SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Pelajar Bekerja Tanpa Permit ???Assalamualaikum whb, Ini adalah tulisan Ustaz Pendekar yg berada insyaallah sekarang ini di bandar Kaherah menceritakan hal sebenar yg berlaku dalam hal tuduhan bahawa pelajar Azhar memalukan negara. Tuduhan ini adalah melibatkan kes Pelajar Bekerja Tanpa Permit di United Kingdom . Ditambah lagi ada pula golongan yg mengambil peluang di atas isu ini utk menuduh pelajar Azhar menghasut pelajar2 bencikan kerajaan. Mana bukti pun takde. Kerajaan bukannya UMNO semata2. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh , Hmm topik ini sememangnya agak menarik untuk dibincangkan . Dan saya memohon maaf di atas kelewatan saya menyertai diskusi ini lantaran kesibukan banyak perkara yang lebih perlu diutamakan . Perkara pertama yang perlu kita bincangkan ialah : BERAPAKAH JUMLAH SUMBER KEWANGAN YANG DIPERLUKAN OLEH SESEORANG ANAK MALAYSIA YANG BELAJAR DI UNIVERSITI AL-AZHAR , MESIR ? . Jawapan : Yuran pengajian termurah bagi sesebuah universiti yang terkenal di dunia diboloti oleh Al-Azhar yang mewajibkan setiap pelajar asing ( non-Arab ) mestilah membayar yuran pengajian sebanyak Egyptian Pound ( EP ) 2.65 , iaitu lebih-kurang RM 2.00/= setahun . Murah kan ?? ..memang la murah sebab tu yuran pengajian aje , belum termasuk selainnya . Pembayaran kitab-kitab pengajian bagi setiap tahun mencecah RM 300 RM 400 setahun , bergantung kepada Fakulti apa yang dipilih oleh seseorang itu , kalau seseorang pelajar memilih Fakulti Pengajian Islam & Bahasa Arab ataupun Fakulti Usuluddin , sudah tentu banyak kitab pengajian yang mesti dibeli berbanding Fakulti Syariah Islam dan Fakulti Bahasa Arab , disebabkan subjek pelajarannya lebih banyak . Lepas tu sewa rumah lagi , tambang ke kuliah , duit poket , duit makan , yuran persatuan , duit untuk pengajian tambahan ( kelas tafaqquh ) dan segala yang berkaitan , yang mana semuanya itu memerlukan seseorang pelajar itu memerlukan lebih-kurang RM 500/= sebulan untuk menyara kehidupan mereka di sini , di tahap sederhana . Ertinya , setiap pelajar Malaysia di sini memerlukan perbelanjaan ( mengikut tahap sederhana dan purata tahunan ) sebanyak RM 6000/= bagi pengajian B.A ( Ijazah Sarjana Muda ) . Itu baru bagi orang bujang , bagaimana pula dengan mereka yang berumah-tangga ? , yang mempunyai anak ? , yang dah tua baru ada kesempatan belajar di sini ? . Dan bagaimana pula dengan mereka yang ulat buku yang memerlukan banyak bahan rujukan dan bagaimana pula dengan mereka yang belajar di peringkat M.A ( Ijazah Sarjana Lanjutan ) ??? . SOALAN KEDUA : BERAPAKAH JUMLAH ZAKAT @ BIASISWA @ PINJAMAN YANG DITERIMA OLEH SESEORANG PELAJAR MALAYSIA DI MESIR . Seseorang anak Malaysia yang belajar di sini ( kecuali bagi mereka yang mengambil Pengajian Kedoktoran ) kebiasaannya menerima zakat daripada pihak Kerajaan Negeri masing-masing sekitar RM 500 RM 8000 /= setahun . Selangor Darul Ehsan memberi peruntukan zakat sebanyak RM 5000/= setahun