Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO PUAKA DAHULU KINI DAN SELAMANYA MENIPU

JAMIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR

SDR / SDRI PEMBACA ASSALAMUALAIKUM

Adakah kita malaysia mengeluarkan sesuatu barangan yang boleh dibanggakan , pemimpin negara menjaja mengatakan kita mengeluarkan kereta yang dipanggil proton , perodua , dan motosikal jaguh , comel . adakah nama-nama ini jenama keluaran negara kita . bolehkah kita bangga terhadap barangan ini. berapa lama rakyat malaysia mahu menipu diri sendiri , adakah kita tidak meniru sesiapa . sampai bila pemimpin negara mahu mendabik dada mengatakan kita mengeluarkan kereta . rakyat tidak sedarkah yang negara kita mencipta apa-apa jenis kenderaan . kenderaan jenama proton adalah tiruan dari kenderaan yang dikeluarkan oleh syarikat mitsubishi jepun , kita hanya meniru model-model mereka . bukankah lebih baik pemimpin negara mengaku yang kita hanya meniru , setiap kali proton mengeluarkan kenderaan baru pasti kereta tersebut akan sama dengan kereta yang dikeluarkan oleh mitsubishi cuma yang membezakan kereta tersebut hanya namanya sahaja, contohnya kita lihat kereta proton wira , kereta tersebut sama modelnya dengan mistubishi lanser . kereta proton satria modelnya sama dengan model mistubbishi magma hatchback .

Bagi kereta perodua pula adakah kita yang mengeluarkanya. cuba perhatikan betul -betul . kereta tersebut sama modelnya dengan kereta daihatsu mira , sebab itu ada setengah anak muda malu nak mengunakan jenama kancil , sebaliknya mereka membuang nama kancil tersebut dan meletakan jenama mira pada kereta perodua kancil mereka. perodua meniru kereta jenama daihatsu yang sebenarnya. kalau rakyat tidak percaya selalulah membeli majalah-majalah kereta keluaran luar negara . malah kebanyakan kereta yang ditiru tidak di jual di negara kita , mungkin ini perjanjian antara kerajaan dengan syarikat tersebut tak tahulah . malah enjin kereta perodua kancil terang-terang mengunakan enjin daihatsu . jadi apakah kita mencipta kereta tersebut. mungkin hanya dipasang di malaysia sahaja.

Bagi motosikal; jaguh pula betulkah ciptaan malaysia , sila beli majalah -majalah motoeikal luar negara , cari motosikal jenama yamaha drago yang dijual di korea atau macau , lihat sama atau tidak kenderaan tersebut. jadi kenapa pemimpin negara bermegah mengatakan kita membuat motosikal jaguh . tak malukah kita pada negara lain , yang memandang dan mendengar. kedutaan-kedutaan luar negara mereka mempunyai seseorang yang tugasnya menghantar berita-berita yang keluar di surat kabar malaysia kepada negara mereka . pemimpin negara lain dan rakyatnya akan tersenyum apabila membaca yang malaysia mengeluarkan kereta dan motosikal . jadi jika pelajar malaysia pergi keluar negara dan mereka disindir jangan salahkan pembangkang. atau menuduh pembangkan memalukan negara.

Motosikal atau skuter jenama comel pula adakah skuter ciptaan malaysia , saya sendiri seorang yang amat meminati motosikal jenama skuter . saya selalu membeli majalah-majalah scootering yang dikeluarkan di england. didalamnya terdapat gambar-gambar motosikal skuter luar negara dan syarikat yang mengeluarkanya , untuk pengetahuan rakyat malaysia motosikal jenama comel adalah motosikal tiruan dari jenama ( spenser 125 ) keluaran syarikat KYMCO di taiwan ,yang dijual di england dan jerman . comel juga hampir sama dengan skuter jenama ( medison 125 ) keluaran syarikat MALAGUTI di italy . sila cari majalah-majalah tersebut dan lihatlah sendiri sama atau tidak model-model yang saya sebutkan tadi . jadi kenapa pemimpin negara mendabik dada mengatakan negara mengeluarkan skuter. kenapa pemimpin negara sanggup menipu rakyat. malukah kalau kita mengatakan yang kita meniru rekabentuk kenderaan tersebut. kenapa mesti mengatakan yang kita mengeluarkanya . rakyat yang tidak tahu atau tidak pernah ambil tahu akan bermegah tenpa menyedara yang beliau ditipu. apabila ditanya oleh rakyat asing rakyat yang tidak tahu akan bermegah mengatakan kita malaysia mengeluarkan kereta dan motosikal . sedangkan rakyat asing memang sudah tahu kita meniru. siapa yang malu kepada rakyat asing .

Pemimpin-pemimpin negara harus sedar rakyat malaysia sekarang bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan. sekarang zaman milinium bukan lagi zaman papan batu. cukuplah dan hentikanlah melakukan penipuan terhadap rakyat . ini kerana apabila rakyat tahu yang mereka ditipu rakyat tidak akan memaafkan pemimpin-pemimpin negara , jika ini berlaku jangan mengungkit tentang perpaduan orang melayulah , perpaduan rakyat , orang melayu mudah lupalah dan bernmacam-macam lagi. rakyat mahukan reformasi untuk negara malaysia bagi segala-galanya .

DONDANG SAYANG BABA DAN NYONYA
BERDENDANG LAGU MERATA KOTA
DULU KINI DAN SELAMANYA
UMNO KARAT PUNYA CERITA

SAMPAN BERAKIT KE HUJUNG HULU
DAYUNG TERSANGKUT DI CELAH AKAR
KINI RAKYAT SEMUA DAH TAHU
SEGALA RAHSIA SUDAH TERBONGKAR

MATI SEMUT KERANA GULA
MATI KATAK KERANA PAYA
MARAH RAKYAT BAGAIKAN GILA
UMNO DITOLAH DALAM PILIHANRAYA

AKHIRKATA YANG BAIK DARI ALLAH S.W.T JUA HENDAKNYA , YANG TIDAK BAIK MUNGKIN DARI SAYA SECARA TIDAK SENGAJA.

SAYA YANG BENAR

JAMUIL BIN ISMAIL JK
CHERAS KUALA LUMPUR

JAMIL BIN ISMAIL JK CHERAS KUALA LUMPUR




______________________
Terbitan : 2 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com