SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Masyarakat Majmuk di Malaysia - Sejarah
Terlebih dahulu izinkan saya panjatkan rasa syukur dan puji-pujian ke hadrat Allah swt. di atas restu dan izinNya yang mengatur dan memberi kekuatan untuk terus menyumbang dan bersama-sama para sahabat yang dirahmati. Selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad ibni Abdullah saw., kepada para ahli keluarganya dan para sahabat baginda, para tabi'in dan tabi' attabi'in serta seluruh muslimin dan muslimat yang dirahmati dan dikasihi Allah swt. Kepada semua penggerak wadah egroups tercinta, saya doakan agar kalian terus-terusan mendapat panduan, kerahmatan dan bantuan dari Allah swt. Tidak lupa juga salam kerberkatan untuk semua sahabat yang lain yang mencintai akan kebenaran dan memperjuangkan akan keadilan. Dan kepada sahabat yang bukan beragama Islam, salam ceria dan sejahtera diucapkan. Dengan izin barisan moderator budiman. Terlebih dahulu saya pohon maaf kerana terlalu lewat membalas email saudari. Email terlalu banyak dan saya tidak mampu meneliti satu persatu. Maafkan saya jika saudari berkecil hati akan kelewatan saya. Diharap sisipan ini dapat dijadikan bahan
bacaan dan maklumat kepada sahabat yang memerlukan,
insyaallah. 1. Kesan Campur Tangan Inggeris a. Kewujudan masyarakat majmuk
2. Apakah yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk? Masyarakat majmuk ialah mayarakat yang
mengandungi beberapa kumpulan etnik yang hidup berdampingan dan
bercampur gaul, tinggal dalam satu unit politik yang sama tetapi
hidup secara berasingan dan tidak bersatu padu, dan mempunyai budaya
yang tersendiri 3. Kewujudan masyarakat majmuk i. Proses dan cara kedatangan a. Indenture ii. Sebab-sebab penghijrahan 4. Sebab-sebab penghijrahan i. Faktor Tarikan (Luaran) a. Kekayaan ekonomi Tanah Melayu.
Perkembangan perusahaan getah dan bijih timah di Tanah Melayu telah
menyediakan peluang pekerjaan ii. Faktor Tolakan (Dalaman) a. Kejadian bencana di negara asal (Cina,
India, dan Jawa). Keadaan politik yang tidak stabil di negara
asal imigran 5. Kesan-kesan penghijrahan/peluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu i. Pewujudan masyarakat yang majmuk a. Kemajmukkan budaya/adat ii. Pembukaan bandar-bandar baru dan pembinaan infrastruktur Kewujudan bandar-bandar baru dan pembukaan tanah bagi tujuan peladangan dan perdagangan seperti Raub – pelombongan emas, pembinaan jalan raya, dan jalan keretapi seperti jalan keretapi yang menghubungkan Taiping dan Port Weld, Klang dan Kuala Lumpur, dan akhirnya jalan keretapi yang menghubung dari negeri ke negeri di Tanah Melayu iii. Berkembang parti politik berasaskan kaum Wujudnya parti berasaskan kaum seperti UMNO – Melayu, MCA – Cina, MIC – India, Pasok – Kadazan Dusun, AMCJA – gabungan pertubuhan dan keahlian yang terdiri daripada orang-orang bukan Melayu yang memperjuangkan kesejahteraan kaum masing-masing iv. Kemajuan ekonomi Tanah Melayu Peningkatan hasil mahsul Tanah Melayu adalah
kesan dasar ekonomi Inggeris serta kemasukan buruh asing. Ini dapat
dilihat daripada pendapatan negeri-negeri Melayu bersekutu seperti
Perak dan Selangor, serta negeri-negeri Selat. Sebagai contohnya
konsep Persekutuan 1896 adalah untuk membantu negeri-negeri yang
kurang mampu dengan tidak menjejaskan pendapatan kuasa
Inggeris Jadual A: Pendapatan Hasil dan ekspot Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Emerson, 1974)
v. Wujudnya polarisasi pekerjaan dan
demografi Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah
Melayu bukan untuk orang-orang Melayu, malahan penguasaan dan
penghijrahan masuk bangsa asing telah menjarakkan dan menjauhkan
orang Melayu daripada merasai kekayaan ekonomi negara sendiri.
