Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Aktivis KeADILan bebas dari ISA ?

Diberitakan, Lembaga Penasihat Jabatan Perdana Menteri bagi tahanan ISA di Kamunting akan mencadangkan pembebasan tahanan aktivis reformasi terdiri daripada pemimpin keADILan. Demikian menurut peguam mereka, Latifah Koya .

Walaupun pembebasan mereka amat ditunggu-tunggu oleh majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, termasuk juga dari kalangan orang-orang UMNO/ BN ( mungkin ? ) , tetapi ramai juga di kalangan rakyat bawahan beranggapan ianya suatu ' mimpi ' sahaja, jika dilihat dan diperhatikan tindak tanduk perjalanan keadilan di mahkamah dan keikhlasan Pak Lah masa lalu.

Dan ada orang berkata, tidak mustahil apabila Pak Lah menjadi PM nanti penghormatan dan ' kecintaan ' majoriti rakyat kepadanya semakin menurun dari sekarang, sekiranya tahanan-tahanan ISA terdiri dari aktivis reformasi masih lagi menjalani ' kursus ' yang tidak tentu hujung pangkalnya !. Kalau PM Mahathir sekarang sudah terdapat bersepah-sepah kartun yang melakarkan gelagatnya ( malah tidak ada seorang PM Malaysia masa lalu ada di kalangan rakyat yang sanggup melukis gelagatnya berbagai rupa seperti Mahathir, di samping berbagai gelaran yang menunjukkan kebencian mereka ), maka Pak Lah juga akan menerima kesan dan nasib yang sama. Percayalah kata mereka !.

Tak perlulah hendak berbicara tentang hak asasi manusia atau segi hukum agama Islam penahanan ISA itu sebagai zalim dan tidak bertamadun, dari segi akal orang tidak berapa ' cerdik ' pun mengatakan hukuman ke atas kesalahan yang tidak tentu hujung pangkalnya sebagai ' kerja gila '. Inilah realiti hukuman yang dijalankan di Malaysia yang serba ' boleh ' ini di samping kerja-kerja ' tangan ' manusia yang tidak ingat kepada hari pembalasan dan kematian . Dan inilah anggapan majoriti rakyat terhadap institusi kehakiman/ keadilan serta kewibawaan pemimpin-pemimpin negara terdiri daripada orang-orang UMNO/ BN.

Rakyat ramai berkata sekiranya tahanan ISA terdiri daripada aktivis reformasi benar-benar dibebaskan atas dasar menurut perintah mahkamah, maka satu penghormatan atau gelaran istimewa perlu diberikan kapada Pak Lah yang menguasai undang-undang rimba itu. Pak Lah juga patut dicatat dalam sejarah tanahair yang bakal dipelajari oleh kanak-kanak di Malaysia pada masa depan sebagai ' bapa kezaliman yang bertaubat ' .

Di satu pihak pula sudah ' terdengar ' kalangan mereka yang sanggup ' bertaruh ' pembebasan tahanan ISA tersebut TIDAK AKAN BERLAKU dalam situasi politik sekarang. Mereka berhujjah, kalau tahanan ISA tersebut dibebaskan menjelang pilihanraya umum diadakan, maka bererti UMNO/ BN memang mencari nahas dan bercadang untuk mengkafankan diri sendiri. Kerana itu, walau apapun terjadi dan walau apapun dikatakan rakyat terhadap peribadi pemimpin-pemimpin UMNO/BN mereka yang terbabit TETAP DI HUMBAN DAN MERENGKUK DALAM TAHANAN ISA !.

Walau bagaimanapun, marilah kita semua berdoa kepada Ilahi supaya kezaliman akan hapus di bumi Malaysia ini dan keadilan akan datang menggantikkannya. Biarlah semua tahanan ISA dibebaskan, termasuk Anwar Ibrahim yang dipenjara hanya dengan ' bokti angin ' itu. Allah amat berkuasa dan bekehendak serta mengatasi segala-galanya. Allah juga berkuasa untuk ' membalik-balikkan ' hati manusia. Hari ini mungkin sidia garang dan tidak punya belas kasihan, tetapi apabila Allah menghendakki bila-bila sahaja sidia akan jadi pengasih dan menjadi sahabat.

Marilah sama-sama kita mendoakan kebaikan dan pembebasan ke atas semua tahanan ISA. Amin.

-NAKDESADIKOTA






______________________
Terbitan : 16 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com