SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun PERANCANGAN AMERIKA UNTUK MENGUBAH SUKATAN PENDIDIKAN DUNIA ISLAM (KAMAL HABIB –KAHERAH)Kurikulum pendidikan merupakan salah satu sasaran “interfere “ baru Amerika untuk mengubahsuai semula mentaliti dan keperibadian orang Islam dan Arab. Penguasaan dan pengendalian arah sukatan pendidikan ini menurut persepsi barat merupakan salah satu sarana penting dalam mengawal dan membuat perubahan dirantau dan daerah tertentu. Ini kerana memandangkan pendidikan dengan segala sukatannya bertanggungjwab mencanai kesedaran membentuk kaedah, cara berfikir dan sahsiah manusia. Dari itu penguasaan menyeluruh terhadap sukatan adalah pemangkin yang menjamin gerak usah masa depan untuk mengubah perilaku, sikap, keperibadian dan pemikiran selaras dengan tuju hala sukatan yang telah digubal. Jelas kini Amerika Syarikat sedang bekerja keras untuk mencari jalan bagaimana boleh mengawal, memantau sahsiah orang Arab dan Islam melalui perubahan sikap dan jatidiri mereka. Oleh kerana disedari bahawa sukatan pendidikan agama (Islam), sejarah dan Bahasa Arab mempunyai peranan yang besar dalam pembentukan sahsiah orang Arab dan orang Islam maka perumusan semula sukatan berkenaan dapat memenuhi matlamat Amerika untuk melahirkan sahsiah atau keperibadian baru umat Islam agar tidak mengancam dan mencabar ketuanan Amerika Syarikat. Selaras dengan itu, pengubahsuaian sukatan agama Islam adalah salah satu pendekatan baru Amerika untuk menhalang kemunculan kumpulan ala Taliban atau ala Bin Laden. Amerika sudah pun mengusahakan pemindaan sukatan pendidikan sekolah-sekolah yang pernah melahirkan Taliban di Pakistan.dan sukatan pendidikan di universiti-universiti Islam di Saudi, bahkan diperingkat pendidikan pra-universiti di Mesir umpamanya usai dikerjakan perubahan sukatan pendidikan al-Azhar sebagai usaha untuk mensekularisasikan al-Azhar. Kini sedang rancak diusahakan pengubahan sukatan pendidikan agama disekolah-sekolah kebangsaan disamping ada cadangan agar ditiadakan pendidikan Islam dan diganti dengan mata pelajaran kebudayaan Islam yang dipelajari oleh pelajar Islam dan bukan Islam. Selaras dengan ini akhbar mingguan bebas Mesir menerbitkan ringkasan laporan yang disediakan oleh sekumpulan pengkaji politik tersohor Amerika yang dikenali sebagai kumpulan G 19. Laporan ini telah diajukan kepada pasukan Keselamatan Nasional Amerika. Tajuk laporan tersebut berjudul “ Aspek Psikologi Terrorism Islam”. Pakar berkenaan telah mencadangkan beberapa resolusi dan cadangan yang telahpun diserahkan kepada Presiden Amerika dan telah disetujui oleh beliau. Apakah hakikat sebenar laporan yang menggerunkan tersebut. Di bawah ini kita perincikan kandunagn laporan berkenaan: Laporan tersebut berpendirian bahawa adalah menjadi kewajiban mendesak kini untuk mengujudkan suatu bentuk kerjasama yang “binding” atau mengikat antara Amerika dengan negara-negara Arab untuk membuat perubahan dalam sukatan pendidikan, politik informasi dan saling akur terhadap peranan bersama kedua belah pihak. Laporan itu menganggap bahawa gambaran buruk atau imej negatif Amerika dan Israel adalah benih dan penyebab utama yang menyemarakkan tindakan keganasan. Oleh itu pindaan sukatan pendidikan yang menggalakkan perasaan benci terhadap Yahudi dan dunia barat umumnya, lebih-lebih lagi elemen yang