bagi setiap anak Selangor DE. Sabah , Negeri Di Bawah Bayu memberi peruntukan zakat RM 8000/= setahun bagi setiap anak negerinya . Kuala Lumpur , Ibu Negara Malaysia sepatutnya memberi peruntukan zakat tertinggi , tapi sayangnya Cuma memberi sebanyak RM 3200/= setahun . Itu baru zakat Kalau Pinjaman daripada pihak SUK lebih-kurang sekitar RM 5000/= setahun . Pinjaman MARA pula , dalam sekitar RM 10,000/= setahun .itu pun untuk mereka yang berada di pengajian tahun akhir sahaja . Pinjaman JPA pula , lebih-kurang macam MARA . Pinjaman Kementerian Pendidikan , setahu saya , sudah tiada lagi bagi pelajar-pelajar Al-Azhar . Dulu ( sebelum ekonomi gawat 1997 ) , ada pinjaman daripada Kementerian Pendidikan ini. Sumbangan dermasiswa daripada Al-Azhar , Kerjaan Kuwait dan Majlis Tertinggi Hal-Ehwal Agama Islam di Mesir ini sekitar RM 180/= sebulan . Tapi berapa orang pelajar sahajakah yang layak menerima pinjaman @ biasiswa @ dermasiswa di atas ??? . Ada yang cukup syarat , tetapi ditolak mentah-mentah 100 % dengan berbagai dalih . Ada yang tidak memenuhi syarat , tetapi diterima kerana ada orang dalam ( kroni ? ) . Ada pula yang disebabkan kuat dengan Kelab politik di sini ( UMNO laa , apa lagi ) menerima bantuan kewangan dengan mudah . Ada pula anak orang politik besar di Malaysia , dah la anak orang kaya , terima pula 2-3 biasiswa tajaan Kerajaan Pusat . Alah ! janganlah dengki , tu kan dah memang rezeki dia . Ini bukan masalah dengki .ni masalah bagai mana dia dapat bantuan itu dengan mudah ? , guna pengaruah ayahnya kah ? , guna pengaruh badan politik pemerintah kah ? , ataupun secara batil ? . Dan perkembangan mutakhir ini amat membimbangkan apabila situasi tertekan yang dialami oleh sebahagian besar anak-anak Malaysia ini dieksploitasi oleh UMNO Malaysia dengan mensyaratkan bahawa sesiapa sahaja yang mahukan bantuan kewangan mesti menjadi ahli bagi Kelab UMNO Kaherah , ataupun mendapat sokongan daripada kelab tersebut , ataupun menerima AKU JANJI dan yang seumpama dengannya . Dan ini sudah pasti amat berat diterima oleh majoriti anak-anak Malaysia di sini disebabkan itu semua bercanggah dengan apa yang mereka pelajari di sini , khasnya di Universiti Al-AzharAsy-Syarif ! . Tindakan mengeksploitasi situasi susah dan terpaksa ini menyamai taktik Kristianisasi , khasnya di Benua Afrika yang menggunakan situasi seperti itu terhadap masyarakat orang Asli yang susah lagi menderita mengidap berbagai penyakit !!! . Dan tidak sedikit juga di kalangan pelajar di sini yang menerima Biasiswa @ Pinjaman Kewangan yang berkongsi duit itu dengan adik-beradiknya di Malaysia , disebabkan keluarganya sendiri daripada kalangan orang susah dan mempunyai ramai tanggungan yang masih di bangku pengajian . Pendek kata : Bukan semua anak Malaysia menerima bantuan kewangan di sini .. masih ramai yang terpaksa masih mencari-cari orang-orang perseorangan ataupun mana-mana badan untuk mendapatkan bantuan kewangan demi meneruskan pengajian mereka di sini .
