Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

SAR dan dilema UMNO

Oleh: Salman Madani

Dalam beberapa tahun yang terakhir ini, kewujudan SAR barangkali telah menghadapkan UMNO dan kerajaan dengan satu dilema., iaitu sama ada SAR patut dikekalkan atau pun dihapuskan

Dalam konteks persaingan antara UMNO dengan PAS, kewujudan SAR, pada batas tertentu barangkali memang menguntungkan PAS.

Di bawah asuhan dan pentadbiran guru-guru yang menyokong PAS atau pro-PAS, adalah diduga sekurang-kurangnya sebahagian SAR boleh menjadi tapak semaian yang subur bagi melahirkan penyokong dan kader-kader PAS.,

Hal ini tentu akan merugikan UMNO, kerana boleh membawa kepada kemerosotan pengaruh UMNO dalam jangka panjang.

Berdasarkan pengalaman di Afghanistan dan di Pakistan pula, ada kemungkinan kewujudan SAR yang banyak itu akan melahirkan graduan ala-Taliban. Hal ini sudah tentu tidak disenangi oleh pihak UMNO dan kerajaan, kerana 'orientasi Islam' mereka memang berbeza dengan orientasi Islam UMNO dan kerajaan.

Untuk mengatasi hal ini, pihak kerajaan pernah membuat tawaran untuk mengambil alih SAR, dan menjadikannya sekolah kerajaan. Akan tetapi, tawaran itu nampaknya tidak mendapat sambutan.

Oleh itu, secara drastik dan tanpa diduga, kerajaan telah mengambil langkah yang tidak popular , iaitu menghentikan bantuan kepada SAR dan mencadaangkan supaya murid-murid SAR itu diserapkan ke sekolah kebangsaan.

Namun, langkah kerajaan yang jelas tidak popular itu besar kemungkinan akan merugikan, dan bukan menguntungkan UMNO dan kerajaan.

.Setakat ini, langkah yaang diambil oleh kerajaan itu dianggap oleh PAS sebagai tindakan yang zalim. Malah, Nik Aziz menganggap tindakan kerajaaan itu adalah "langkah untuk memusnahkan Islam."

Dengan itu, tindakan kerajaan menghentikan bantuan kepada SAR itu telah memberi 'senjata' yang kuat dan ampuh untuk PAS menyerang UMNO dan kerajaan.

Berdasarkan keadaan sekarang, serangan pihak PAS memang sukar ditangkis oleh UMNO dan kerajaan.

Orang ramai akan menyokong pendirian PAS dan akan bersimpati kepada SAR.

Dengan itu, apa pun tindakan yang diambil oleh UMNO dan kerajaaan, UMNO dan kerajaan akan tetap mendapat kerugian.

.....................
Artikal terakhir Sdr Salman Madani di Laman ini ialah 4 Mei 2001 bertajuk "Dari royalti kepada wang ehsan: "politik tanpa moral"?" - Webmaster




______________________
Terbitan : 16 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com