SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Keberkatan Tugas Polis Di Hari PerayaanOleh: Tok Lebai Ketayap Setiap kali hari perayaan , polis akan mengadakan berbagai-bagai operasi yang bertujuan untuk membendung dan meminimakan kemalangan pengguna jalan raya dan juga kematian yang disebabkan olehnya. Namun apabila selesai operasi serta dikeluarkan natijahnya , ternyata tugas polis dalam operasi tersebut bukan sahaja tidak berjaya mengurangkan bilangan kemalangan dan kematian , malah ia semakin bertambah pula berbanding masa sebelum operasi dilakukan !. Ada orang mengatakan , tugas polis semasa hari-hari perayaan ' seolah-olah ' untuk mencatat jumlah kemalangan dan kematian sahaja, selain menambah jumlah denda/ kompaun yang dikutip dari mereka yang melakukan kesalahan jalan raya . Selalunya pihak polis akan menuding jari mengatakan jumlah kemalangan dan kematian berlaku di hari-hari perayaan kerana sikap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi arahan-arahan dan peraturan jalan raya. Malah amat sukar mengakui kegagalan mereka dalam memberikan pendidikan kepada pengguna jalan raya dan juga tidak pernah atau tidak mahu ' muhasabah ' tentang tugas yang mereka lakukan pada masa lampau. Di sinilah yang dikatakan orang tugas polis ' tidak berkat '. Mereka bertungkus lumus bertugas dengan bebagai-bagai jenis operasi, namun hasilnya ternyata mengecewakan. Ramai anggota polis menangguhkan cuti semasa hari perayaan ( Contoh: Hari Raya ) semata-mata kerana hendak mempastikan bilangan kemalangan dan kematian di atas jalan raya terkawal dan berkurangan, tetapi kemalangan dan kematian terus semakin meningkat dan bertambah !. Pernahkah polis muhasabah kenapa pengguna jalan raya hanya merasa ' takut ' kepada mereka semasa ada anggotanya mengawasi perjalanan dengan kamera, tetapi bila tidak ada , pengguna jalan raya ' bayar kadha ' pula perjalanan yang terlambat tadi dengan pecutan yang melebihi had dan akhirnya berlakulah kemalangan / kematian ?….. Di sinilah sepatutya polis muhasabahlah sebab-sebab kenapa pengguna jalan raya merasa ' tidak hormat ' kepada polis sejak waktu kebelakangan ini . Hingga ada di kalangan pengguna jalan raya yang memberikan ' gelaran ' kepada anggota polis sebagai ' raja jalan '. Maknanya , apabila tidak ada raja maka rakyat boleh buat sekehendak hati !. Mungkin boleh 'diterima' kata-kata yang beranggapan keadaan demikian berlaku disebabkan tindakan pihak polis sendiri kepada orang ramai yang sering membelakangkan rasa hormat sesama manusia, terutama ketika menyuraikan satu-satu tunjuk perasaan dan ceramah parti pembangkang pada masa lalu. Dalam hal ini kita sudah jemu dengan berita mengatakan polis bertindak kasar kepada wanita dan kanak-kanak, memburu dan memukul mereka yang mendengar ceramah, merebut pembesar suara untuk menghentikan ceramah parti pembangkang dan berbagai lagi yang kita tidak pernah dengar sebelum penyingkiran bekas TPM, Anwar Ibrahim !. Belum lagi kalau hendak disebut bagaimana ratusan repot dibuat oleh parti pembangkang yang telahpun dimasukkan dalam ' gua fail polis ' sahaja, tanpa apa-apa tindakan. Tetapi kalau aduan dari parti pemerintah, walau pakai telefon tanpa maklumat , mereka terus berkejar dan menangkap sesiapa yang didakwa tanpa bokti-bokti !…. Malah ada yang mengatakan inilah dia ' bayar tunai ' dari Allah hasil 'munajat dan doa ' mereka yang telah dianiya polis masa lalu !. Wallahu 'alam……..
Diterbitkan oleh : |