SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun ADAKAH PELAJAR TELAH KEMBALI MENYOKONG KERAJAAN?Jika tajuk-tajuk berita akan memaparkan beberapa kekalahan calon pro pembangkang diakhbar dan majoriti kemenangan yang berkurangan, pasti masyarakat diluar sana akan tertanya-tanya akan puncanya. Adakah mahasiswa telah kembali menyokong kerajaan yang zalim? Adakah kita telah menjadi lemah? Jawapannya tidak sama sekali. Jika dikaji dari keputusan yang telah dikeluarkan, jelas sekali kerajaan begitu runsing dengan situasi yang semakin hampir dengan pilihanraya umum ini. Walau apapun usaha jahat dan taktik kotor yang digunakan dalam pilihanraya kampus, nyata semuanya tidak berhasil dan menemui kegagalan. Kesungguhan kerajaan mahu melihat kampus dikuasai oleh barua-barua tetapi mereka gagal walaupun pilihanraya kali ini dianggap yang paling penting sebelum menuju pilihanraya umum tidak lama lagi. Jika dikaji dari keputusan yang ada didapati kekuatan mahasiswa pro pembangkang masih utuh dan semakin bertambah dan merebak ke kolej-kolej universiti yang dahulu kononnya adalah kubu kuat mereka. Jika pada pilihanraya yang lepas kita lihat tidak ada satu pun kerusi yang kita menangi di kubu kuat mereka di Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM) dan Kolej Universiti Islam Malaysia, tetapi kali ini kita telah mula membuka cawangan disana malah memberi saingan sengit kepada mereka. Di KUSTEM kita menang 3 kerusi daripada 15 kerusi manakala di KUIM kita menang 3 kerusi dari 8 yang dipertandingkan. Apa yang lebih memeranjatkan ialah penguasaan pelajar pro pembangkang di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) yang membolot 13 kerusi meninggalkan puak pro kerajaan dengan hanya 11 kerusi. Nampaknya para guru-guru kita telah mula bangkit. Teruklah kerajaan nak mengawalnya. Kalau sekarang, mereka tutup SAR sebab dikatakan gurunya pro pembangkang. Lepas ni terpaksalah pula di tutup sekolah kebangsaan sebab banyak dah guru yang menyokong pembangkang. Bertambah peninglah kementerian pendidikan bila bakal-bakal guru ini keluar kelak. Di UUM dan USM yang dulunya adalah kubu kuat mereka sebelum kita rampas pada pilihanraya yang lepas juga telah menunjukkan peningkatan. Cubaan mewajibkan mahasiswa mengundi dengan harapan pelajar atas pagar akan mengundi puak pro kerajaan nyata meleset. Ia telah memberi kemenangan lebih besar disana. Kejayaan di UKM dan UPM juga adalah seperti yang dijangkakan, walaupun pelbagai taktik kotor yang mereka buat, namun kita masih boleh mempertahankan kemenangan disana walaupun kita terpaksa melepaskan beberapa kerusi. Di UIA pula kita menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan. Tidak ada satu pun yang kita lepaskan. Kenyataan akhbar tentang kemenangan 10 kerusi oleh pihak pro kerajaan adalah satu pembohongan. Menurut sahabat kami di sana, semua kerusi itu tidak dipertandingkan dan jawatannya ditentukan melalui perlantikan oleh pihak pentadbir. Di UM sekali lagi kita telah mencapai kemenangan yang besar. Malah kejayaan ini dapat menebus kekecewaan pada pilihanraya yang lepas bila kami tewas 12 kerusi apabila berlaku kontroversi yang telah menyebabkan semua calon Cina yang telah kami kemukaan hilang kelayakan mengundi setelah mengadakan sidang akhbar membantah perjalanan pilihanraya yang tidak demokratik. Kita hanya kalah 5 kerusi yang penuh kontroversi. Untuk pertama kalinya juga pengundi hantu telah cuba diseludup ke dalam UM. Ia amat memalukan dan mereka sanggup buat apa sahaja untuk menang walaupun dengan teknik menipu. Kekalahan kontroversi di UTM juga amat memeranjatkan. Walaupun ada bantahan, namun kita masih tidak dapat menerima maklumat tentang bantahan itu. Lebih menghairankan ialah keengganan NC untuk mengumumkan keputusan kepada pihak media malah berita yang dikeluarkan media juga bercelaru mengenai kemenangan calon pro pembangkang atau calon pro kerajaan. Sesuatu yang menarik di UTM ialah kerusi-kerusi MT bagi MPPUTM di tentukan oleh pihak HEP. Hilanglah demokrasi di UTM setelah pelbagai peristiwa yang melanda sehinggakan Persatuan Mahasiswa Islam digantung dan beberapa tangkapan terhadap pelajar dan pensyarah telah dilakukan kononnya bagi mengurangkan pengaruh pembangkang. Penindasan dan pencerobohan terhadap sistem demokrasi pilihanraya kampus dan penindasan terhadap hak mahasiswa berpolitik di kampus setelah dinafikan oleh akta AUKU, telah menguatkan lagi semangat juang mahasiswa. Kalau dulu mereka kata mahsiswa tidak boleh berpolitik dan membawa isu luar kedalam kampus dan mereka mengatakan mahasiswa boleh berkempen di dalam kampus sebab dalam kampus pun ada pilihanraya. Maka mereka kata tak perlulah mahasiswa melibatkan diri dalam politik di luar kampus. Tetapi apabila mahasiswa ingin berpolitik di dalam kampus, mereka disekat dengan kejam sekali. Jadi jangan salahkan kami jika mahasiswa terlibat dengan politik luar kelak kerana kerajaan sendiri tidak pernah mengambil berat akan masalah ini. Segala penindasan ini akan menambah lagi kebencian mahasiswa kepada kerajaan yang ada sekarang. Bukan setakat itu sahaja, ia juga melahirkan lebih ramai mahasiswa yang pro pembangkang. PEJUANG KEBEBASAN
Diterbitkan oleh : |