SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun STRATEGI UMNO MELAWAN PAS: KUKUHKAN TOK BOMOH DAN TOK DALANGOleh : O.J. Apakah sebenarnya penerimaan masyarakat terhadap guru agama,ustaz atau Tok Guru? Mengikut pemahaman ini daripada versi orang UMNO/BN. Mari kita kupaskan pemahaman mereka ini. Mereka mengandaikan Sebagai cerita rakyat, cerita tentang Tok Guru juga adalah serasi dipadankan dengan kedududukan dan peranan mereka dalam kehidupan kampung. Dalam struktur kehidupan tradisional atau disebut juga feudal itu, peranan dan kedudukan orang agama seperti Tok Guru dan imam di paras kampung hampir sama dengan raja di paras negeri. Mereka adalah sebahagian daripada kehidupan kampung yang penting sebagaimana juga pentingnya rakan kepada kehidupan sesebuah negeri. Malah perkembangan kehidupan kampung-kampung tani, dengan tradisi keagamaan dan monarki adalah begitu selari. Ini menunjukkan bahawa peranan orang agama di dalam aspek politik adalah tidak dapat diketepikan begitu sahaja.Kampung-kampung tani seperti yang terdapat di Kelantan dan kedah adalah sesuatu penempatan tradisi yang panjang (Affifuddin Omar, 1978). Penempatan sebegini boleh terbina kerana kegiatan pertanian sawah yang menuntut corak kehidupan yang sedemikian. Di dalam kehidupan beginilah wujudnya institusi Tok Guru dan sekolah pondok. Pada dasarnya boleh dikatakan bahawa sekolah pondok bertapak di kawasan persawahan. Selain daripada fakta penempatan perkampungan secara berterusan dan stabil itu, kawasan ini juga mampu menampung pembiayaan institusi pondok dan Tok Guru. Tanpa sokongan kewangan/kebendaan daripada orang ramai yang tetap dan berterusan, institusi itu tidak mungkin dapat wujud. Pondok sebagai institusi pendidikan dan Tok Guru sebagai golongan profesional perlu dibaiayai oleh pihak lain untuk mereka berfungsi. Sungguhpun institusi pondok dan Tok Guru dibiayai rakyat, namun kedudukan institusi-institusi itu agak terpisah daripada rakyat miskin. Ianya agak eksklusif sifatnya, meskipun sistem pendidikan pondok kelihatan terbuka.Sebagaimana sistem pendidikan lain juga, peluang tersebut selalunya direbut oleh golongan berada, iaitu mereka atau keluarga yang bukan sahaja bersedia kehilangan tenaga kerja tetapi juga boleh menanggung sara hidup hariannya. Keupayaan sebegini hanya dimiliki oleh sebilangan kecil daripada anggota kampung. Justeru itu, kalau diteliti murid yang menghadiri sekolah pondok mereka terdiri daripada golongan berada dan bukan tani biasa. Sehubungan dengan itu, Tok Guru yang lahir daripada sistem pendidikan sekolah pondok dan sekaligus datang daripada keluarga yang berada itu adalah anggota kelas sosial yang lebih tinggi daripada penduduk kampung lain. Sesuai dengan kedudukan ini, kelas inilah yang mendominasi barisan kepemimpinan kampung. Kepimipinan ini sama ada dilantik secara rasmi oleh pihak berkuasa, iaitu sultan atau disahkan terima pakai (diakui umum) oleh orang ramai. Penerimaan umum ini ialah seperti menjadi guru pondok atau imam solat di surau atau masjid. Tegasnya, Tok Guru tidak lahir daripada kalangan rakyat biasa. Sekolah pondok, terutama pada zaman kegemilangan adalah juga semacam sekolah berasrama di waktu kolonial lalu. Rakyat biasa yang miskin selalunya tidak berupaya menghantar anak-anak mereka ke sekolah berkenaan meskipun pendidikannya diberi percuma. Hakikat ini masih boleh dikesan sampai ke hari ini. Keluarga miskin selalunya tidak dapat membiayai persekolahan pondok meskipun pembiayaannya lebih rendah daripada sekolah biasa.Kelulusan sekolah pondok akhirnya dikenali sebagai lebai, imam, tok guru dan haji kalau ia ke Mekah kemudiannya. Sungguhpun terdapat jenis kepimpinan yang lain seperti kweng (penggawa) dan nebeng (penghulu) lazimnya kepimpinan ini lebih rendah berbanding dengan mereka.Kepimpinan ulama lebih banyak berfungsi dalam kehidupan harian tani. Manakala kepimpinan kweng dan nebeng lebih merupakan penyampai perintah kerajaan seperti untuk mengerah. Kepimpinan kepercayaan yang lain seperti tok bomoh, tok dalang dan tok selampit mempunyai darjah (status) sosial yang lebih rendah lagi. Kepimpinan golongan ini lebih tertumpu kepada dimensi kehidupan lain yang dianggap kurang terhormat. Oleh itu mereka bukanlah pencabar kepimpinan ulama. Boleh dianggap benar tentang hubungan ulama dan umara (raja) yang harmoni sebagaimana digambarkan oleh hikayat-hikayat Melayu Lama itu. Dalam sistem politik tradisional, kepimpinan ulama terutama di paras kampung tidak terganggu dengan kepimpinan sistem di paras negeri. Malah sepanjang pemerintahan pada waktu itu ulama lebih berguna kepada