Pemantau terima 600 aduan kes pilihanraya

'Ein Azmi, wartawan malaysiakini.com
sumber: http://www.malaysiakini.com/

7pm, SEL: Pemantau Pilihan raya Rakyat Malaysia (Pemantau) menerima sebanyak 600 aduan dari seluruh negara berhubung penyelewengan dan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh empat
minggu sehingga 11 Disember baru-baru ini. Jumlah itu yang dibahagikan kepada 10 jenis merupakan hasil penelitian lanjut terhadap beribu-ribu aduan yang dirujukkan kepada badan itu.

"Senarai aduan yang diterima oleh Pemantau ini telah dianalisis daripada beribu-ribu aduan yang kami terima," jelas Kamarul Osman, Penyelaras Kajian Senarai Pemilih Pemantau kepada malaysiakini hari ini.

Menurut beliau lagi aduan-aduan itu telah diasingkan mengikut kategori masing-masing dan Pemantau telah mengenal pasti lebih daripada 10 bentuk aduan bersama bukti-bukti.