Laman Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000

 

PAS Mohon Akhbar Harian

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Hrkh) - PAS akan membuat permohonan kepada Kementerian Dalam negeri (KDN) untuk mendapatkan permit bagi menerbitkan sebuah akhbar harian.

Permohonan itu akan dibuat atas nama sebuah syarikat yang dibentuk atas nama para pemimpin PAS iaitu Penerbitan Muttaqin Sdn Bhd.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman diberikan amanah oleh PAS untuk membuat permohonan tersebut.

Sementara itu, Syed Ibrahim memberitahu Harakah, akhbar harian itu akan dinamakan Purnama dan akan diterbitkan segera apabila mendapat kelulusan KDN.

"Operasi akhbar ini akan menjadi sama seperti akhbar-akhbar harian lain yang ada di pasaran negara ini sekarang iaiatu PAS mengawal syarikat yang menerbitkannya iaitu Penerbitan Muttaqin", katanya.

"Ia akan dibuat sebagaimana Umno mengawal Utusan Malaysia Berhad yang menerbitkan Utusan Malaysia, News Strait Times Press Berhad yang menerbitkan News Stratit Times dan Berita Harian serta MCA yang mengawal Star Publications Bhd yang menerbitkan Star," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkeyakinan, KDN akan meluluskan segera permohonan itu sebagaimana mereka meluluskan permohonan lain.




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com