Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Parti Cit Cat: Azwan menghina Islam lagi?

Oleh : WARTAWAN TRANUNG KITE (TK)

Parti Cit Cat 2002 yang dijangka akan langsungkan hujung minggu lalu di Cinta Sayang Golf & Country Resort, Sungai Petani, Kedah dengan jangkaan kehadiran 27 personaliti tanah air.

Antara yang dijangka hadir ialah Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Amy Mastura, Ramlah Ram, Noraniza Idris, Ning Baizura, Nurul, Ajai, Maya Karin, Jeslina Hashim dan Nurhuda.

Turut dijangka hadir ialah Umie Aida, Aqasha, KRU, Ezlynn, Norlia Ghani, Chef Zam, Elite, Ella, Ziela Jalil, Phyne Ballerz, New Boyz, Linda Onn, Azhar Sulaiman, Rem dan Syafinaz.

Mereka ini akan berkumpul di lapangan terbang, menaiki pesawat, sambutan ketibaan di Kedah. Parti Cit Cat 2002 akan ditayangkan dalam slot khas Cit Cat Azwan di saluran Astro Ria selepas itu sebagaimana tahun lalu.

Tapi amat malangnya Parti ini adalah satu amalan jahiliyyah yang cukup menghina Islam. Para artis dan juga pakaian mereka yang mengagung-agungkan barat dengan budaya barat adalah satu penerapan nilai jahiliyyah dalam masyarakat.

Parti ini mendapat kritikan daripada pelbagai pihak tapi malangnya mereka tak indah, walaupun ada bantahan yang kuat tapi atas sokongan moral oleh ZAM parti ini tetap diadakan.

Tahun lalu, Islam dipersendakan oleh artis-artis terkenal dalam parti ini, seolah-olah mereka ini bukan umat Islam, tiada perasaan tentang sentiviti Islam langsung dalam jiwa mereka. Lihat gambar di atas, Nora dengan bangganya mempamirkan salib pada fesyen pakaiannya. Manakala Mahthir lokman pula dengan pakaian ihran yang cukup meghina Islam.

Pada parti tahun lalu, Chef Wan telah interview salah seorang artis kita iaitu Mas Idayu, dia dengan bangganya menepuk dan memicit punggungnya sambil berkata, ini masih original lagi bang!! dan banyak lagilah percakap-percakap kotor yang mengaibkan. Gelagat artis sebenarnya tertonjol di sini, mereka ini semuanya macam barat yang tak tahu apa itu agama.

Agama bagi mereka hanyalah kebudyaan dan pura-puraan untuk tontonan umum aje.

Saya juga tidak berhasrat nak cerita pasal, makan minum mereka ini.

Cukup malang jika Malaysia masih mempunyai seseorang yang dikenali ZAM, yang tak tahu agama dengan bangga menyokong parti yang cukup mengaibkan Islam ini.

Kita mahu rakyat Malaysia seluruhnya membuat bantahan besar-besaran kepada unsur-unsur jahiliyyah yang cuba diterapkan oleh kerajaan semua rakyat menjadi lalai dengan agamanya.






______________________
Terbitan : 27 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com