Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Noh Omar Turut Aniaya Ustaz Haji Suhaimi

Oleh: KANG SEMAR.

Selama ini rakyat di Tanjong Karang hanya didedahkan dengan ' tabiat ' Noh Omar yang gemar menganiya kalangan guru sekolah kebangsaan seperti Cikgu Haji Hashim Harun dengan ' menukar ' tempat beliau bertugas ke Kuala Lumpur . Tapi , apa bezanya dengan kalangan guru-guru tetap dan guru fardu ain (FA) yang bertugas di sekolah agama kawasan Tanjong Karang.

Dengan ' kuasa ' yang ada padanya, Noh Omar juga menganiya guru besar Sekolah Rendah Agama Parit (9) Pasir Panjang, Ustaz Haji Suhaimi Jalil dengan menukarkan beliau ke daerah Kuala Selangor, kemudian oleh kerana beliau masih ' boleh berulang ' balik ke kampung di Pasir Panjang, ditukarkan lagi ke daerah yang lebih jauh dalam jangka waktu beberapa bulan sahaja.

Sebenarnya, Ustaz Haji Suhaimi ini seorang guru agama yang aktif di kampungnya di Pasir Panjang. Beliau menjadi setiausaha masjid pekan Pasir Panjang dan berjaya membawa berbagai program yang tidak semua setiausaha masjid mampu melakukannya. Bukan setakat itu sahaja, susuncara pentadbiran masjid juga kemas dan baik. Khabarnya beliau ini juga adalah orang kuat dalam Majlis Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) daerah Sabak Bernam. Kerana sikap dan didikasi beliau dalam bertugas nazir masjid tersebut yang juga orang kuat UMNO pun ' sayang ' kepadanya !.

Oleh kerana terdapat orang-orang pengampu Noh Omar yang kepingin jawatan setiausaha masjid (?) dan memang pun di arah oleh Khir Toyo semua pegawai dan AJK masjid di Selangor mesti orang ' keris tak bersarung ' , maka Ustaz Haji Suhaimi pun ditekan supaya meletakkan jawatan setiausaha masjid berkenaan. Bagi beliau, dengan rasa senang hati jawatan itupun ' dilepaskan '. Namun begitu, orang-orang Noh Omar masih tidak puas hati, mereka mahu Ustaz Haji Suhaimi ditukarkan ke luar daerah !.

Sekarang Ustaz Haji Suhaimi khabarnya balik bertugas semula ke daerah Kuala Selangor dalam kawasan Tanjong Karang. Walaupun beliau adalah guru tetap DG6 dan pernah bertugas sebagai guru besar di SRA, selepas ' terpelanting ' dari SRA Parit (9) Pasir Panjang, jawatan ' guru besar ' itupun turut terpelanting sampai sekarang !.

Dan dari sumber yang rapat, kegiatan Ustaz Haji Suhaimi di sekolah tempat bertugas sekarang ( sekolah itu tidak ada guru besar sekarang, kerana guru besar lama telah bersara ) tetap dalam ' pemerhatian ' orang-orang Noh Omar. Sampaikan ' sidang ' yang tidak ada kena mengena dengan sekolah , seperti AJK PIBG atau kawasannya pun sering datang ' memantau ' apa yang diajar oleh Ustaz Haji Suhaimi kepada murid-murid serta pergaulan dengan guru sekolah tersebut.

Itu tindakan Noh Omar kepada guru agama berjawatan tetap, bagaimana kepada guru agama bertaraf fardhu ain (FA) ? . Lagilah dahsyat !. Hinggakan ada guru FA yang dipanggil bossnya di Pejabat Agama Sungai Besar dan dirayu supaya beliau jangan lagi menyokong parti PAS. Walaupun begitu, beliau terus ' dipecat ' dari jawatannya. Padahal beliau telahpun mengikuti kursus perguruan JAIS dan menunggu masa untuk disahkan jawatan sahaja lagi !.

Entahlah kau Noooh, Noh !……………






______________________
Terbitan : 18 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com