatu dan baju) itu dikatakan menghidapi penyakit skizofrenia dimana beliau amat gemar mengasingkan diri pada bahagian tertentu hidupnya/memangpun penulis bersikap sedemikian, selain itu Descartes seperti Liebniz, Milton dan Rossoni suka sangat mengurung diri dalam selimut dan berdiam diri dalam kamar berhari-hari sambil berfikir dan menulis sebanyak mungkin. That’s of course my experience/yang nyata dan tidak sepatutnya dilakukan terutama sekali kala sakit datang menjelma. Soalnya tidak mahu menyusahkan sesiapa but being in the hospital and does not wish to be disturbed/keluar juga air mata sedih. Begitulah! Adof Hitler pemuka Nazi yang kejam dan zalim/membunuh ribuan Yahudi yang juga bersikap kebinatangan/lantas mencetuskan perang dunia yang membunuh hampir 25 juta manusia itu rupanya fobiakan haiwan yang namanya tikus. Socrates gurunya Descrates pula kononnya berpenyakit sawan, Balzac dan Poincare ketagih kopi ketika menulis dan soal ketagih kopi ini memangnya berlaku di kalangan para penulis kita di Malaysia yang dapat menahan diri agar tidak ngantuk kerana before writing, I will be addicted to drink Tongkat Ali mixed with pure honey ginger dan akhirnya tidak tidur sampai subuh menjelma. Pengalaman. Penulis buku They Had to See Paris dan West of the Water Tower berangan-angan jadi kaya yang lalu mengusahakan hartanah dimana semuanya berakhir dengan kepahitan, keperitan dan akhirnya muflis dan hidup di jalananan alias merempat seperti pengemis di kaki lima yang selalu kita perhatikan di Kota Kinabalu. Memang anih dan tidak masuk akal dan diluar jangkaan kita, tapi itulah kenyataannya sebab orang seni bukan mementingkan harta benda, tapi kepuasan berkarya. Itu sebabnya saya tidak pernah mohon setiap karya saya dibayar kerana saya percaya Tuhan akan membayarnya kala kala mati tiga perkara yang membantu kita, iaitu amal, anak soleh dan ilmu. Maknanya karya adalah ilmu. Jonathan Swift, penulis Gullivers Travel yang membicarakan manusia berperangai binatang (Yahoo)dikenali dunia sastera Inggeris sebagai manusia paling pesimis yang keterlaluan. Beliau mengkritik raja dan pemerintah dan beliau amat kesal mengapa beliau wujud di dunia ini dan demi menunjukkan pemberontakannya itu, setiap kali ulang tahun kelahirannya, Swift berpuasa dan berpakaian serba hitam. Kalau tak silap/If not mistaken, at the end he was imprisoned for critising the King and the English government. Steven Spielberg mengalami trauma dahsyat ketika kanak-kanak. Beliau nyatanya selalu berkhayal dan takutkan hantu/bagi saya tidak ada hanti di dunia ini. Kononnya setiap malam sebelum dia tidur, beliau selalu saja memastikan yang di bawah katilnya tak ada makhluk atau objek asing. Dia juga selalu saja berfikir dimana almari dan semua barang-barang dalam biliknya bergerak ketika tidur. Keadaan itulah yang menyebabkan beliau berjaya mencipta/mengarah filem-filem yang kelihatannya anih dan ganjil serta memenangi beberapa anugerah di Hollywood. Filem “Dinasour” adalah antara filem yang hebat dan menang. Napoleon Bonaparte pula mengalami inferiority complesx ketika kanak-kanak. Rasa rendah diri itu amat keterlalauan dan dia dengan keras melawan perasaan itu yang akhirnya beliau berazam menakluki dunia/menguasai dunia sebagai pampasan rasa rendah dirinya itu. Akhirnya dia berjaya dan terkenal sangat. Gilbert dan Sullivan lagi lucu ceritanya. Pasangan pencipta opera agung seperti Patience, The Mikado dan Pinafore itu sebenarnya bergaduh dan tidak bertegur sapa seperti kucing dan anjing/fought and ignoring each other like cats and dogs. Yang anihnya ketika selesai Sullivan mencipta lagu, ia kirimkan segera kepada Gilbert selaku penulis liriknya dan meski tidak “ngam”/ tidak bertegur sapa karya mereka menjadi dan terkenal di seluruh dunia. Itulah kenyataannya. Memang anih. Rudyard Kipling yang saya kira merupakan penulis dunia perang kerana karyanya membicarakan tentang perang. Dia pula terbabit dalam pergaduhan dan membawa diri dan isterinya dari Amerika hingga akhir hayatnya. Kipling kononnya membeli tanah daripada abang iparnya yang bernama Balestier. Nah, suatu ketika Kipling dilanggar kereta kuda milik Balestier/Kipling was being hit by the horse carriage owned by Balastier dan kes itu meleret ke mahkamah. Segala hal itu boleh saja dibaca menerusi buku Rudyard Kipling Vermont Feud. Sementara yang namanya Victor Hugo juga anih kerana mahu namanya Paris ditukar sempena namanya. Bagaimana pula kisahnya para penulis kita di Malaysia? Masuri SN dari Singapura yang bersama saya di acara baca puisi dunia dua tahun lalu, kononnya Masuri SN like to walk alone and talk by himself/yang kelihatannya seperti orang tak siuman/Memang perangai Sasterawan agak anih katanya anak saya yang namanya Leny. Pak Samad Said pula enggan ayat-ayat lewat novelnya Hujan Pagi dicopotkan sebagai syarat dijadikan buku teks STPM di zaman Anwar Ibrahim jadi Timbalan PM yang menyebabkan ia bisa menerima royalti ratusan ribu dan ternyata demi keaslian karya dia menolak ratusan ribu. Fikirkanlah bahawa bukankah anih namanya yang kelihatannya Pak Samad sengaja menolak rezeki? Saya kira Pak Samad punya ketegasan dan tetap mempertahankan keaslian karyanya atau he is very firm and defended his own work/ertinya sasterawan asli bukan mengejar wang ringgit, tapi kepuasan berkarya. Itulah anihnya dan pak Samad memang pernah keliling baca puisi 2 bulan lamanya bersama saya dan menganggap saya sebagai pendeklamtor yang serius kerana cara saya melatih ialah dengan cara berlari keliling padang Keningau sebanyak 20 kali yang bermula jam 2 subuh. Kursus baca puisi selama seminggu itu/peserta hanya diizin tidur 2 jam saja dalam waktu 24 jam. “Gila!” katanya Ghaffar Ibrahim yang ikut sama, sementara Marzuki Ali hanya mendiamkan diri ketika itu. Inilah kerja orang seni yang anih, tapi kesannya cukup mendalam dan hal semacam ini telah saya lakukan ketika membimbing para pemuda barisan nasional berpidato kira-kira 5 tahun lalu anjuran Pemuda Pusat UMNO Sabah. Nah, apapun bahawa oleh kerana kebenaran itu tetap statik dan fikiran manusia pula akan senantiasa saja berubah maka dengarlah kebenaran yang dimaksudkan meskipun kenyataan itu datangnya daripada mulut seorang yang gila atau celepur/kata yang mengkritik/memaki hamun saya lewat sms dan email yang saya terima saban hari. Ah, jangan lihat siapa penulisnya, tetapi lihatlah karya/ideanya. Yang baik ambil saja dan yang tak baik mohon dilupakan. Perlu diingat “The good from Allah and the bad are myself”. Selesai!
Diterbitkan oleh : |