SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UTUSAN MELOYA + BERITA HAIRANSemalam (21/12/2002) akhbar Berita Hairan telah menghairankan semua pihak dengan mengeluar keputusan pilihanraya kesemua kampus dengan mengkategorikan kemenangan 2 puak iaitu pro pembangkang dan pro kerajaan. Apa yang begitu menghairankan ialah laporan tentang pilihanraya di UM yang dikatakan di pilihanraya kampus UM diadakan semula. Padahal TNC telah buat pengumuman bahawa hanya pilihanraya bagi Fakulti Pendidikan sahaja yang diadakan semula. Malah menurut Berita Hairan lagi keputusan samada pengundian semula pilihanraya seluruh kampus akan dibuat pada hari Isnin. Padahal hari Isnin ialah hari pengundian semula bagi Fakulti Pendidikan sahaja dan keputusan kesemua fakulti kecuali Fakulti Pendidikan telah diumumkan secara rasmi pada malam tersebut. Selain itu statistik yang diberi mengenai kemenangan calon-calon iaitu pro pembangkang dan pro kerajaan juga jauh melencong. Ia adalah kajian bodoh yang tidak memperincikan atau membezakan kerusi fakulti dan kerusi umum malah angka yang diberi juga tidak tepat dan ada yang mengelirukan. Contohnya ialah keputusan di UTM, UPM yang jelas salah. UTM tidak memberikan keputusan rasminya kepada wartawan walaupun ada yang mendakwa 28 kerusi dimenangi oleh puak pro kerajaan daripada 48 kerusi dan sukar bagi mereka melabelkan puak mana yang menang. Manakala jumlah di UPM juga lari dari jumlah kerusi yang dipertandingkan. Selain itu keputusan di UIAM juga mengelirukan. Ini kerana semua kerusi yang dipertandingkan disapu bersih oleh puak pro pembangkang dan ada jawatan yang tidak dipertandingkan kerana jawatan akan diisi melalui perlantikan bukan melalui proses pilihanraya. Begitulah juga keputusan di UUM dan UKM. Semuanya tidak tepat. Jadi jangan terperdaya dengan statistik bodoh Berita Hairan tersebut. Sepatutnya statistik dibuat dengan membahagikan kerusi kepada 2 bahagian iaitu untuk kerusi fakulti dan umum. Ini kerana kerusi umum adalah mereka yang akan membina MT Majlis Perwakilan Pelajar tersebut. Kerusi fakulti pula adalah untuk memilih calon sebagai wakil bagi sesebuah fakulti atau dengan kata lain umum adalah sama dengan parlimen dan fakulti adalah sama dengan adun. Utusan Meloya juga lagi menghairankan. Masuk muka depan pilihanraya UM ditangguh kerana pengundi hantu. Tapi tidak menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Ia seolah-olah pengundi hantu ini datang dari puak pro pembangkang sama seperti senario yang sedang dimainkan oleh kerajaan terhadap pengundi hantu datangnya dari parti pembangkang. Selain itu Utusan Meloya juga menyalahkan mahasiswa kerana tidak memberi kerjasama dengan wartawan. Diceritakan seorang calon tidak memberi kerjasama pada mereka sedangkan semua calon terikat pada akta pilihanraya yang melarang calon memberi komen pada pihak akhbar yang seterusnya akan diekploitasikan oleh pihak media yang pembohong ini agar dapat mensensasikan sesuatu cerita. Mereka tidak belajar dari pilihanraya yang lepas dimana semua calon Cina pro pembangkang hilang kelayakan sebagai calon kerana membuat kenyataan akhbar. Kami sudah tidak mempercayai akhbar lagi kerana jika kita beri maklumat tepat sekalipun, ia pasti akan diselewengkan mengikut citarasa mereka. Jadi tidak hairanlah mahasiswa tidak melayan wartawan terutamanya dari Berita Hairan dan Utusan Meloya ini. PEJUANG KEBEBASAN
Diterbitkan oleh : |