Tarikh: 25 Januari, 2000 (Selasa)
Jam: 8-11 pagi
Tempat: Mahkamah Tinggi KL (depan Dataran Merdeka)
Program: Perhimpunan Sokongan Moral untuk Pejuang
Reformasi, DSAI (sila bawa sepanduk, kad manila,
poster, reben putih, bendera-bendera Barisan
Alternatif)
Pejuang rakyat dan pemimpin utama Gerakan Reformasi,
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dihadapkan ke mahkamah
pada Selasa 25 Januari, 2000. Sejak perbicaraan kes
beliau ditangguhkan pada hari pembubaran Parlimen pada
10 November 1999 lalu, Anwar sudah tidak dapat
berhubung dengan dunia luar. Kenyataan-kenyataannya
tidak kedengaran lagi. Tiada perutusan darinya untuk
kita semua sempena bulan puasa, sempena Krismas,
sempen tahun baru dan juga sempena Hari Raya Puasa
nanti.
Apa sudah jadi pada Anwar? Apakah beliau sihat?
Bagaimana makanan dan minumannya dalam penjara?
Saya sungguh bimbang memikirkan nasib Anwar. Dan saya
lebih bimbang, "tidak ada lagi" orang yang berminat
berbicara mengenainya. Seolah-olah kemenangan beberapa
buah kerusi itu sudah cukup besar kejayaannya! Atau,
anda semua sudah penat menuntut keadilan dan
pembebasan Anwar?
Tidak apalah, yang penting apabila Anwar hadir semula
di mahkamah, marilah kita sama-sama hadir menyatakan
sokongan kepada beliau, ahli keluarganya dan
peguam-peguamnya.
Oleh: FAO, Malaysia