SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Baiki taraf hidup dengan berdikariMARANG: Para penerima bantuan perlu berusaha dan mencipta ruang untuk membaiki taraf kehidupan mereka, kata isteri Menteri Besar Terengganu, To’ Puan Seri Hajjah Zainab Awang Ngah. Katanya, pergantungan mutlak kepada bantuan yang diberikan adalah sesuatu yang amat dikesali. "Sikap begini perlu diubah dan dibuang," jelasnya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) DUN Ru Rendang di Dewan Sivik Seberang Marang, di sini, baru-baru ini. Turut hadir ialah Pegawai Khas Menteri Besar, Haji Wan Muda Ismail, Pegawai JKM Daerah, Mohd. Hamizan Nasir dan Nazir dan Nazirah Unit Pembangunan Insan (UPI) Kawasan, Ahmad Maarof Ismail dan Hajjah Hazizah Mohd. Yusof. Katanya, Islam menggalakkan penganutnya berusaha dengan kadar keupayaan mereka, malah bagi mereka yang telah berkeluarga tanggungjawab mencari nafkah adalah suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan. "Perlu diingat dan disedari, kemiskinan bukanlah satu warisan yang perlu dipusakai secara turun-temurun," ujarnya. Sehubungan itu usaha mesti ada untuk membebaskan diri daripada kepompong dan belenggu kemiskinan. Beliau berkata, kemiskinan yang banyak berlaku di negara-negara umat Islam bukan kerana umat Islam menganut pandangan Islam tetapi kerana Islam tidak diterapkan dalam kehidupan. Katanya, ini menyebabkan Islam tidak dapat dimanfaatkan untuk menyelesaikan berbagai masalah termasuk ekonomi. Menurutnya lagi, pengagihan kekayaan yang tidak adil juga menyebabkan kadar kemiskinan masih tinggi di beberapa negara umat Islam. Malah beliau berkata, kemiskinan individu adalah masalah yang lazim terjadi kerana selalu ada individu-individu yang lemah, malas atau tidak mampu lagi untuk bekerja mengatasi masalah. "Perlu diingat, bila kemiskinan individu diselesaikan maka ia akan menyelesaikan masalah kemiskinan negara," katanya. Tambahnya, tugas umat Islam terutamanya pemerintah Islam adalah sangat penting, antaranya untuk mengurangkan kemiskinan, terutama di kalangan umat Islam sendiri. Beliau menambah, kadang kala kemiskinan yang ada dijadikan senjata dan peluang oleh sesetengah golongan untuk memeras ugut dan menindas keyakinan golongan miskin. Malah, katanya bantuan yang diberikan hanya sebagai umpan untuk meraih sokongan sedangkan dasar sebegini dilarang keras oleh Islam. "Dengan akal yang diberikan Allah dan dengan keimanan yang ada di dalam diri, kita mestilah berusaha untuk menilai setiap apa yang sedang dan akan dilakukan supaya kita tidak terus tertipu dan ditipu. "Kita akan menjadi umat yang mulia di sisi Allah seandainya kita tetap berpegang dengan Islam walaupun pada pandangan manusia kita adalah golongan yang miskin, yang menjadi ukuran di sisi Allah bukanlah limpahan harta tetapi ketaqwaan," ujarnya.
Diterbitkan oleh : |