SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PENGINGGERISAN SAINS DAN MATEMATIK BAGAIKAN MENAHAN LUKAH DIPERGENTINGANOleh Kelana Bakti Usaha untuk menginggeriskan pengajaran Sains dan Matematik telah menimbulkan satu reaksi yang menyayatkan di kalangan para pencinta bahasa Melayu. Satu tindakan yang akan memerosokkan bahasa Melayu ke satu sudut yang terpencil dalam proses pemerkasaannya sebagai bahasa Ilmu moden. Sekaligus akan mengundang krisis kepercayaan yang parah dari segi penggunaannya di kalangan masyarakat, khususnya dalam konteks pembinaan laras bahasa Melayu tinggi. Namun begitu, bagi "penggila" bahasa Inggeris, persoalan tersebut bukan merupakan satu perhitungan yang mewajarkan usaha memikirnilaikan kembali tindakan. Apa yang penting bahasa Inggeris harus menang dan bahasa Melayu perlu tewas! Dalam senario kemelut status bahasa Melayu, diheboh-hebohkan dengan kesempurnaan bahasa Inggeris, dengan kehebatan bahasa Inggeris sebagai bahasa Ilmu, golongan oportunis terus-terusan mengambil kesempatan memancing publisiti dan keuntungan material. "SRI CEMPAKA SCIENCE EXHIBITION 2002 Science And Mathematics In English Is In Full Swing At Sri Cempaka!" Demikian, tajuk iklan satu muka penuh "The Malay Mail" 23 November 2002 berhubung dengan kononnya pameran Sains Dan Matematik yang diadakan di Sekolah Sri Cempaka, kononya sebagai penonjolan terhadap kejayaannya mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Iklan yang memaparkan lima keping gambar para pelajar bersama dengan projek sains masing-masing yang dirasmikan oleh Mahadzir Mohd. Khir serta rakaman profil penjelasan mengenai "gerakan menginggeriskan Sains dan Matematik" di Sri Cempaka yang antara lain dipetik akan kata-kata pengerusi Sri Cempaka "We started having Science and Mathematics lessons in English for al level, this year as soon as the Government announced this initiatives. We share their vision and fully support their efforts". Sekali imbas kenyataan tersebut memperlihatkan betapa tangkas, cekap dan bijaknya pihak pengurusan Sri Cempaka bertindak menterjemahkan kehendak para pemimpin UMNO dalam menginggeriskan Sains dan Matematik. Sekalung tahniah buat Seri Cempaka! Satu kesungguhan yang mengkagumkan! Namun secara tersirat menyerlahkan sikap ghairah melampau pihak pengurusan Sri Cempaka terhadap kehendak menginggeriskan Sains dan Matematik, seolah-olah "orang mengantuk disorongkan bantal", "pucuk dicita ulam mendatang" dan "memecah benteng melajukan air". Dengan iklan satu muka penuh meanguar-uarkan pameran tersebut, seolah-olah hanya dengan penggunaan bahasa Inggeris sahaja maka segala bentuk projek dan persembahan Sains dan Matematik dapat lakukan dengan jayanya, tanpa penggunaan bahasa Inggeris segala bentuk projek Sains dan Matematik akan kematian idea. Seolah-olah "betapa celakanya menggunakan bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik", seolah-olah dengan menggunakan bahasa Melayu segala bentuk projek Sains dan Matematik; "tindak balas tikus terhadap muzik rock dan muzik klassik", "kesan perbezaan gelombang cahaya ke atas tumbuhan-tumbuhan", "kajian masalah pencemaran ditapak pembinaan" dan "prinsip-prinsip disebalik penjanaan kepal selam" tidak dapat dilakukan. Begitu juga, seolah-olah segala bentuk persembahan Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu tidak boleh dilakukan dengan menggunakan komputer riba (lap top), iMacs, model buatan dan charta-charta berwarna-warni. Seolah-olah segala kaedah pengajaran dan pembelajaran tersebut hanya mampu dilakukan apabila bahasa pengantar untuk Sains dan Matematik ditukarkan kepada bahasa Inggeris, seolah-olah bahasa Melayu tidak mempunyai upaya kreativiti dan sifar inovatif dalam meneroka pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik. Berdasarkan kepada gambaran aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berasaskan model Sri Cempaka, bukanlah merupakan sesuatu yang luar biasa yang menggemparkan dengan keanehan bijaksana untuk menguasai bahasa Inggeris. Persoalannya apakah motif Sri Cempaka mengeluarkan sejumlah wang untuk membiayai iklan semuka penuh, semata-mata untuk memnonjolkan kaedah pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang tidak punya apa-apa sifat luar biasa? Atau terdapat pihak lain yang menaja iklan tersebut, jika demikian apa tujuannya? Jika kaedah projek dan persembahan Sains tersebut dapat mempertingkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris, apakah kaedah yang sama tidak dapat dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris? Ternyata apa yang dilakukan oleh Sri Cempaka dengan menguar-uarkan pameran Sains dan Matematik tersebut, tidak lebih daripada usaha "menahan lukah dipergentingan"! Apapun situasinya, Sri Cempaka jangan mengharapkan soal sifar personal prejudis dan sentimen politik terhadap apa yang dilakukannya "…without political or personal prejudice", satu pembiasan pemikiran hipokrit! Walhal tindakan untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar Sains dan Matematik itu sendiri merupakan keputusan politik, penuh prejudis terhadap wibawa bahasa Melayu dan merupakan tindakan untuk menguncupkan bahasa Melayu. Apakah dalam hal ini pihak pengurusan Sri Cempaka ingin menjadi jaguh kepandaian mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris? Jika itu hasratnya maka ia tidak lebih daripada satu omongan sifar!
Diterbitkan oleh : |