MASALAH AYAM - TERENGGANU IMPORT 35%

KUALA TERENGGANU, 3 Jan - Terengganu dijangka mengimport antara 35 hingga 40 peratus keperluan ayam tempatan bagi memastikan bekalan mencukupi untuk keperluan orang ramai pada Aidilfitri ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan negeri Dr Ibrahim Che Embong berkata permintaan ayam di Terengganu dijangka meningkat daripada 20,000 ekor sehari kepada 30,000 ekor menjelang hariraya nanti.

"Kita memberi jaminan bahawa bekalan ayam mencukupi setelah mengambil kira kemasukan ayam daripada Pahang dan Kelantan nanti," katanya kepada Bernama hari ini.

Dr Ibrahim berkata harga ayam dijangka tidak melebihi harga yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM6 sekilogram.

Beliau berkata harga itu berpatutan memandangkan harga ayam tinggi dan bekalan terhad dan Terengganu terpaksa membawa masuk ayam dari luar bagi memastikan harga stabil.

Beliau juga berkata harga daging lembu dijangka kekal pada paras RM14 sekilogram semasa hari raya nanti.




Diterbitkan oleh : Tranung Kite Cyberlink Millenium 2000
Laman Web : http://tranung.tripod.com/ dan Email : dppkd@hotmail.com