Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Webdesigner SelangorDily tak dibayar gaji

Dahulu saya ada menulis didalam laman ini, tak pasti tetapi rasanya sekitar bulan Julai tahun ini mengenai satu maklumat daripada rakan-rakan saya bahawa Tepak Bersulam atau nama sebenarnya Khazai Hj Abu Bakar seperti yang didedahkan oleh bekas webmaster laman ini tidak membayar gaji pekerja laman Detikdaily palsu http://www.detikdaily.com

Dalam pendedahan saya dahulu saya ada menyebut bagaimana wang suntikan RM200,000.00 oleh Khir Toyo (Wang suntikan bermakna wang tambahan, saya tak pasti nilai wang awal dan saya tak berhasrat untuk membuat andaian).

Suntikan tersebut termasuk biayaan sewaan server, domain dan gaji seorang webmaster sepenuh masa dan seorang designer laman. Tetapi malangnya Tepak telah menyeleweng wang itu dengan membuat onar dengan salah seorang Puteri UMNO (Maklumat ini sedang saya kumpul, jika tiada halangan saya akan dedahkan dengan gambar Puteri UMNO itu, rumah dan alamatnya sekali).

Wang gaji Danga Bay (Danga_Bay@hotmail.com) tidak dibayar sehingga Danga Bay (Nama pena) terpaksa bekerja dengan satu syarikat Advertising di Selangor. Saya tak berhasrat untuk dedahkan nama sebenar Danga Bay kerana saya cukup mengenalinya dan dia lebih suka tidak dikenali.

Berbalik pula dengan Laman Selangordaily. Jika saudara lihat pentadbiran yang ada dalam Selangordaily wooi bukan main cantik lagi.

Ketua Editornya Kalam Batu, Penolong Ketua Editor Cili Padi, dan Meriam Malawati. Manakala penulisnya Tepak Bersulam, Warlord, Adam, eemanh dan semua penyokong UMNO dan saya paling bertanggungjawab ialah WebMasternya TokJelempok.

Semua yang di atas adalah tipu belaka. SelangorDaily adalah laman peribadi Tepak Bersulam atau Khazai Hj Abu Bakar. Setelah Karim Mansur marah dalam satu pertemuan kerana laman Detikdaily palsu tidak mendapat kunjungan ramai. Maka Tepak berdalih untuk membuat laman Selangordaily yang lebih fokus kepada Kerajaan Selangor. (sebab itu jika saudara masih ingat design pertamanya ada logo kerajaan negeri Selangor seolah-olah macam suara kerajaan).

Yang membuat design laman tersebut adalah sahabat-sahabat saya di KMU, terutamanya KMU Utara.

Tak hairanlah kalau kita baca apa sahaja di laman Selangordaily seolah-olah kita baca suara Tepak Bersulam. Artikal yang tak bermutu, tak ada tokoh nak menulis, sekadar makan upah sebagai penjilat sebagaimana disebut oleh ramai penulis di laman ini.

Sudahlah macam itu, tidak pernah menghargai kawan, boleh tikam rakan demi kepentingan politik dan juga pengamal ajaran sesat dengan berwalaq kepada sihir.

Sama juga seperti Detikdaily palsu, seorang pembantu di laman Selangor yang diupah untuk mengendalikan jika Tepak ini tak ada juga tak dibayar gaji. Akhirnya mereka ini meninggalkan Selangordaily tanpa notis.

Akhir sekali tak ada siapa lagi nak tolong penipu rakan sendiri, lihatlah sampai sekarang pun design Selangor daily tak ada yang nak baiki. Nak harap rakan-rakan kami di KMU, sorrylah Tepak sanggup dedahkan maklumat kepada Abu Jihad demi politik kotor.

Soalannya kemana wang pemberian Khir Toyo? Kemana pergi wang hasil projek atas angin? Adakah semuanya kerana dek Puteri Seorang itu ke? Pasal tulah anak perempuan engkau tak balik ke rumah pun tak apa !

Bekas Ahli KMU




______________________
Terbitan : 24 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com