SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Taktik Khir Toyo bersihkan diriOleh PEMANTAU DEWAN Menteri Besar Selangor, Dr Khir Toyo yang kian diasak dan dihentak dengan amalan rasuahnya kini memilih jalan singkat untuk terus memaut dengan Dr Mahathir, dengan menggunakan akhbar-akhbar harian pada hari raya Aidilfitri untuk mencerca dan menabur fitnah kepada PAS. Dalam ruangan surat pembaca Berita Harian, 1 Syawal, Khir membantai PAS habis-habisan, sebagai menyambung lidah Dr Mahathir Mohamad. Bagi Khir, 1 Syawal bukan lagi untuknya sebagai ketua kerajaan sebuah negeri mengikat tali silaturrahim antara sesama umat Islam, tetapi masa paling baik untuknya menonjolkan diri sebagai wira Umno nombor wahid, sebagai persiapan untuk melobi jawatan Ketua Pemuda Umno. (Sebelum itu, pada Ramadhan lalu, Khir juga menabur fitnah kepada PAS melalui akhbar-akhbar harian milik pemerintah). Tapi bagi saya, itu bukan tujuan utamanya. Khir mahu Dr Mahathir dan Pak Lah memandangnya sebagai satu-satu tokoh muda yang mampu berdepan dengan kemaraan PAS di Lembah Klang. Oleh itu, desakan dalam parti supaya beliau berundur, kerana imejnya yang sudah buruk dengan amalan rasuah dan salahguna kuasa akan hilang begitu sahaja. Khir mahu mempamerkan dirinya sebagai pemimpin pelapis Umno yang bersedia melakukan apa saja bagi memusnahkan kebangkitan pembangkang yang menjadikan Selangor antara target untuk dikuasai dalam pilihan raya akan datang. Khir, dengan bantuan dan sokongan penasihatnya, seperti Dr Karim Mansor, Dr Zamry, Selamat Dollah, tidak memilih untuk mempertahankan diri dengan serangan dia terbabit dengan korupsi, nepotisme dan pilih kasih, sebaliknya bertindak menyerang pembangkang. Selagimana isu rasuahnya diingati orang, maka selagi itu penampilannya dianggap buruk dan busuk. Justeru, Khir memilih untuk menimbulkan isu-isu lain bagi menutup wajah dirinya yang dilumuri maksiat rasuah yang dikutuk agama itu. Khir mahu ia dianggap seteru yang perlu dimusnahkan oleh PAS. Sebab itu Khir tidak henti-henti menabur fitnah dan mengenakan tekanan ke atas PAS. Sebagai pimpinan muda dan berpelajaran, Khir tidak sewajarnya menjadi burung kakaktua yang mengulangi propaganda murahan Umno bahawa PAS mengenakan syarat baru untuk umat Islam memasuki syurga, iaitu dengan menyertai PAS. Bukankah ini menandakan Khir juga berfikiran bebal? Khir tidak hiraukan itu semua. Baginya, dia perlu bersihkan segala imej buruk amalan rasuahnya yang hebat itu, yakni bukan dengan menjawab segala pertuduhan kepadanya, tetapi dengan menimbulkan isu lain yang boleh membangkitkan kemarahan pembangkang. Bila pembangkang asyik menghalakan serangan balas kepadanya, maka namanya di kalangan pimpinan Umno, terutama Dr Mahathir dan Pak Lah akan kembali mengharum. Dan -- inilah yang paling penting -- pimpinan utama Umno tidak lagi mengambil berat segala aduan rasuah yang dibuat kepada Khir.
Diterbitkan oleh : |