SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Mahathir anti cara hidup Islam?Oleh: Surya Alam Dengan timbulnya 'gerakan dakwah' mulai tahun 1970-an, kita dapat menyaksikan satu perubahan dalam cara hidup Islam di negara ini. Yang paling ketara ialah kaum wanita, sama ada ibu-ibu, gadis remaja atau murid sekolah telah memakai tudung apabila keluar rumah. Berikutan dari itu, timbullah kesedaran di kalangan umat Islam di negara ini untuk mematuhi ajaran dan cara hidup Islam dengan lebih lengkap lagi. Bukan saja murid-murid perempuan tidak mahu memakai skirt, malah murid-murid lelaki (tentu di sekolah menengah) tidak mahu memakai seluar pendek yang mendedahkan aurat. Perubahan ini sebenarnya bukan baru; sudah berlangsung selama kira-kira 30 tahun. Perubahan ke arah cara hidup Islam yang berlaku secara natural itu adalah sesuatu yang baik dan wajar, dan patut disokong dan dikekalkan. Akan tetapi, dalam kenyataannya yang disiarkan dalam akhbar pada 26 Disember 2002, Dr.Mahathir rupanya tidak menyukai hal itu, kerana kononnya hal itu akan menyebabkan murid-murid bukan Melayu merasa terpinggir! Saya rasa tanggapan dan pendapat Dr.Mahathir itu bukan sahaja tidak betul, malah memperlihatkan bahawa beliau adalah seorang yang tidak menyukai cara hidup Islam atau sengaja meremehkan ajaran (hukum) Islam. Beliau nampaknya tidak sensitif dengan perasaan orang-orang Melayu yang mahu mengamalkan cara hidup Islam yang sepenuhnya. Beliau rupanya masih mahu mengekalkan pakaian yang dipakai oleh murid-murid sekolah pada zaman penjajahan dahulu. Beliau nampaknya sudah ketinggalan zaman, dan mungkin masih terkongkong oleh mentaliti penjajah. Dengan itu, wajarlah pendapat beliau diketepikan sahaja, kerana merupakan pendapat seorang yang telah terpinggir dari arus perdana kebangkitan Islam.
Diterbitkan oleh : |