Tranung Kite dot net

SUMBANGAN MEMBANTU LAMAN INI
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696
Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun

Padang awam bersaiz 80m x 70m = RM70k di kg. Lipat Kajang, Temerloh

Padang awam bersaiz 80m x 70m = RM70k di kg. Lipat Kajang, Temerloh

by X-QS Pemuda Umno

Agak terkejut beruk saya dibuatnya kerana setahu saya, sebagai seorang pengamal di dalam bidang QS, padang yang sedemikian luasnya, kos untuk padang yang hanya ditanam rumput dan beberapa kemudahan sokongan lain, ianya sekitar tidak lebih RM20k. Tetapi, di Lipat Kajang, kosnya telah mencecah sehingga RM70k. Di mana lojiknya ?

Pada kebiasaan, 1 m.p = RM1.50-RM2.50, bergantung kepada jenis rumput yang ditanam. Tetapi padang awam di Lipat Kajang ini, kalau dibandingkan dengan keluasannya, tentu sekali kosnya tidak akan melebihi RM20k. Apakah rasionalnya sehingga mencecah RM70k ? Apakah ini satu lagi penyelewengan di dalam pengagihan projek-projek di luar bandar ? Apakah penyelewengan dan rasuah ini nak diperangkapkan kepada orang-orang melayu di luar bandar pula supaya mereka terus membisu tentang penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin atasan ?

Tetapi inilah yang berlaku di Kg Lipat Kajang, Kerdau dekat Temerloh. Kontrak tersebut diberikan kepada seorang kontraktor yang dikatakan pernah berkhidmat dengan MPT iaitu Sdr. Rasyid. Kebetulan pula, SU Cawangan Umno iaitu sdr Othman Chik juga berkhidmat di MPT. Apakah peranan mereka ini dalam pengagihan projek di luar bandar ?

Memang kita tidak pertikaikan pemberian projek itu, tetapi yang dipertikaikan ialah, mengapa kosnya mencecah sampai hampir 4 kali ganda ? apakah kos yang terlebih itu disapu dek umno cawangan Lipat Kajang, yang sememangya terkenal dengan penyelewengan dan salah guna kuasa ?

Yang ini, umno bahagian Mentakab mesti siasat betul-betul supaya ketulusan masyarakat kampung yang mendiami kg tersebut tidak menjebakkan mereka supaya menjadi manusia RAKUS, JAHAT dan PERASUAH !






______________________
Terbitan : 16 Dis 2002

Ke atas Ke atas Home Home

Diterbitkan oleh :
Lajnah Penerangan dan Dakwah, DPP Kawasan Dungun, Terengganu
http://clik.to/tranung atau http://www.tranungkite.cjb.net
Email : webmaster@tranungkite.net
atau : tranung2000@yahoo.com