menggalakkan perbuatan keganasan seperti konsep jihad yang merangsang orang Islam agar membunuh diri mereka memusnah dan mengganasi setiap orang yang non-muslim-menurut anggapan laporan berkenaan. Laporan tersebut mendedahkan bahawa tujuan kempen menyeluruh Amerika menentang keganasan ialah untuk memungkin Amerika mencorakkan generasi akan datang untuk selama sepuluh tahun. Dan ini bermakna kempen tersebut hanyalah penenang sementara. Akan tetapi usaha merubah sukatan pendidikan diperingkat rendah lagi adalah usaha yang boleh menjamin ketiadaan lahirnya generasi pengganas. Kajian tersebut menegaskan bahawa setiap putaran masa selama 15 tahun akan melahirkan generasi yang ganas. Nampaknya generasi berikutnya lebih ganas dari generasi sebelumnya. Sebabnya menurut laporan itu ialah- kitab suci (al-Quran) orang Islam. Terdapat halangan teknikal yang jelas untuk meminda atau mendesak kerajaan (Islam) berkenaan untuk meminda al-Quran. Namun boleh dicari pakar-pakar rujuk agama yang mampu menampilkan tafsiran baru yang berbeza dengan tafsiran sebelumnya yang boleh membantu perlaksanaan perancangan Amerika. Kajian itu berpendapat negara seperti Mesir Saudi mempunyai pengaruh yang besar dalam hal ini. Manakala peranan negara Arab yang lain agk kurang dan bersifat pinggiran. Saudi mempunyai pengaruh keagamaan yang kuat . manakala Mesir pula kerana merupakan negara arab yang mempunyai populasi penduduk yang lebih besar dan mempunyai institusi pendidik Al-Azhar maka ia sarat dengan berbagai polimek dan pertentangan pemikiran agama. Kajian tersebut mencadangkan agar di halang keberkesanan Al- Quran melalui cara berikut: Memaksa golongan pakar rujuk dan pendidik agama dan pendidik agama agar memusatkan pengajaran dalam hal–hal ibadat sahaja agar agama itu berkisar sekitar hubungan individual dengan Tuhan dan tidak menyentuh soal-soal yang berkaitan denagn pembangunan umat, sahsiah atau isu mempertahankannya. Keperluan pendekatan bertahap dalam menangani sukatan pendidikan agama di Mesir dan dunia Arab. Bermula dengan pendidikan di peringkat rendah tetapi berubah menjadi mata pelajaran budaya agama dengan menekankan keutamaan agama Yahudi, Kristian dan islam , keperluan menjelaskan peranan semua agama dalm membangunkan tamadun manusia. Meminda topik dan tema –tema pelajaran mutala’ah dan kajian teks dalam mata pelajaran bahasa Arab kerana didapati topik topikyang ada sekarang menggalakkan kebencian kepada orang lain .Ia juga merangsang pelajar agar mengingati sejarah perjuangan berdarah melawan atau memerangi orang lain; hal mana menyebabkan kanak-kanak berkenaan kurang berkerjasama dengan pihak yang mereka anggap sebagai musuh. Kemestian mengubah sukatan sejarah, menitikberatkan sejarah ilmu, revolusi sains dan adat istiadat. Menghindar tajuk–tajuk tentang peringkat peringkat sejarah penjajahan ataupun memaparkan pembunuh sebagai wira dan syuhada’, sebaliknya perlu ditegaskan nilai–nilai dan reputasi positif peradaban barat dan peranan utamanya dalam mempengaruhi bangsa Arab dan umat Islam. Melatih dan mendidik semula para guru, para pemuka yanag bertanggungjawab mengenai pendidikan mengenai konsep –konsep baru ini sehingga dapat disalurkan kepada para pelajar dengan sebaiknya dengan cara membawa mereka ke Amerika untuk dikursuskan sehingga dapat menyesuaikan diri dengan konsep dan pemikiran