Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Dato’ Rashid Ngah dan Polis

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya nak bercerita sedikit pasal Rashid Ngah, ADUN Seberang Takir, Kuala Terengganu sekarang. Tidak dinafikan Rashid Ngah adalah seorang ADUN yang ambil berat tentang perihal kawasannya. Masa sekolah rendah keb tok jembal dulu, Rashid Ngah lah yang menyampaikan hadiah ketika majlis penyampaian hadiah akhir tahun ketika saya dalam darjah satu.

Rashid Ngah adalah antara 2 orang ADUN yang terselamat selepas banjir besar melanda Terengganu pada pilihanraya ’99 yang lepas, bak kata beliau sendiri yang menganggap sebagai yang terlekat di pukat ketika banjir. Namun jika dikaji balik kenapa Rashid Ngah masih dapat bertahan di Seberang Takir, ia adalah sesuatu yang tidak mengejutkan. Tidak hairanlah terdapat 2 buah kem yang terletak di bawah kawasan ADUNnya. Sebuah ialah Kem Tentera Seri Pantai, dan satu lagi Kem PGA Batalion-9 Kubang Badak.

Dipercayai kedua-dua kem ini banyak memberi input kepada kejayaan Rashid Ngah untuk terus kekal di Seberang Takir. Ketika satu majlis penyampaian bantuan hari raya wang ehsan kepada polis kem PGA Bn-9, secara terang-terangan Rashid Ngah berkempen kepada anggota polis yang hadir (padahal yang hadir hanya nak duit ehsan RM 300 tu je). Suatu perlakuan yang tidak beretika di mana Rashid Ngah berkempen kepada anggota penjawat awam. Di tambah pula salah seorang pegawai tinggi kem tersebut, DSP ****** secara terus terang turut menyokong kempen tersebut.

Seperkara lagi, adalah begitu meragukan di mana wang ehsan digunakan sebagai bantuan kepada anggota polis yang rata-rata telah mempunyai pendapatan tetap. Kebanyakan anggota yang hadir datang dengan kereta pada malam tersebut!. Sedangkan banyak lagi rakyat terengganu yang benar-benar memerlukan bantuan wang ehsan tersebut. Di sini pengurusan wang ehsan amat diragui. Tambahan pula kebanyakan anggota polis mendapat bantuan tersebut tanpa mengira daripada negeri mana asal kelahirannya.

Baru-baru ini kem PGA tersebut menganjurkan konsert mesra rakyat, lebih kurang sama dengan konsert yang dilansungkan di Uitm Dungun. Begitu juga dengan Kem Seri Pantai yang juga telah menganjurkan konsert yang melalaikan. Di sini nampak sangat pihak polis cuba berselindung di sebalik kawasan kem untuk melanggar larangan konsert maksiat di Terengganu.

-kustemstudent






______________________
Terbitan : 30 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com