Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Sama-sama berdoa dan solat hajat untuk kesihatan Ahmad Lutfi

Oleh WARTAWAN KITA

Bila mendapati laman ini kurang menyiarkan perkembangan baru mengenai rasuah Khir Toyo, hati saya bimbang dengan keadaan Ahmad Lutfi Othman. Benarlah kebimbangan saya itu selepas kawan-kawan memberitahu beliau diserang sakit misteri sekali lagi, semenjak pertengahan puasa lalu.

Ini bermakna sudah lebih sebulan Lutfi terlantar di rumahnya, dan beberapa buah tangannya, seperti akhbar Cabaran dan majalah Tamadun tidak dapat dikeluarkan lagi.

Seorang kawan yang menziarahinya memberitahu keadaan Lutfi begitu menyedihkan. Beliau tidak dapat berbuat apa-apa, hatta untuk membaca akhbar harian. Kepala, tangan, kaki dan pinggangnya sentiasa sakit. Peliknya pihak doktor tidak dapat memberi kata pasti tentang penyakitnya.

Ramai percaya ia gara-gara ilmu hitam yang diusahakan beberapa orang kanan Khir Toyo, diketuai Dr Karim Mansor, Setiausaha Politiknya yang baru mendapat gelaran Datuk. Kumpulan Khir ini mahu menghapuskan terus Lutfi kerana penulis bebas ini sentiasa menghantui kerjaya politik Khir Toyo. Kepada pembaca sekalian, sama-samalah kita berdoa dan bersolat hajat mohon Allah pulihkan kembali kesihatan Ahmad Lutfi. Aminn.






______________________
Terbitan : 24 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com