SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun Jawapan kepada Korporat Melayu Bangkit dalam kmu.netTulisan 'koperat Melayu bangkit' dalam laman KMU tak lain hanya satu tulisan yang boleh di'ketogeri'kan sebagai ahli kumpulan 3P (iaitu Penggoda, Pembodek, dan Pemfitnah). Tak ada isi dan hujah hanya sekadar menulis seberono untuk memenuhi tuntutan kononnya membidas isu lawan. Koperat Melayu Bangkit bersifat prajudis apabila dia sendiri membuat kesimpulan 3M itu hanya sekadar nak kaitkan dengan Mahathir. Sebenar puak 3M atau 3P tak begitu pasti, ini adalah pandangan seorang penulis di laman ini, tetapi yang jelas ada team A dan team B dalam syarikat di bawah KUB. Team A orang jenis Yes Sir, Team B jenis banyak beri pendapat dalam mesyuarat dan tegoran. Saya juga menasihatkan koperat Melayu bangkit supaya baca betul-betul artikal dan buat perbandingan. Jangan asyik nak bukti sedangkan apa yang berlaku sudah cukup bukti. Malulah sedikit kalau nak menulis tak tahu apa yang berlaku. Apakah saudara ini penulis penjilat seperti yang lain ke? Menulis seberono tanpa tahu hujung pangkal. Di bawah ini saya petikkan artikal yang perlu difahami oleh saudara. Pada awal November ini, KUB telah mengumumkan bahawa rombakan itu melibatkan kesemua 9 Ahli Lembaga Pengarah KUB; 5 telah meletakkan jawatan manakala 4 lagi ditukar status. Berikutan dengan itu, En. Che Khalib Mohamad Noh telah dilantik menjadi CEO KUB yang baru. Apa yang menarik di sini adalah En. Che Khalib (37 tahun) juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad. Dia dipertanggung-jawabkan untuk menyusun semula KUB supaya membolehkan Danaharta mendapat kembali wang yang dipinjamkan kepada KUB melalui Sumber Serata Sdn Bhd semasa pengkorporatan Koperasi KUB dahulu. Selain dari En. Che Khalib, muka baru dalam KUB adalah Datuk Mohd Hashim Hassan selaku Timbalan Pengerusi KUB. Manakala Datuk Hassan Harun pula hilang kuasa eksek Perlantikan En. Che Khalib untuk tempoh 3 tahun dilihat sebagai memberikan masa yang mencukupi untuk memulihkan kembali imej KUB yang tercemar oleh pengurusan yang penuh skandal dan tidak cekap. En. Che Khalib terpaksa bergelumang dengan kumpulan pengurusan KUB yang tidak mempunyai budaya profesionalisma, bukan sahaja di kalangan pentadbiran atasan, malah di kalangan eksekutif rendah dan pertengahan. Saya juga hairan apalah bengapnya saudara ini yang saudara kaitkan dengan PAS. Apakah tulisan-tulisan dilaman dianggap tulisan PAS, maka saya boleh ketogerikan saudara sebagai 'penjilat maha agung'. Saya juga hairan dengan Jebon dan Kunta Kinte, terlalu bodoh hingga tulisan rabish macam ini pun boleh dikengahkan oleh KMU. Persoalan Langkawi ialah persoalan maruah anak bangsa. Kita tak mahu ia jadi macam Singapore dan Pulau Pinang akibat kebodohan UMNO dalam Politik. Langkawi adalah contoh bagaimana anak Langkawi makan kuah, orang luar makan isi. Mengenai pembuangan pekerja pendapat dan pandangan Koperat Melayu Bangkit cukup lemah, sepatutnya bacalah warta dan perkeliling yang dikeluarkan oleh KUB. Apa yang diberitahu tentang pemberhentian pekerja ialah kerana Syarikat mengalami masalah keewangan. Syarikat dalam kerugian jadi kami di buang kerja. Ini adalah hakikat yang perlu saudara faham. Isu tangkap basah yang cuba diketengahkan oleh sdr Koperat Melayu bangkit sebenarnya adalah satu isu nak menutup bangkai gajah dengan tapak tangan kotor penulis penjilat. Isu tangkap basah memang ada. Buat apa nak lapur kepada Polis. Polis dan orang kampung yang hantar sepasang kekasih kerana di tangkap basah ke pehak syarikat untuk di ambil tindakan. Pehak Pengurusan tutup kes kerana takut malu. Saya harap saudara faham apa yang nak ditulis barulah menulis. Wakil WUKK
*** Saya minta pihak webmaster tolong masukkan semua artikal berkaitan dengan Koperat Melayu Jatuh untuk tatapan pembaca.
Diterbitkan oleh : |