raja. Kalau diteliti struktur politik tradisional, jelas sekali menunjukkan bahawa Tok Guru adalah orang perantaraan penting antara raja dan rakyat; sebelum terbangunnya pentadbiran birokrasi moden, saluran pentadbiran negeri seperti memungut cukai raja adalah dilakukan oleh orang agama, khususnya yang berjawatan imam. Hubungan ini telah dijalinkan melalui pemberian jawatan, perkahwinan dan persahabatan. Malah terdapat pengkahi yang membuat kesimpulan bahawa Tok Guru lebih suka memihak kepada raja daripada membela kepentingan rakyat (Nik Abdul Aziz Nik Hassan, 1985). Memihak kepada raja, bermakna memihak kepada kepentingannya. Hakikat ini menunjukkan dengan jelas kecenderungan politik yang dimiliki oleh kelas sosial ini.Hakikat ini bukan sahaja disedari oleh Tok Guru tetapi juga oleh rakyat biasa. Dalam meneliti politik kampung tumpuan tidak seharusnya tertunjuk kepada Tok Guru, meskipun ia boleh dianggap pelakon utama, tetapi juga kepada orang ramai. Sungguhpun rakyat, terutama di waktu zaman tradisional kelihatan agak pasif, tetapi ternyata mereka tidak menerima ketidakadilan sosial hasil tindakan para kepimpinan begitu sahaja. Sebagaimana ditegaskan sebelum ini bahawa cerita-cerita rakyat adalah antara "senjata kecil" mereka untuk menentang pihak yang berkuasa. Agak menarik, kalau diperhatikan lebih lanjut tentang cerita rakyat itu dalam konteks budayanya. Seandainya agama dianggap sebagai bentuk budaya formal, maka kepercayaan bukan agama seperti magis adalah budaya informal. Budaya informal ini dijuarai pleh orang-orang yang dikenali sebagai tok dalang, tok bomoh, primadona mak yong, tok selampit dan sebagainya. Disebalik perkembangan institusi pondok dan dominasi ulama, terdapat perkembangan persembahan budaya yang dikatakan kontra dengannya seperti wayang kulit, mak yong, dikir barat, selampit dan main puteri. Keadaan ini menunjukkan bahawa rakyat tidak seluruhnya akur kepada kehendak Tok Guru. Dengan lain perkataan, Tok Guru tidak dapat menguasai sepenuhnya politik kampung. Walau bagaimanapun, keadaan itu tidak menggugat kedudukan dan peranan Tok Guru. Secara terbuka dan formal, rakyat tunduk kepada Tok Guru sebagaimana mereka tunduk kepada Raja. Umpamanya, apabila Tok Guru mengerah mereka membantu kerja-kerja pertanian seperti menanam dan menuai padi pada siang hari, mereka melakukannya. Pada malam hari, apabila kelir wayang kulit dihidupkan, mereka beramai-ramai menontonnya. Tok Guru tidak perlu mengeluarkan apa-apa petua untuk mengharamkan persembahan itu, kerana kuasa dan pengaruh yang dimilikinya masih kental. Budaya informal ini bagi rakyat adalah pernyataan mereka bahawa mereka tidak seluruhnya dinaungi oleh kuasa dan pengaruh Tok Guru. Apabila sistem politik demokrasi diperkenalkan, kedua-dua pihak, Tok Guru dan rakyat menyedari bahawa pentas dan skrip politik untuk mereka lebih terbuka dan nyata. Oleh kerana Tok Guru merasakan bahawa ia adalah pelakon utama dalam politik kampung, maka tradisi itu perlu diteruskan. Oleh itu tidak hairanlah kalau PAS yang dianggotai oleh tok guru telah dapat bertapak di kawasan-kawasan berkenaan. Satu pandangan selalu diutarakan dari masa ke semasa iaitu orang agama tidak harus terlibat secara langsung dalam politik. Pandangan ini sudah tentu ditujukan kepada para pemimpin PAS yang terdiri daripada tok guru. Sungguhpun pendapat ini boleh dibahaskan dengan panjang lebar tetapi suatu hal yang nyata, ianya bertentangan sekali dengan tradisi kewujudan institusi berkenaan. Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa rakyat tidak selalunya atau selamanya berpihak kepada tok guru. Mereka boleh menerima ataupun sebaliknya. Tradisi permainan politik sebeginilah yang menentukan jatuh bangun PAS dan parti yang melawannya. Harapan UMNO untuk menumbangkan parti itu bukanlah satu impian yang tidak berasas. Kalau ramai orang bernama tok bomoh dan tok dalang masih boleh mempengaruhi orang ramai apatah lagi sebuah parti politik. Sesungguhnya inilah sahaja cara UMNO yang ada untuk mempolitikkan agenda mereka. Daripada kupasan ringkas ini maka kita berkesimpulan agenda UMNO adalah sesuatu yang terbalik atau berlawanan dengan agenda PAS dalam berpolitik. Sesungguhnya rakyat boleh mengetahui dengan jelas dan boleh mengambil tindakan yang sewajarnyna bila berhadapan dengan permasalahan yang serupa. Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan setiap majlis UMNO/BN pastinya disertai dengan acara-acara bercorak hiburan sebagai pemangkin untuk menarik perhatian rakyat bagi menyertai majlis-majlis mereka. Betulkah cara ini boleh diterima oleh rakyat?
Diterbitkan oleh : |