Tranung Kite dot net

SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Celoteh Nenek Mahsuri – Siri 2

Assalamu’alaikum... Selamat Berpuasa. Dan Selamat Hari Raya...

Alhamdulillah bertemu semula. Nenek dah dapat dah nama tempat pengajian cucu-cucu nenek disebrang laut tu. Tapi nak sebut pun payah - "Pusat Matrikulasi KPM-ITTAR Langkawi". Banyak respon yang nenek dapat sejak nenek tuliskan mengenai pengalaman cucu-cucu nenek kat seberang laut sana tu. Ramai juga yang memberikan pandangan dan idea serta menceritakan pengalaman anak-anak mreka di IPTS dan IPTA lain yang mengamalkan sistem pendidikan acuan penjajah. Tetapi nenek rasa nak konsentret pasal Langkawi saja dulu buat sementara waktu ni.

Tup-tup citer pasal Nenek Mahsuri ni keluar, ada yang bertanyakan nenek pasal betul ke ada pensyarah yang kena tangkap basah tapi yang kena buang kerja tu orang lain pulak yang tak basah (macam dalam citer Korporat Melayu Jatuh II). Ini lah yang membingungkan nenek. Macamana orang lain kena tangkap basah, orang lain pula kena buang keje?

Bila nenek tanyakan pada cucu-cucu nenek boleh dikatakan semua nya membisu seribu bahasa. Rupanya cucu nenek dah kena warning teruk masa kat sana. Ni dah kira kena "brainwash" teruk lah ni. Tak siapa yang berani nak bukak mulut. Tapi ada satu-dua cucu nenek yang mahu menceritakan hal sebenar sebab takut pada ALLAH bukan takut pada manusia.

Kisah pilih-kasih yang diceritakan ari tu rupanya baru kerak nasi jer. Isi nya lebih lagi. Pensyarah yang kena buang kerja tu adalah pensyarah yang paling popular dikalangan cucu-cucu nenek kerana sifatnya yang peramah dan suka melayan semua cucu nenek TANPA PILIH-KASIH. Rupanya ada yang cemburu dikalangan pensyarah disitu kerana sudah lama membunga tetapi tak menjadi.

Menurut citernya, kroni-busuk mreka ni, selain dari ngurat cucu-cucu nenek, ada makwe yang sesekali datang "hantar bekalan" ke Langkawi dari KL. Jadi satu malam si-kroni dan pasangannya sudah kena tangkap basah dirumah-sewanya dan dibawa orang kampung jumpa Tok Penghulu. Ntah macamana Tok Penghulu ni kenal PengeTUA pusat pengajian tu dan hambaALLAH ni dilepaskan begitu saja. (Power jugak PengeTUA kolej tu yer! Sesamer UMNO lah katakan!…)

Orang kampung pun marah lah sebab ini bukan kes pertama jadi camni. Untuk menjaga nama baik kolej dan juga menjaga hati orang kampung, maka diadakanlah sandiwara mengambil tindakan terhadap pensyarah yang membuat maksiat. Si-anu-si-pensyarah-popular-kesukaan-cucu-cucu-nenek yang baik ni dicalonkan sebagai "kambing-hitam".

Sorang kroni menyamar buat panggilan telefon kepada si-anu-si-pensyarah-teraniaya ni suruh jumpa di satu tempat. Kemudian kroni ni pulak buat panggilan telefon pada si-anu-cucu-nenek ni suruh jumpa tempat yang sama. Bila bertemu, mreka pun cekup lah kedua-dua pasangan teraniaya ni. Si-pensyarah-teraniaya dibuang kerja dan cucu nenek ni dicemarkan namanya kepada mak-abahnya. Kemudian dicanangkan pulak kepada drebar-drebar teksi yang selalu bawa cucu-cucu nenek di kolej itu kononnya tindakan telah diambil. Nama baik ITTAR terpelihara. Orang kampung pun reda.

Tapi rupanya ALLAH Maha Kuasa. Kejadian kecurian RM1,000 selepas itu membuatkan ITTAR Langkawi kecoh semula. Dan kali ini cucu-cucu nenek tak nak tutup mulut dah dan tak nak bersubahat sama-sama "jaga nama baik" padahal sebenar nyer buat dosa. Itu yang cucu-cucu nenek ni nak citer habis-habis kat nenek.

Bila dah jadi camni, pekong semakin membesar. Temblang makin busuk. Rupanya pihak pengurusan ITTAR yang pilih-kasih membela pula kroni mreka pensyarah yang pilih-kasih walaupun buat kesalahan camaner pun tak kira salah sebab kroni mreka. Satu lagi tabiat busuk UMNO.

Cuba fikirkan perangai kroni pekong busuk UMNO ni - Berkhalwat basah kuyup tak salah. Bawak cucu-cucu nenek keluar malam tak salah. Mencuri tak salah. Berdua-duaan dengan cucu-cucu nenek dibilik pensyarah sampai larut malam tak salah. Ngurat cucu-cucu nenek tak salah. Ponteng mengajar pun tak salah. Ugut cucu-cucu nenek tak salah. Brainwash cucu-cucu nenek tak salah. Kompaun sesuka hati kat cucu-cucu nenek pun tak salah.

Yang salah bila orang kata mreka ni buat salah. Yang salah bila populariti mreka ni jatuh. Yang salah bila orang kata mreka ni tak tau mengajar. Yang salah bila orang macam nenek bukak pekong mreka, pecahkan temblang mreka. Sebenarnya mreka yang macam ni tak layak dipanggil "pensyarah"! Mreka hanya layak digelar Penyangak, Pengkhianat, Lanun, Pencuri, Cassanova!

Memang nada nenek kali ni kasar sebab nenek geram yang amat sangat. Terbakar rasanya hati nenek bila sebuah institusi yang diamanahkan untuk mendidik anak-bangsa rupanya tempat menjahanamkan mreka. Apakandaya nenek dah tua dan nenek tak ada kabel besar macam mreka. Tak ada kuasa. Tapi jangan sampai nanti azab ALLAH menimpakan keatas mreka ini yang mana tak ada tempat bagi mreka berlindung lagi.

Satu contoh yang paling lucu dan ironis sekali apabila kesemua cucu-cucu nenek diancam akan dikenakan kompaun setiap seorang kerana papan kenyataan halehwal pelajar terpadam. Kalaupun dah nazak sangat tak cukup duit, tak perlulah KUB buat tindakan bodoh sedemikian. Ntah-ntah mreka sendiri yang padam sebagai alasan nak kutip duit dari cucu-cucu nenek yang sedang musafir fisabilillah mencari ilmu ditempat mreka!

Bukan berhenti disitu saja. Ada ker pulak cucu nenek kena kompaun berganda bagi satu kesalahan yang sama diwaktu dan ketika yang sama. Gantung baju basah dalam bilik asrama sebab ampaian penuh kena kompaun kira baju setiap helai! Kalau kesalahan berbeza tu boleh lah nenek faham. Tapi kalau camni lah tak payah pakai loyer pun takper. Kalau buat ampaian tambahan pulak pun kena saman juga atas kesalahan "Ampaian Haram"! Ini lah bukti undang2 taghut yang sedang berjalan di ITTAR Langkawi.

UMNO menuduh PAS menanam kebencian terhadap pemimpin negara. Tetapi yang sebenarnya kebencian itu akan timbul sendiri dihati cucu-cucu nenek ni dek perangai dan kelaku mreka-mreka yang diamanahkan dengan tanggungjawab tetapi sebenarnya khianat terhadap amanah itu sendiri.

Sekian, wassalam.

Nenek Mahsuri






______________________
Terbitan : 5 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com