Hakikat ini dapat dilihat melalui jadaul berikut yang menunjukkan
pemilikan ladang getah: (Emerson, 1974)
Dalam industri pelombongan bijih timah orang
Melayu boleh dikatakan tidak memiliki dan tidak mengambil bahagian
apa-apa pun. Lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh
orang Eropah dan Cina (Emerson, 1974) xvi. Perkongsian kuasa dalam politik Tanah Melayu Terbukti dengan wujudnya gabungan UMNO, MCA
dan MIC dan membentuk parti perikatan dalam pilihanraya 1955. Pada
tahun 1951 memperlihatkan gabungan ahli-ahli yang terdiri daripada
pelbagai kaum untuk membentuk Sistem Ahli. Ini membuktikan wujudnya
sistem perkongsian kuasa dalam politik Malaysia 6. Dasar Inggeris dan kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia Dasar Inggeris terhadap Tanah Melayu dapat dilihat daripada beberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke Tanah Melayu. Dalam hal ini ia dapat menentukan persoalan bagaimana Inggeris membantu mewujudkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keadaan ini bukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumi pelbagai aspek dalam politik dan sosial. Perbincangan mengenai tajuk ini dapat difahami jika kita melihat beberapa dasar Inggeris seperti huraian berikut: i. Dasar Politik Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi ¸ Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan terhadap kemasukan orang asing. Dalam hal ini Inggeris seolah-olah menggalakkan kemasukan orang asing melalui sistem-sistem kemasukan seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada 1930an, dengan Inggeris memperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu. Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing ke negara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagi menrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh ini dilindungi oleh pemerintah Inggeris dan ia menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan undang-undang buruh yang memerlukan para majikan untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka. Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan untuk pulang ke negara asal mereka dan ini menjadi masalah kepada pemerintah Inggeris Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan
Inggeris ini membuktikan bahawa kewujudan masyarakat majmuk di
negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yang berkehendakkan buruh
imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah mendapat
keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat pribumi ii. Dasar Ekonomi Dasar ekonomi komersial – kapitalisme dan bebas. Perubahan sistem daripada sara diri kepada sistem komersial. Pembukaan tanah dan ladang serta peningkatan pelombongan bijih timah Wujudnya sistem ekonomi moden berteraskan industri berasaskan buruh Keperluan pemodenan prasarana baru yang
memerlukan tenaga buruh iii. Dasar Sosial Penekanan aspek ini lebih dijuruskan kepada
Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat
dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.
Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris
menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang
perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan
Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan
guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan
yang berbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti
setiap kaum di Malaysia. Sebagai contohnya setiap kaum mengambil
inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para
guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa
Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragaman
dalam dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya
mendapat pendidikan kemahiran bagi mengerjakan kerja-kerja sara diri
sahaja dan tidak memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran dan
ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada
anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar
ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka
tahu bahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di
negara asing. Ini juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya
menggalakkan kemasukan mereka dan menjaga kebajikan mereka bagi
keuntungan ekonomi penjajah 7. Aspek-aspek lain Kelemahan orang Melayu untuk merebut dan
menjana ekonomi 8. Kesan Positif Akibat Perkembangan Bandar Baru a. Kesan akibat perkembangan bandar baru ialah mendorong terbinanya sistem pengangkutan moden yang lebih baik b. Ia juga melahirkan kemudahan persekolahan. Contohnya sekolah terawal di Malaysia ialah Penang Free School (1825) c. Kesan yang lain ialah taraf kesihatan yang lebih tinggi di bandar kerana terdapatnya kemudahan perubatan seperti hospital, pusat penyelidikan dan sebagainya. Kemudahan hospital yang terawal di Malaysia dibina di bandar-bandar perlombongan. Contohnya di Taiping (1878), Kuala Lumpur, Batu Gajah, Gopeng, Kuala Kangsar dan Kelang d. Kesan positif yang lain ialah keadaan
perumahan di bandar lebih terancang dengan adanya kemudahan asas
yang lengkap 9. Kesan Negatif Akibat Perkembangan Bandar Baru a. Bandar tradisional (asal) bumiputera yang jauh dari sistem pengangkutan serta pusat perlombongan dan ladang getah terbengkalai. Contohnya bandar Kuala Terengganu, Kuala Selangor dan Johor Lama. Perkembangannya tidak setanding dengan bandar yang baru muncul b. Bandar lama hilang kepentingan dan tidak berkembang setelah pengeluaran bijih timah berkurangan. Contohnya Tumpat (Kelantan), Port Weld (Kuala Sepetang) dan Kuala Kangsar (Perak) c. Berlakunya imigrasi (penghijrahan) penduduk luar bandar yang menyebabkan kurang tenaga manusia di luar bandar, dan golongan ini menjadi golongan miskin di bandar d. Kesan negatif yang lain ialah mewujudkan kemakmuran/kemajuan yang tidak seimbang di antara bandar dan luar bandar. Contohnya dalam bidang pelajaran, kesihatan dan kemudahan awam yang lain e. Proses perbandaran membentuk masyarakat
majmuk yang kompleks berasaskan kegiatan ekonomi dan pola tempat
tinggal di Malaysia yang berbeza hingga kini. Contohnya orang Melayu
di kampung, orang China di bandar dan orang India di
ladang-ladang
Diterbitkan oleh : |