SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Warna-warna pilihan UMNO.Sesiapa yang gemar memerhatikan bangunan-bangunan baru atau lama yang baru dicat, sama ada bangunan Tadika Kemas, Balai raya, masjid , surau , rumah PPRT, rumah orang perseorangan dan juga bangunan sekolah, tentu dapat merasakan ' warna baru ' telah diwujudkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang amat takut dengan warna simbol bendera parti PAS dan keADILan iaitu : Putih, hijau dan biru muda. Warna pilihan bagi pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ' mesti' termasuk salah satu warna-warna berikut: Merah , merah jambu, kuning dan kuning pinang masak. Kadangkala ada di antara bangunan tersebut sudah menyerupai 100 peratus warna untuk bangunan ibadat orang Tionghua ( tokong ) iaitu merah jambu berjalur dengan warna merah !. Mungkin warna tersebut sudah ' diarah ' oleh orang yang berkuasa dalam pemerintah UMNO supaya warna-warna putih, hijau dan biru laut jangan dimasukkan dalam apa juga jenis bangunan. Macam khabarnya cat baru bagi masjid-masjid di negeri Kedah yang diarah dengan cat warna kuning……. Kalau kita memerhatikan bangunan dalam kawasan Tanjong Karang, tempat Khir Toyo 'bertahta ' , warna bangunan demikian dapat kita lihat di sepanjang jalan besar ( yang entah bila hendak siap dan sudah ramai meragut nyawa pengguna jalan raya ) dari kawasan Tanjong Karang hingga ke Sabak Bernam. Kalau rajin, sila masuh pula ke kampung-kampung untuk memboktikan kebenaran berita ini.. Pendek kata, kalau cat rumah orang peseorangan ada warna-warna merah, merah jambu, kuning dan kuning pinang masak , memang sahlah dia itu daripada penyokong kuat UMNO . Tak payah ditanya-tanya lagi pada jiran sekitarnya !. Rakyat sekarang naik hairan , kenapalah pemimpin dan penyokong UMNO terlampu takut kepada warna bendera Pas dan keADILan itu !. Kerana terlalu hendak menghilangkan warna bendera parti pembangkang, mereka ' lacurkan ' cat bangunan awam dan persendirian hingga menjadi warna yang digemari oleh orang Tionghua dan mirip kepada bangunan tokong !. Inilah yang dikatakan tikus membaiki labu kut !. Khabarnya ada negeri/ wilayah di Malaysia yang sudah mengarahkan pakaian murid sekolah agama ditukar dari warna pakaian putih dan hijau kepada warna putih dan merah. Warna / lambang UMNO lah tu !… .Padahal, warna hijau dan dan putih itu ' sedap ' mata memandang dan telah digunakan sejak berdekad-dekad bagi semua murid sekolah agama di Malaysia ini. Yang menggelikan hati rakyak lagi, Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang meletakkan tulisan pada papan-papan tanda besar dengan warna hijau dan putih pada suatu ketika dahulu, sekarang menukarnya kepada warna biru tua dan putih pula . Perkataan ' hijau dan subur ' juga diganti dengan perkataan lain. Ini sudah tentu ada tekanan dari wakil rakyat / YB kalangan UMNO yang menjadi ahli MDSB, kepada pentadbiran daerah !. Oleh kerana sudah banyak bangunan dicat warna-warna tokong, kita tunggu apakah warna yang akan digunakan oleh Noh Omar ke atas rumahnya di Parit (3) Sungai Burung, Aziz Desa di Parit (4) Sungai Burung , Khir Toyo di Simpang Lima , Shukor Siraj di Sungai Haji Dorani ( rumah mereka ini sudah naik ' jeblok ' warnanya sekarang . Dah patut dicat baru ! ) dan juga rumah YB serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain, apabila mereka memperbaharui cat rumah masing-masing nanti. Susah-susah , pakai warna kuning jalur merah atau warna merah jambu jalur merah ! Supaya nampak lebih ' patriotik ' serta ' fanatik' dan sekali gus macam………ehem !. RAJA PANTAI LANDU
Diterbitkan oleh : |