Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Mahathir kata: Golongan profesional tak berterima kasih kepada kerajaan

Dia tujukan ucapan di atas terutama kepada golongan doktor dan jurutera. Ya! tetapi kami ucapkan terima kasih kepada rakyat kerana memberikan kami biasiswa dan sekarang ini membalas dengan bekerja menggunakan kepakaran kami untuk rakyat malaysia bukannya di negara lain.

Tetapi kami tidak suka kepada pemimpin yang setakat lulus universiti kelas tiga, jurusan sastera, ekonomi atau jurusan yang tak laku di pasaran tetapi cepat kaya apabila berpolitik sambil berasuah! Kami tak suka pemimpin yang mengkhianati rakyat, duit rakyat, ugama dan bangsa! Kami tak suka pemimpin yang bongkak, hanya kamu sahaja yang pandai, pandai ambil duit rakyat, pandai tipu rakyat, pandai berasuah, pandai menghalalkan perkara yang haram!

Pengkhianatan yang di buat oleh Mahathir dan UMNO cukup besar dan tidak boleh lagi di maafkan oleh rakyat semua. Cukup banyak kerosakan yang kamu(UMNO) lakukan. Ya! sekarang Mahathir sudah sedar dan keharuan apabila mendapati golongan kami tidak berterima kasih kepada anda semua. Sebenarnya sudah lama kami berperasaan dan bersikap sedemikian. Cuma kamu sahaja yang tak terima khabar!

Sekian.

melayureform@yahoo.co.uk






______________________
Terbitan : 25 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com