Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Bangsaku Melayu Patani Mungkin akan Hilang Di Muka Bumi

Oleh : Raja Jambu

Sebenarnya terlalu berat dan sedih untuk menceritakan tentang nasib bangsaku Melayu patani. Sejak dijajah oleh kafir Siam buddha pada tahun 1786.Bangsa ku tidak lagi mampu bangkit untuk mengembalikan maruahnya di atas muka bumi ini. Penjajah siam kafir buddha telah menawan dan menjajah bumi patani menghancur kan segala warisan pemerintahan melayu Patani.

Sedar tak sedar sudah 200 tahun lebih kita dijajah oleh kafir siam buddha. Sekarang ini usaha Siam untuk menghapuskan identiti dan pengenalan bangsa Melayu patani semakin menampakkan kejayaan. Melalui sistem pendidikannya sahaja kita sudah ihat bagaimana anak-anak muda generasi muda melayu patani sudah melupakan bahasa dan warisan budayanya.Merteka sangat suka bercakap bahasa siam kerana menganggap bahasa siam sebagai bahasa yang moden dan bertaraf tinggi.

Mereka lupa bahawa Siam adalah kuasa penjajah yang telah membunuh datuk nenek moyang mereka.kenyataan ini walaupun berat untuk diceritakan terpaksa juga diberitahu bahawa pada suatu hari nanti generasi muda dan anak-anak kecil melayu Patani dalam jangkamasa kurang dari 50 tahun sudah tidak akan dapat berbahasa melayu.

Jika ini benar-benar terjadi maka menangislah dan menjeritlah datuk nenek moyang didalam kubur kerana melihat anak-anak cucu mereka sudah melupa kan warisan dan perjuangan bangsa Melayu patani. Usaha Siam untuk mengsiamkan generasi muda melayu Patani juga dilakukan melalui penggunaan televisyen dan media bercetak dan elektronik seperti radio.

Marilah kita sama-sama berdoa dan bermunajat kepada Allah taala supaya bangsa melayu Patani terus kekal kewujudannya diatas muka bumi ini dan dapat mempertahankan warisan budayanya yang beratus-ratus tahun telah lama wujud diatas muka bumi ini.Semoga Allah akan membantu agar identiti melayu patani tidak akan hilang dari bumi Patani yang kita sayangi.

Hiduplah bangsaku Melayu patani!!!
Wassalam






______________________
Terbitan : 27 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com