SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun UMNO - Unsound Minded National OrganizationSekian lama UMNO disokong orang Melayu kerana itulah satu-satunya parti yang membela nasib mereka. Sejak lebih dua puluh tahun lalu pembelaan ke atas nasib orang-orang Melayu merosot, hari demi hari hinggakan ramai orang Melayu yang sedar telah mengalih sokongan mereka kepada parti-parti pembankang seperti PAS dan, pada satu ketika dulu, Parti Melayu Semangat 46. Kini, walaupun PMS 46 telah kembali ke pangkuan UMNO, pemecatan Dato' Seri Anwar menyaksikan lebih ramai orang Melayu meninggalkan UMNO untuk berjuang bersama PAS dan keADILan. Penghijrahan ahli UMNO dan justru sokongan majoriti orang Melayu terhadap parti-parti pembangkang adalah kerana kesedaran mereka bukan sahaja UMNO tidak lagi membela nasib mereka bahkan jua dengan zalimnya menghina pemimpin kesayangan mereka. Dengan itu UMNO tidak lagi menjadi sebuah parti yang disokong majoriti orang Melayu. Pilihan Raya 1999 melihatkan satu fenomina yang menyerlahkan kemerosotan sokongan orang Melayu terhadap UMNO, manakala pembangkang telah menawan Terengganu dan mengekalkan pemerintahan negeri Kelantan. Dengan ini UMNO tidak putus-putus berusaha untuk menggagalkan pemerintahan PAS/BA di kedua-dua buah negeri tersebut. Penafian hak kerajaan Terengganu ke atas royalty petrolium adalah satu tindakan zalim terhadap orang Melayu yang menambah kebencian orang Melayu terhadap UMNO. Tindakan demi tindakan untuk menggagalkan pemerintahan PAS/BA tidak membuahkan hasil yang diharapkan UMNO, sebaliknya makin ramai orang Melayu menolak UMNO terbukti di Lunas dan Anak Bukit. Dengan hal yang demikian pemimpin-pemimpin UMNO meraba-raba mencari idea untuk mengembalikan sokongan orang Melayu kepada mereka. Olehkerana pemikiran pemimpin-pemimpin ini berserabut lagi dikusutkan oleh rasuah dan penyelewengan untuk memperkayakan diri, sanak saudara dan kroni, maka tiada idea bernas yang dpat dihasilkan. Akhirnya pemimpin agong Unsound Minded National Organization ( UMNO ) mendapat rumusan terbaik untuk menarik orang Melayu kembali ke pangkuannya, yakni menyucuk hidung dan heret mereka ke kandang. Sila maklum bahwa pemimpin-pemimpin UMNO telahpun dicucuk hidung mereka oleh Mahathir dengan jayanya. Kerajaan pimpinan UMNO sedar betapa lemahnya tahap pendidikan anak-anak Melayu manakala yang sedikit berjaya ke peringkat universiti telah menunjuk sikap anti UMNO. Majoriti anak-anak Melayu bersekolah di luar Bandar yang tidak mempunyai kemudahan pembelajaran standing dengan sekolah-sekolah di Bandar. Kelemahan yang ketara di kalangan pelajar-pelajar ini ialah Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di dalam keadaan sedemikian, kerajaan yang ditunjangi UMNO seharusnya memperbaiki kelemahan yang ada untuk membela Melayu yang jauh ketinggalan dalam kemudahan kemudahan pembelajaran. Sebaliknya Mahathir, untuk merialisasikan cita-cita dan hasratnya, membuat dasar pendidikan yang akan melemahkan lagi anak-anak Melayu. Maka diarahnya agar mata-mata pelajaran matematik dan sains diajar dalam bahasa Inggeris. Sedangkan pelajar-pelajar Melayu kini, belajar dalam bahasa ibunda tidak dapat mencapai keputusan yang baik, apatah lagi cemerlang di dalam mata-mata pelajaran tersebut bayangkanlah bagaimana mereka akan menjadi lebih baik apabila belajar dalam BI, bahasa yang mereka tidak dapat menguasai. Ini jelas menunjukkan bahwa Mahathir mahu melihat anak-anak Melayu gagal menjejak kaki ke Institusi Pengajian Tinggi, justru menjadi satu bangsa yang mundur, malah lebih mundur dari sekarang. Kononnya, untuk memudahkan pembelajaran dalam BI, guru-guru akan dibekalkan computer dan projector yang menelan belanja berbilion ringgit. Jika ikhlas, kenapa kerajaan tidak menggunakan wang sebanyak itu untuk membekalkan sekolah-sekolah luar Bandar dengan kemudahan kemudahan pembelajaran seperti menghantar guru-guru yang berkaliber, dan jika perlu menambah elaun sebagai insentif kepada guru-guru ini untuk berkhidmat di luar Bandar, alat-alat kelengkapan makmal-makmal sains yang kini tidak mencukupi dan lain-lain kemudahan pembelajaran. Jelaslah kepada yang sedar bahwa dasar ini bertujuan menjadikan orang Melayu bodoh dan senang diheret mengikut cita rasa mereka yang memimpin Unsound Minded National Organization UMNO. Mahathir sedar bahwa orang Melayu yang bodoh tetapi mempunyai ilmu Islam yang mendalam sukar untuk beliau menyucuk hidung mereka dan mengheret mereka ke kandang. Oleh itu beliau mesti menyekat anak-anak Melayu menimba ilmu agama. Berbagai dasar seperti tidak membenarkan kuliah/tazkirah diadakan di masjid dan surau, memperkecil dan menghina penuntut-penuntut IPT menghadiri qiamullail dan sebagainya telah dikenakan, tetapi masih gagal menyekat orang Melayu dari terus menimba Ilmu agama. Disinilah maka beliau telah menarik balik peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat dan mengarah agar pelajar-pelajar ini diserapkan ke dalam sekolah-sekolah kebangsaan. Ini akan menentukan bahwa orang Islam hanya memahami dan menghayati agama setakat sembahyang, puasa dan zakat sahaja, tidak lebih dari itu. Pemimpin Islam dalam UMNO bukan tidak sedar kesan negetif yang akan lahir daripada dasar ini, tetapi olehkerana hidung mereka telah dicucuk melalui imbuhan wang dan jawatan mereka mengiakannya saja. Pemimpin di peringkat kampong pula yang telahpun dibodohkan oleh pemimpin atasan mereka dengan habuan yang tidak seberapa memekek melolong cuba meyakini orang kampong betapa wajarnya dasar ini. Kedua-dua dasar ini saling lengkap-melengkapi hasrat Mahathir membdohkan majoriti orang Melayu, justru memudahkan beliau mengheret mereka, hidung dicucuk, masuk kandang. Oleh itu, kepada semua orang Melayu yang menyintai Islam dan bangsa Melayu, marilah kita tentang UMNO habis-habisan dengan apa cara sekalipun yang termampu. Sama-samalah kita humbankan UMNO, parti berfikiran kurang waras ini, ke laut dalam agar ianya tidak akan timbul selama-lamanya dalam pilihan raya 2003/2004 nanti. Kepada parti-parti pembangkang (BA) nyatalah dengan jelas bahwa kedua-dua dasar yang akan mengekang kemajuan Islam dan Melayu ini akan dibubarkan apabila menang dalam pilihan raya nanti. INGAT: BODOH + LEMAH PEGANGAN AGAMA akan mengheret kita kelembah KEHINAAN dan KEHANCURAN yang sedang diusahakan Unsound Minded National Organization ini. Watchdog.
Diterbitkan oleh : |