Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Jangan hairan Ramadhan dan Sywal meningkatkan lagi tentangan kepada rasuah Khir Toyo

Oleh KACANG HIJAU

Budak-budak yang asyik bekerja untuk mempertahankan kedudukan perasuah Dr Khir Toyo -- yang didokong kuat Setpolnya, Dr Karim Mansor -- seperti Pengarang AgendaSelangor, Pukat Tunda, mempersoalkan kenapa penentang Khir Toyo tidak kira Ramadhan ataupun Syawal, berterusan melancarkan kempen untuk menjatuhkan MB Selangor itu.

Bagi saya, ini tidak pelik. Kerja menentang kemungkaran, apatah lagi jika ia dilakukan oleh kepala negeri seperti Khir, bukan saja harus diteruskan walaupun pada bulan Ramadhan, tetapi mesti dilipatgandakan. Ini kerana jika kepala negeri melakukan rasuah, khianat kepada amanah rakyat, menyeleweng, makan suap, korupsi dan menyalahgunakan kuasa, kesannya cukup terasa kepada rakyat terbanyak. Kalau yang rasuah itu orang bawahan, kesannya tidaklah begitu teruk seperti yang dilakukan oleh Menteri Besar dan segala kaum kroninya.

Setakat memberikan derma yang sedikit, tetapi mengumpulkan kekayaan maha hebat daripada wang rasuah dan komisyen taukeh-taukeh yang mendapat projek, balak, tanah dan permit, hanya mendedahkan sikap munafik Khir Toyo. Beliau berbangga dan mahu dikenali sebagai tokoh muda yang alim, dermawan tetapi sebenarnya Toyo bersedia melakukan apa saja, termasuk mengaut kekayaan Selangor untuk diri dan kroninya.

Dan segala apa yang dibuat Khir (dengan nasihat dan tunjuk ajar Dr Karim Mansor yang kaki perempuan itu) dipastikan dulu tidak bercanggah dengan undang-undang. Ini tidak sukar dilakukannya kerana Khir akan mendapat nasihat percuma daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis Cawangan Khas.

Maka Khir akan bebas dari sebarang tindakan undang-undang kerana kalau ada pun tindakannya yang melanggar Akta Pencegahan Rasuah, seperti dalam kes beliau membeli kereta rasminya dengan harga RM35,000 dan menyerahkan tanah yang diwartakan sebagai kawasan lapang atau tanah rekreasi kepada kroni Bestarama, maka Khir akan dinasihatkan oleh BPR dan SB supaya membatalkan segala arahan dan keputusannya sebelum itu.

Penjilat-penjilat Khir Toyo, seperti Pukat Tunda (pengarang AgendaSelangor) tidak harus merasa pelik apabila kempen menentang rasuah MB Selangor akan digiatkan lagi selepas raya nanti. Ini kerana sudah terbukti, walaupun telah didedahkan dengan fakta dan maklumat sahih bahawa beliau melakukan rasuah, tetapi Khir langsung tidak mengambil pengajaran dari semua itu. Beliau terus melakukan rasuah, satu demi satu, dengan penuh rakus, tanpa sebarang rasa takut bahawa ia akan dibongkar lagi. Sebaliknya beliau mengambil tindakan drastik dengan menutup mulut Exco-Exco Kerajaan Negeri Selangor bagi memastikan tiada maklumat yang dapat keluar tentang tanah dan projek yang diserahkan kepada syarikat dan kontraktor kroni.

Seperti yang diberitahu sebelum ini, Khir hanya menukar strategi, iaitu dengan menyerahkan tanah kepada anak syarikat kerajaan negeri seperti PKNS, PNSB, yang akhirnya, bila tanah itu mahu dimajukan, maka Khir yang menjadi Pengerusi PKNS dan PNSB akan mencari syarikat kroni, seperti Majulia dan Lebar Daun, untuk mengusahakannya secara usahasama, yang mana syarikat kroni itu akan diberikan kelebihan untuk membolot segala kekayaan Selangor itu.

Tetapi kaedah paling efisyen dan lebih cepat mendatangkan wang tunai ialah dengan menganugerahkan projek yang telah ditingkatkan kosnya berkali ganda, dan kemudiannya diserahkan tanpa tender terbuka kepada kontraktor kroni, seperti dalam kes membina bangunan tambahan Dewan Undangan Negeri Selangor, yang bernilai RM50.5 juta itu. Dan kita tentu belum lupa kes Meram Holdings (92.5 juta buat jalan di Sekinnchan) dan LBH Engineering Sdn Bhd yang mendapat kontrak membekal dan memasang paip air di Semenyih bernilai RM82 juta itu.

Perkara yang terdedah hanya bilangannya cukup kecil hanya menunjukkan bahawa masih banyak kes yang sama tapi terpendam. Mungkin ada ratusan kes-kes yang serupa tetapi banyak ditutup oleh Khir. Hari ini Khir berjaya menutup dan menyembunyikannya, tetapi percayalah kes-kes busuk rasuahnya itu hanya terbongkar satu hari kelak.






______________________
Terbitan : 6 Dis 2002
Hari Raya Pertama

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com