SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Noh Omar Kena Saman FitnahTANJONG KARANG : Dikalangan ahli dan bekas ahli UMNO Tg Karang, karektor Noh Omar sebagai seorang yang berego tinggi, suka bercakap tanpa bukti dan rasional, pendendam, busuk hati dan banyak lagi, memang telah sedia diketahui. Bila ada kesempatan berucap di dalam mana-mana majlis umum di Tg Karang, dia akan sentiasa ‘mengangkat dan membesarkan’ dirinya sendiri, tak kira di sekolah, di masjid, di dewan orang ramai, di padang atau di mana saja dan bila-bila saja ada kesempatan.
Ungkapan yang selalu diulang-ulangkannya ialah “ Kerajaan itu siapa ? Sayalah kerajaan. Semua kakitangan kerajaan dan rakyat mesti dengar cakap saya”. Ini baru jadi SU Parlimen di JPM. Belum lagi jadi Tim Menteri atau Menteri penuh, mungkin akan lebih ‘hebat’ lagi tindakannya. Antara tindakan melulu yang didorong oleh perasaan dendam kesumat, busuk hati dan egonya, Noh Omar telah menggunakan kedudukannya untuk menekan serta menganiaya beberapa orang guru di Tg. Karang ini. Walau pun tanpa bukti. Tuduhan rekaan dan tuduhan palsu dijadikan modal. Noh Omar sanggup buat apa saja asalkan orang yang dibencinya dapat ‘dikerjakan’ oleh beliau dan barua-barua setia UMNO Tg Karang. Antara yang telah menjadi ‘mangsa’ Noh Omar ialah En. Rashdi Deraman, Ustaz Mohd. Judi, En. Azizan, Dr. Mohd. Yusof Abd. Wahab, En. Masrol, Ustaz Abd. Karim, En. Wan Dolah, dan ramai lagi yang telah sedia diketahui oleh kalangan masyarakat di Tg. Karang ini Akibat dari tindakan itu, telah menyebabkan seorang guru iaitu Cikgu Hj. Hashim Bin Hj. Harun, telah mengemukakan dan memfailkan saman fitnah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Noh Omar. Sumber di Kementerian Pendidikan menyatakan, Noh Omar telah menulis surat kepada Menteri Pendidikan dan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (KPPM), mendesak agar Cikgu Hj. Hashim dipindahkan dari Tg. Karang keluar dari negeri Selangor. Beberapa tuduhan ‘rekaan dan palsu’ telah ditulis oleh Noh Omar dalam surat tersebut menyebabkan pihak Menteri dan Kem Pendidikan mengambil tindakan dan memindahkan Cikgu Hj. Hashim tanpa usul periksa ke Kuala Lumpur. Cikgu Hj. Hashim juga telah memfailkan saman terhadap Kementerian Pendidikan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dengan melantik seorang peguam muda terkenal iaitu Sdr. Mohd. Hanipa Maidin sebagai peguambela beliau. Sumber yang rapat dengan cikgu Hj. Hashim memberitahu, akibat dari perpindahan itu, beliau telah mengalami berbagai kesukaran, kesulitan dan masalah, kerana terpaksa berulang-alik setiap hari dari Tg. Karang ke sekolah baru tempat mengajarnya di Kuala Lumpur. Berbalik kes saman tadi. Sumber yang rapat dengan UMNO Tg. Karang menyatakan bahawa Noh Omar cukup risau dan gusar dengan keberanian Cikgu Hj. Hashim memfailkan saman fitnah itu. Ini kerana, kata sumber itu lagi, Noh sendiri sedar bahawa beliau tidak mempunyai ‘bukti’ untuk mempertahankan ‘tuduhan’ di dalam suratnya yang dihantar kepada pihak Menteri Pendidikan dan KPPM itu. Jadi, untuk itu Noh Omar sekali lagi, dengan dibantu oleh barua serta balaci setianya, telah menggunakan platform serta pengaruh politiknya ‘menekan’ pihak Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia agar ‘mengenakan atau mengambil tindakan selanjutnya’ ke atas Cikgu Hj. Hashim Bin Hj. Harun. Bukan menjadi rahsia lagi di kalangan mereka yang rapat dengan UMNO Tg. Karang, bahawa Noh Omar dan balaci setianya Cikgu Mat Jeli Misran, terus ‘mengganggu dan menganiaya’ Cikgu Hj. Hashim dengan pelbagai cara. Noh Omar menekan dan mendesak pihak Kem Pendidikan supaya mengambil tindakan tatatertib pula ke atas Cikgu Hj. Hashim, kerana tindakan menyaman beliau itu. Bagi Noh Omar, tindakan beliau itu adalah tindakan ‘kerajaan’. Tak boleh dicabar. Rakan-rakan yang rapat dan pernah bersama dengan Cikgu Hj. Hashim di Tg. Karang ini yakin bahawa perbuatan Noh Omar, Cikgu Mad Jeli Misran, Kernaini, Manan Mardi dan lain-lainnya, diumpamakan sebagai “buku bertemu ruas”. Kerakusan Noh Omar dan balaci-balacinya mengganggu dan menekan pegawai-pegawai kerajaan di Tg. Karang sebelum ini amat keterlaluan dan amat dibenci oleh mereka. Rata-rata mereka menyatakan sokongan kuat kepada Cikgu Hj. Hashim dengan tindakan nekad menyaman Noh Omar supaya tidak akan berulang lagi penzaliman dan penindasan ke atas pegawai kerajaan yang berbeza pandangan dan pendapat dengan apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Menurut mereka lagi, tindakan saman Cikgu Hj. Hashim ke atas Noh Omar dan Kementerian Pendidikan menunjukkan bahawa, sudah sampai masanya penjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pendidikan bertindak rasional, telus dan menyiasat dengan teliti dan saksama setiap aduan yang diterima. Lebih-lebih lagi aduan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang berkepentingan dan penuh dengan perasaan benci serta dendam kesumat terhadap orang yang tidak menyokong mereka. Syabas Cikgu Hj. Hashim Bin Hj. Harun di atas ‘pengorbanan dan keberanian’ cikgu. Kami kenal siapa cikgu. Kami pernah belajar dan menjadi anak didik cikgu di SMK Seri Desa, Tg. Karang. Semoga Allah memberikan kekuatan semangat dan keimanan kepada Cikgu Hj. Hashim. Kami juga mendoakan keselamatan, kesejahteraan, kebahagiaan dan dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dalam beramal soleh kepada Allah SWT. Amin ya rabbal ‘alamin. Selamat Hari Raya kepada Cikgu Hj. Hashim, isteri dan anak-anak. Mohon maaf zahir batin.
Ex-Student SEMENSA 1997
Diterbitkan oleh : |