baru. Menghapuskan trend menaqal dan patuh disamping menjadikan ajaran agama berasaskan rasional berpandukan daya ta’aqqul dan keengganan mematuhinya. Kajian itu menegaskan lagi kekuatan yang diperolehi oleh kumpulan Islam di Mesir dan di Al-Jeria adalah kerana indoktrinasi faham naqal dan patuh kepada kitab suci (al-Quran) dan sunnah Nabi. Kajian itu memaparkan bahawa dalam peringkat rendah atas murid-murid mengalami perubahan psikologi tertentu. Oleh itu proses ini mesti di tangani untuk dipantau sehingga dapat dielakkan dari eksploitasi oleh terorisit. Iaitu melalui perubahan sukatan pendidikan yang dapat merenggut sikap pemusuhan dikalangan pelajar dan membentuk sikap kerjasama. Peringkat menengah adalah peringkat di mana anak anak para pengikut semua agama mula mempelajari agama mereka secara berasingan . dalam peringkat ini , konsep konsep ibadat dan kisah kisah sejarah hendaklah dititikberatkan khasnya di dalam menangani kesilapan yang lumrah dalam mendekati aspek aspek provoktif di dalam islam itu sendiri ( seperti konsep jihad, syahid, perjuangan al-wala’ dan sebagainya) Di dalam peringkat universiti , tidak ditiadakan kursus-kursus mengenai agama. Apa yang diperlukan ialah menyususn program kerjasama antara universiti untuk memahamkan para pelajar tentang dunia barat. Dalam peringkat ini perlu ditekankan penonjolan model budaya Amerika khasnya dalam bidang ( consumenzisme ) Manakala konsep ta’wil (interpretation) hendaklah dimanafaatkan untuk merumus terminologi agama yang baru dalam setiap prinsip dan asas asas dalam agama Islam, khasnya yang berkaitan dengan proses dalam agama Islam, khasnya yang berkaitan dengan proses berinteraksi dengan dunia barat. Interpretasi serta ta’wil yang berkenaan hendaklah bersifat positif sejajar dengan kefahaman agama ala Amerika yang baru. Kajian tersebut juga menekankan bahawa perancangan ini hendaklah merupakan sebahagian daripada hubungan strategik Amerika dengan dunia Arab. Protokol-protokol bilateral berkenaan perkara ini dengan dunia Arab hendaklah di tandatangani dalam rangka menangani terorisme di samping menangkis dakwaan bahawa perancangan seperti ini merupakan usaha masuk campur dalam urusan dalaman atau penceborohan terhadap kedaulatan nasional justeru kempen antarabangsa menangani terorisme Amerika memastikan perkara ini. Kajian itu juga menolak wujudnya sebarang negara agama atau negara yang menjadikan agama sebagai rujukan dengan alasan negara seperti itu boleh menjadi arena berkembangnya kumpulan kumpulan islam yang mencabar hegemoni kuasa Amerika Syarikat. Inilah perancangan Amerika yang baru untuk membina persepsi agama yang baru dari perspektif Amerika . pengertian agama yang baru ini akan menjadi asas dan tiket untuk masuk ke gerbang dunia moden serta ikut serta dalam kelompok dunia barat dan Amerika. Perancangan ini bukan suatu omong kosong atau angan angan tetapi ia merupakan pola yang terhidang diatas meja persidangan para ilmuan dan diterjemahkan tuntutannya dalam realiti. Oleh itu jatidiri Islam masa kini menghadapi ancaman yang amat serius hal mana memastikan umat Islam bersikap awas dan bersiap siaga menghadapi bencana serta konspirasi yang sedang disiapkan musuh untuk memerangkap mereka. Mereka seharusnya sentiasa peka serta sedia menjawab tantangan yang sangat merbahaya pada masa kini.
Diterbitkan oleh : |