SOALAN KETIGA : KALAU BEGITU , MENGAPA ANAK-ANAK MALAYSIA TIDAK BERKERJA DI MESIR , DI SAMPING MENERUSKAN PENGAJIAN DI SANA ? . Jawapan : Jangan disangka Mesir ini membuka peluang perkerjaan seluas-luasnya bagi orang-orang asing sebagai mana Malaysia . Setiap passport pelajar telah dicop disamping visa mereka dengan cop : WORK IS NOT PERMITTED ΫνΡ γΡΞΥ ΘΗαΪγα !!! . Jadi bagaimana nak kerja di sini ? ,kalau boleh kerja pun secara sembunyi-sembunyi dan daripada jumlah 5000 orang anak-anak Malaysia yang belajar di sini , mungkin sekitar 100 orang sahaja yang berkerja di sini , ataupun buka bisness sendiri . Itu pun belum tentu selamat selagi Kerajaan Mesir tak tahu . Lagipun kalau dah terlibat dengan bisness , biasanya ( diulangi BIASANYA ) agak sukar untuk menumpukan pengajian 100 % . Itu pertama , kedua : Berapa ramai pula yang sanggup berkerja di dalam situasi BAHAYA itu dan sanggup tidak menitik-beratkan pengajian mereka !? .
SOALAN KEEMPAT : MENGAPA ENGLAND YANG DIPILIH SEBAGAI DESTINASI PILIHAN UNTUK BERKERJA ? . 1 Sebab nilai mata wang mereka terlalu tinggi , Pound Sterling 1.00 = RM 5.50 ( ataupun RM 6.00 ) . Jauh lebih tinggi daripada US Dollar . 2 Sebab England agak dekat dengan Mesir .sekitar 3 4 jam perjalanan dengan kapal terbang . 3 Sebab England sendiri , mempunyai ramai warganegara yang terlalu memilih kerja ( sebab bagi mereka gaji yang ditawakan itu tak seberapa ) , lalu banyaklah kekosongan di dalam sektor-sektor pekerjaan , khasnya di sektor perladangan dan perkilangan . 4 Sebab rakyat England , secara amnya masih tidak bermusuh terang-terangan dengan umat Islam .
Dan bermulanya senario mencari perkerjaan di England ini semenjak sekitar tahun 1995 , dan semakin meruncing apabila ekonomi negara kita gawat . Dan biasanya mahasiswa/I di sini ke sana sekitar bulan 6-10 iaitu ketika musim cuti pengajian di Universiti Al-Azhar . Akhirnya , sebelum kita menuduh mahasiswa/I Malaysia di Al-Azhar ini sebagai golongan yang memalukan Kerajaan Malaysia perlu kita bertanya kepada diri kita sendiri : 1 Sejauh manakah duit zakat ( dan lain-lain termasuk income-tax ) digunakan sepenuhnya untuk membiayai golongan pelajar ? . 2 Sejauh manakah jumlah peruntukan biasiswa @ pinjaman digunakan sepenuhnya untuk tujuan menaja pelajar-pelajar yang menuntut di seberang laut ? . 3 Apakah Kerajaan Pusat benar-benar prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh kebanyak anak-anak Malaysia di sini ? . 4 Sejauh manakah keprihatinan Kerajaan Pusat dan syarikat-syarikat kewangan gergasi di Malaysia terhadap golongan yang menuntut ilmu-ilmu agama ? . 5 Bukankah golongan yang belajar agama ini tidak mendatangkan sebarang keuntungan material bagi Kerajaan Malaysia yang lebih prihatin dengan mereka yang belajar di bidang perubatan , kejuruteraan dan pembinaan ? . 6 Bukankah pelajar-pelajar agama lebih dipandang sebagai musuh bagi UMNO khasnya ? .
Sekian sahaja .. maaf di atas segala kekurangan kerana saya menulis bukan bertujuan untuk menagih simpati bagi diri sendiri , dan saya tulis berdasarkan pengalaman-pengalaman pahit yang dialami oleh rakan-rakan saya di sini . Dan saya juga memohon maaf jika pedas tulisan ini , kerana saya hanya mahu belajar bercakap benar !!! . Mudah-mudahan tiada pula pihak yang busuk hati cuba mengeksploitasi tulisan saya ini untuk kepentingan mereka yang bercanggah dengan ajaran Islam ~ Nauzubillahi Min Dzalik .
Sekian . Wallahu A'alam Bis Sowab
Diterbitkan oleh : |