SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Dari Putu Mbah Rombiong Kepada Cikgu Mohd Nasir Toyo.
28hb Disember 2002
Yang Berbahagia, Cikgu Mohd Nasir yang budiman, Moga-moga Cikgu seisi famili tetap waras dan dipeliharai Allah swt pada tiap detik dan ketika.Sebelum nyong (saya) meneruskan kalam sehingga terluah segala maksud dan tujuan,izinkan nyong nyuwun (memohon) maaf terhadap riko (saudara) sempena Aidil Fitri walaupun sudah dipenghujung waktunya. Nyong jua amat mengharap agar riko tidak kaget (terperanjat) apabila menatap warkah ini dan bersedia dengan hati terbuka untuk membaca dan memahami maksud tiap patah ayat sehinggalah keakhirnya. Nyong amat yakin riko yang telah dilatih dengan ilmu saikologi dimaktab perguruan dulu sudah cukup bersedia untuk menghadapi sebarang polah tingkah (karenah) menuso (manusia) Mungkin selama ini riko sudah cukup dimatengi (dimatangkan) dengan polah tingkah bocah-bocah (budak-budak) anak murid riko. Sama ada bocah-bocah ataupun wong tuek (orang dewasa) dari segi prinsip kemanusiaannya sama sahaja,kadangkala melayani polah tingkah orang tua teramat sulit jika dibandingkan dengan bocah-bocah. Bocah-bocah yang degil bisa saja riko ugut mereka dengan sebilah rotan,lalu mereka manut (patuh) kepada riko,tetapi untuk melayan orang tua riko terpaksa lah banyakkan sabar dan berhujjah dengan mereka penuh sopan.Nyong diberitahu diantara putera-puteri Wak Joyo,rikolah yang paling penyabar. Sekiranya riko bukan penyabar orangnya, sudah tentu riko tidak memilih guru sebagai karier hidup riko. Cikgu Nasir yang penyabar, Bertitik tolak dari sifat penyabar riko itulah,setelah bermesyuarat dengan Wak Parman dan sahabat-sahabat yang lain nyong hantarkan warkah ini sebagai menyambung empat pucuk warkah yang telah nyong utus kepada Yang Mulia Tuan Haji Joyo,ayahanda riko tempuh hari. Pada mula nyong ingin saja meneruskan siri warkah rakyat jembel ini kepada Yang Mulia Tuan Haji Joyo,tetapi setelah nyong memperolehi khabar bahawa Tuan Haji dan Mbok Kaji Siti Aminah agak kurang sihat sejak akhir-akhir ini,timbul pula rasa simpati terhadap ayahanda dan bonda cikgu itu yang mungkin menghadapi tekanan emosi mengenangkan polah tingkah yang melampaui bates (batas) kekanda riko Dato Seri Dr Mohd Khir Kepala Negeri Selangor. Cikgu ! sebenarnya nyong dan Wak Parman telahpun berkunjung sejarah (ziarah) kekediaman ayahanda riko pada sebelah sorey (petang)bodho (hariraya) yang ketiga. Meskipun nyong dan Wak Parman tidak dapat menjabat tangan dan merasai kelembutan tuturkata Wak Kaji Joyo,kerana dikhabarkan ketika itu Wak Kaji amat tidak sihat,namun nyong berdua amat bersyukur kerana mendapat layanan mesra famili Kepala Negeri Selangor. Untuk makluman riko pada mulanya nyong dan Wak Parman hampir-hampir sahaja kesasar (sesat) didalam mencari rumah Wak Kaji Joyo walaupun sebelum itu nyong dan Wak Parman telah dua tiga kali berkunjung .Nyong dan Wak Parman benar-benar pangkleng (agak keliru ) dengan perubahan yang berlaku pada bentuk dan persekitaran kediaman ayahanda riko yang ternyata begitu berbeza sekali dengan keadaan asalnya. Maklum sajalah! Dr Khir Toyo yang sudah terlalu kaya raya dan punyai kuasa tentulah amat mudah buat beliau merobah suasana ,dengan sekali petik jari sahaja maka berlumba-lumbalah kontraktor-kontraktor dan taukey -taukey menawarkan diri untuk berbakti bagi memenuhi hasrat Dr Khir demi merobah standard hidup keluarganya. Cikgu Nasir yang nyong sanjungi! Sebagaimana sulitnya riko untuk menerima mesej rakyat ini,begitulah sukar dan beratnya hati nyong untuk mendedahkan hakikat bahawa kekanda riko Dr Khir telah terlampau jauh terpesong dari keluhuran kerana dikhayalkan dengan ujian duniawi yang tidak bertepi. Selaku sesama Jowoney(Jawa)mau tak mau nyong terpaksa sampaikan jua.Biarlah Cikgu menuduh nyong ngaprak (menyerang) riko dan famili,nyong rela dikata begitu,pokoknya kebenaran wajib diperkatakan meskipun pahit umpama jadam. Lihat sahajalah perubahan yang berlaku keatas riko dan adik beradik yang lain.Tidakkah ia terlalu nyulek moto (menjolok mata) jika dulu riko hanya mampu bermobilkan Proton sedangkan kini bergaya dengan kereta mewah Mercedes 230.Mungkin riko tidak merasai apa-apa kerana sedang dibuai mimpi indah,tetapi adakah riko pernah memikirkan tanggapan (anggapan) rakyat jelata yang melihat perubahan mendadak itu dengan penuh kesinisan dan syak wasangka. Kata mereka (rakyat jelata) termasuk anak-anak murid riko ,Cikgu Nasir sekarang telah menjadi orang kaya baru mampu beli mobil harganya beratus ribu.Dari mana dia memperolehi ongkos ? Mereka akan menjawab