SUMBANGAN KEWANGAN JIHAD FISABILILLAH
Bank Islam Cawangan Dungun No : 13044-01-0009696 Nama Pemegangan : Dewan Pemuda Pas Kawasan Dungun KERAJAAN MERCUNHari Lembaran semakin terasa, masing-masing sebok dengan kuih raya la, bakar lemang la, ketupat, langsir baru, cat rumah, kereta baru dan macam-macam lagi.tapi Terawih dah makin lupa. Tapi yang orang kita tak boleh lupa dan tak boleh tak buat ialah main MERCUN. Samada main bunga api, mercun, meriam buluh/paip dan meriam tanah. Budak-budak kecil, diajarnya main bunga api, yang besar sikit main mercun + meriam buluh/ paip. Sejak sekian lama kerajaan kuatkuasakan larangan mercun samada menjual/membeli dan bermain/ubahsuai maka ramai yang tidak berani melakukannya. Namun selama mana larangan itu dapat bertahan? Selalunya perkara yang dilarang itulah yang akan dibuatnya. Sejak kebelakangan ini ramai yang berani menjual/membeli mercun dan bermainnya tanpa rasa takut. MENGAPA?. Pada hari perayaan terutama Hari Raya Puasa, kerajaan akan memantau dan bergerak aktif untuk merampas/menangkap sesiapa yang didapati menjual mercun secara haram. Pada hari perayaan lain, selalunya kerajaan ni kurang aktif dalam hal tersebut. Jadi yang mangsa sudah pasti orang melayu kita dipersalahkan. Peniaga-peniaga cina sebagai pembekal besar tapi peniaga melayu mercun haram yang dirampasnya. Mengapa tidak ditangkapnya pemborong-pemborong besar tu dahulu? Mengapa peruncit yang disasarkannya? Satu lagi, Mengapa orang kita tidak takut menjual atau bermain mercun? SEBABNYA bapanya KERAJAAN sendiri pun bermain mercun. Cuba lihat pada 31 OGOS, (hari merdeka), 01 JAN (tahun baru), SUKAN KOMan..WEL yang lepas, Harijadi Mahaprak, Harijadi menteri tu.. menteri ni .. semuanya main mercun. Dah tu main sampai berjam-jam. Tak tahu ka dah tengah malam (dah sambut pun macam YAHUDI) budak-budak kecil nak tidur, orang sakit nak berehat dan orang yang baru balik kerja nak istirehat. Yang puak KERAJAAN ni bukan fikir semua tu, asal dia puashati dapat labur duit rakyat sebanyak mungkin dan rakyat pulak pakat-pakat melangut ke langit tengok mercun tu meletup satu-satu sampai sakit- sakit tengkok. TAPI bila anak RAKYAT nak main mercun pula kat belakang rumah, disanggahnya oleh SB-SB yang berpakaian biasa supaya melarang budak-budak main mercun. Kalau ditanya budak-budak tu sebab apa main mercun tak takut putus jari ka? Sudah pasti di jawabnya.. KAMI MAIN MERCUN YANG MELETUP PERLAHAN-LAHAN AJE TAPI YANG BAPA (KERAJAAN) SEGALA MERCUN MAIN MERCUN BUNYI SAMPAI BERGEGAR RUMAH TAK TAKUT KA PUTUS TANGAN? Jadi siapa yang patut dipersalahkan, Ibu Ketam menyuruh anaknya berjalan betul tapi ianya sendiri berjalan bersepah. Akai ada ka…! Pirrahh… Oleh sebab itulah jikalau KERAJAAN ingin nak melarang atau menasihatkan RAKYAT supaya jangan bermain mercun atau perkara-perkara lain macam PASANG CERMIN GELAP, BAWA KERETA MELEBIHI HAD LAJU (macam dia sorang saja bayar roadtax), RASUAH SANA, POLITIK WANG SINI dan macam-macam lagi… rentikanlah…..buang sen aje. Perkemaskanlah diri sendiri dulu baru beri tunjukajar pada rakyat yang mana buruk dan yang mana baik. Semoga lain kali jangan cakap serupa bikin. SELAMAT HARI RAYA (ingat!.. raya sehari dua aje bukan sebulan macam puak Kerajaan tu yang sampai sebulan pun masih pakai sampin lengkap… bidaah – nabi tak buat pun) PERUTUSAN RAKYAT PERIHATIN
Zamri Arjuna
Diterbitkan oleh : |