Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

PUNCA-PUNCA KEKALAHAN BEBERAPA KERUSI DI SEMUA IPTA.

Jika dilihat daripada pindaan dan peraturan baru yang diwujud, jelas sekali mahsiswa telah ditekan dari segala sudut. Namun begitu berkat usaha murni dan kerjasama yang bersungguh-sungguh serta doa seluruh pejuang kebebasan keadilan, Allah S.W.T telah memberi kemenangan kepada perjuangan yang sebenar. Namun begitu terdapat juga beberapa kekecewaan dan kegagalan yang telah kami alami dan perlu diberi perhatian dan juga perlu dikaji bagaimana untuk mengatasi masalah yang wujud.

Di sini disenaraikan beberapa punca kekalahan agar dapat kiranya pihak-pihak yang tertentu mengambil tindakan agar masalah ini dapat diatasi bagi mempasti kelancaran pilihanraya yang akan datang demi mempertahankan kemenangan dan seterusnya mempertingkatkan prestasi keputusan pilihanraya akan datang agar dapat kita sapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan.

Tempoh masa yang terlalu singkat untuk berkempen iaitu hanya 3 hari sahaja. Dalam tempoh 3 hari tersebut kami hanya dapat berkempen tak sampai 24 jam disebabkan kelewatan poster, kesukaran mendapatkan kebenaran untuk berkempen di fakulti dan di kolej, promosi yang kurang oleh pihak HEP tentang pilihanraya dan kempen, cara berkempen yang tidak sesuai seperti penggunaan video, tempoh masa yang pendek, serta tempat berkempen yang tidak sesuai. Ini menyebabkan mahasiswa tidak mengenali calon yang terbaik untuk dipilih. Tempoh yang pendek juga membuatkan mahasiswa tidak dapat mengikuti kempen-kempen yang telah diatur kerana kelas atau kuliah dijalankan seperti biasa dan waktu berkempen pula berlangsung pada waktu hari yang penuh dengan kuliah bukannya hari cuti. Ini menyempitkan peluang mahasiswa mengenali calon, agenda yang diperjuangkan mereka dan kelayakan yang mereka ada.

Selain itu apa yang menghairankan tarikh kempen dan pilihanraya juga jatuh pada minggu peperiksaan. Memang menjadi kebiasaan apabila tamat cuti pertengahan semester (pertengahan semester), pensyarah akan menjalankan ujian-ujian (ujian mid sem) bagi setiap bab yang telah diajar. Tentu sekali tugasan-tugasan yang banyak juga tidak ketinggalan diberi masa cuti semester yang lepas dan mahasiswa pastinya sibuk menyiapkan tugasan dan menteleah pelajaran di ketika kempen terus dijalankan.

Apa yang menjadi punca utama selain dari tempoh berkempen yang singkat ialah kurangnya promosi oleh pihak universiti akan tarikh pilihanraya kampus. Ini menjadikan pelajar leka terutama dikesibukan menyambut Hari Raya.

Selain itu tarikh yang kurang sesuai iaitu ketika mahasiswa masih dalam mood Hari Raya telah mengurangkan suasana pilihanraya kampus. Kebanyakan mahasiswa tidak mengetahui akan kedatangan pilihanraya.

Seterusnya akibat dari kekeliruan mahasiswa hasil dari ketiga tiga punca diatas iaitu tempoh berkempen yang kurang, tarikh yang tidak sesuai dan kurangnya promosi pilihanraya menjadikan mahasiswa meminggirkan pilihanraya atau ada yang mengundi tetapi tidak mengenali langsung calon yang diundi. Ini telah menjadi punca ketewasan beberapa calon pro pembangkang di semua IPTA.

Selain itu cara berkempen yang tidak demokrasi serta terdapat unsure-unsur sabotaj seperti pengundi hantu di UM dan kejadian mensabotaj peti undi di UTM adalah punca yang jelas telah menunjukkan betapa kotornya pilihanraya kali ini. Percubaan pelajar pro kerajaan mengugut mahasiswa di UKM dan mengelirukan mahasiswa dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar pro kerajaan yang ditubuhkan menggunakan nama yang hampir sama dengan pertubuhan-pertubuhan pelajar pro pembangkang. Mereka meniru semua gaya berkempen pelajar pro pembangkang yang bertujuan mengelirukan pengundi.

Jadi jelaslah pada kita bahawa terdapat pihak yang telah merancang dengan begitu rapi agar situasi pilihanraya menjadi kelam-kabut seperti mana yang kita dapat lihat. Ia amat mengelirukan dan mengecewakan mahasiswa. Kami tidak dapat memilih calon kami yang sebenar akibat sebab-sebab terancang diatas. Oleh itu kami mencadangkan agar dikaji semula akta-akta pilihan raya yang menekan kebebasan mahasiswa. Antara cadangan tersebut ialah :

1. Menambah tempoh berkempen dari 3 kepada 5 hari dan tempoh 5 hari itu termasuk hari cuti Sabtu dan Ahad.

2. Memberi kebebasan semula kepada mahasiswa berkempen dan bertanding atas nama parti masing-masing.

3. Memberi ruang yang lebih kepada calon-calon berhadapan dengan para pengundi dan bersama mahasiswa bagi menerangkan agenda yang mereka akan bawa.

PEJUANG KEBEBASAN






______________________
Terbitan : 28 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com