sesama sendiri " Dari Khir Toyo Kepala Negeri Selangor" Dari mana pula Khir Toyo dapat ongkos? Jawab mereka lagi " Dari kerja-kerja makan suapnya" Makan suap itu apa ? Jawab mereka lagi " Rasuah!!! Salah guna kuasa, jual tanah rakyat,lipatgandakan harga kontrak untuk membaham komisyen berpuluh juta RM,dan macam-macam lagi kerja tipu" Apakah riko selaku pendidik anak bangsa yang bukan sahaja bertanggung jawab didunia malahan akan dipersoalkan diakhirat nanti,tidak pernah terlintas dipemikiran bahawa kemungkinan -kemungkinan murid-murid riko akan terpengaruh dengan gaya hidup riko ketika ini adalah amat tinggi,lalu tersematlah nanti diminda mereka ,rasuah adalah jalan pintas untuk menjadi kaya raya.Dikhuatiri persepsi begitu akan mewujudkan generasi membudayakan rasuah dimasa depan. Cikgu Nasir yang nyong hormati! Kemungkinan jua,riko tidak pernah meminta apa-apa dari Dr Khir,itu nyong tak nafikan meskipun agak sukar dipercayai! Kemungkinan Mercedse 230 itu hanyalah pemberian Dr Khir selaku kekanda riko,kemungkinan jua taukey-taukey dan korperat keparat yang menghadiahkan riko mobil itu sebagai balasan kerana usaha riko menemukan mereka dengan Dr Khir untuk melobi projek,semuanya serba mungkin.Tetapi kemungkinan-kemingkinan tersebut tidak pernah menyelamatkan riko dari digelar talibarut pensyubahat dan lebih parah lagi barua. Riko harus ingat seseorang yang berkarier sebagai cikgu akan tetap dipanggil cik gu sampai akhir hayat mereka.Malahan nek wes ninggal (dah mati) pun akan tetap dipanggil Cikgu. Mahukah nanti apabila dituding (ditunjuk) kepada anak riko lalu ditanya " Anak siapakah itu ? Anak arwah Cikgu Nasir Talibarut Rasuah" Cikgu Nasir ! nyong sedar boso (bahasa) yang disampaikan ini agak keset ( kasar),untuk dirungokney (didengar),tetapi selaku wong Jowo (orang Jawa) yang sayangkan suku kaum yang seagama dengannya nyong terpaksa katakan jua.Mungkin didalam kekeseten (kekasaran) itu ada hikmah yang tersirat. Rasanya masih belum terlambat,untuk riko memperbetulkan segala yang ruwet (kusut),itu pun kalau riko bersedia kearah itu.Sebagai persiapan awal,riko mesti tabah dan berani serta memohon kekuatan dari Allah swt. Untuk menasehati Dr Khir,pada firasat nyong kemungkinannya adalah terlalu tipis.Bukan riko tak tahu bahawa kakang (abang ) riko itu sejak dari kecilnya adalah terlalu tambeng (degil) endasey atos (keras kepala). Jika dirasakan riko tidak mampu,memadai membenci didalam hati terhadap maksiat besar yang sedang dilakukannya,walau bagaimanapun usah sekali putuskan tali silatturahim,kerana Dr Khir tetap kakang riko dunia akhirat.Riko pun sedia maklum,nasihat PM Dr Mahathir sendiri pun Dr Khir tidak hiraukan. Yang didengarinya hanyalah nasihat Dato Dr Karim Mangsor,Selamat Dollah,Hj Sumadi dan beberapa orang lagi rakan sehidup sematinya.Diantara mereka yang paling bejat adalah Karim Mangsor yang kini sedang menjerumuskan kakang riko kekancah dosa besar (syirik)menggunakan khidmat dukun untuk mengenakan ilmu hitam (sihir) kepada musuh mereka,mangsa pertama adalah Ahmad Lutfi Othman,pengamal Media yang membongkar setiap penyelewengan Dr Khir. Lutfi ketika ini hampir-hampir lumpuh sekujur badan.Begitulah kejinya perbuatan kakang riko dan gang-gang bangsatnya. Apa yang riko perlu lakukan seterusnya,hanyalah menenangkan kedua-dua ayah bonda riko,khabarkan kepada mereka sekiranya sudah dinasehati oleh keduanya tetapi Dr Khir masih berdegil, tanggung jawab mereka sebagai orang tua selesailah sudah.Cuma berhati-hatilah sedikit sekiranya menerima sumbangan sebagai pelunasan tanggung jawab Dr Khir selaku anak.Pastikan sumbangan Dr Khir kepada keduanya,tidak dicampur aduk dengan duit makan suapnya. Begitu jua,jika riko mampu untuk memberi gambaran sebenar Dr Khir yang kini menjadi cemuhan rakyat kepada adik beradik yang lain,lakukanlah dengan cara terbaik.Jangan sampai wujud perpecahan dikalangan adik beradik. Nyong,Wak Parman dan seluruh warga Jawa dan rakyat Selangor sedia memaafi dan merelakan apa yang telah riko perolehi dari lempahan rasuah Dr.Khir sejak dia mula menjawat MB sehingga saat surat ini ditulis.Pun begitu riko perlulah mengangkatkan permohonan taubat kehadirat Allah swt. Kerana Dilah Yang Maha Pengampun. Seandainya riko tiada bersedia menerima hakikat dan kata hati rakyat ini,nyong Wak Parman dan segenap rakyat yang bencikan rasuah dan penyelewengan telah pun lama bersiap untuk memerangi Dr Khir dan kuncu-kuncu keparatnya habis-habisan sehingga tertegak keadilan,keluhuran dan kebenaran yang berteraskan Islam.
Nyong sekali lagi nyuwun ngapuro (mohon maaf ) banyak-banyak.
Diterbitkan oleh : |